FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Thursday, July 8, 2010

KRITIKAN YANG TIDAK TEPAT

Kadang-kadang, bila membaca laman web parti politik pembangkang membuatkan saya ketawa. Penulisan mereka hanya pandai mengkritik dan kalau kritik tu betul tak apalah jugak. Ni main hentam ikut suka dia je.

Kisahnya tentang satu artikel berkenaan satu kawasan Felda di Terengganu yang keputusan bekalan air. Saya faham dan bersimpati tentang masalah yang di hadapi oleh penduduk di kawasan tersebut, namun penulis artikel tersebut menyalahkan Felda sebab bekalan terputus. Soalan saya, apa kena mengena Felda dengan air pulak?

Di dalam artikel, penulis menyebut Syarikat Air Terengganu terpaksa menghantar beberapa lori air ke kawasan itu. Dia dah sendiri jawab siapa yang bertanggungjawab pasal bekalan air, tapi tetap mengaitkan Felda akibat peristiwa itu.

Apa yang saya tahu, semua yang berkaitan dengan air adalah tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Terengganu. Setahu saya Felda dah masuk campur serta buat aduan berkenaan masalah ini dan mereka sedang dalam proses menyelesaikan masalah ini. Jadi kepada penulis tersebut, sebelum nak tulis tu, kenalah tahu apa tugas-tugas agensi yang berkaitan.

Lu fikirlah sendiri.....

No comments:

Post a Comment