FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Friday, July 30, 2010

Alhamdulillah !!! Berita Gembira Buat Generasi Muda Felda


Membaca berita yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tadi membuatkan saya betul-betul terharu. Kerajaan dan Pengursan Felda sentiasa memikirkan apa yang dapat mereka lakukan untuk peneroka dan generasi-generasi yang seterusnya. Tetapi malangnya, adakah kita pernah memikirkan, apa pula yang boleh kita sumbangkan kepada Kerajaan dan Felda.

Janganlah kita biarkan, pihak-pihak yang sentiasa mencari kesalahan serta keburukan menghancurkan Felda. Inilah benteng orang melayu dan sekiranya Felda hancur maka boleh dikatakan orang melayu juga hancur.

Oh ya.... saya harap supaya pihak Pengurusan Felda dapat hantar borang pelaburan KPF2 ini kepada Mazlan Aliman. Agak-agak berapa dia nak labur?



Kerajaan Akan Tubuh KPF 2 Dengan Dana Awal RM10 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menubuhkan Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF 2) dengan dana awal berjumlah RM10 juta untuk membantu generasi muda Felda merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada masa ini, generasi baru Felda tidak dibenarkan menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) sedangkan kumpulan ini semakin bertambah bilangannya serta berminat untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi.

"Kerajaan sedar akan hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda. Malah, ramai di antara mereka ini berminat untuk bergiat aktif menerusi koperasi," kata Najib dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kegiatan KPF 2 akan ditumpukan kepada pembangunan fizikal di tanah rancangan selain memegang ekuiti tertentu dalam syarikat Felda.

Bagaimanapun, koperasi ini tidak akan menjadi pesaing kepada KPF tetapi ia menjadi pelengkap serta menambah rantaian ekonomi sedia ada, kata beliau.

"Oleh yang demikian, saya bagi pihak kerajaan ingin mempelawa semua generasi baru Felda untuk terlibat dalam koperasi ini di samping merebut peluang dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat Felda.

"Kerajaan berharap usaha ini akan disambut baik oleh generasi muda Felda demi memastikan untung nasib keluarga peneroka di seluruh negara terus terbela," kata Najib.

Pada masa ini warga peneroka membuat pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang menguasai 51 peratus pemilikan dalam FELDA Holdings.

Sehingga kini, KPF yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu, berjaya memenuhi hasrat ahli-ahli yang terdiri daripada warga FELDA dan mendapat pulangan yang memuaskan setiap tahun, kata beliau.

Dividen yang dibayar oleh KPF setiap tahun secara puratanya 14 peratus dan merupakan satu daripada yang tertinggi di negara ini. Ahli KPF adalah seramai 189,415 orang dan memiliki modal syer berjumlah RM1.2 billion.

Bagi mengekalkan pulangan dividen sekurang-kurangnya 10 peratus setahun, KPF menetapkan dasar, modal syer ini dihadkan tidak melebihi RM1.5 bilion.

-- BERNAMA


No comments:

Post a Comment