Baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan beberapa orang rakan saya di Kuala Lumpur. Memandangkan kami datang dari tempat yang sama, maka banyaklah yang kami sembangkan. Beliau mempunyai seorang adik perempuan yang baru sahaja menjadi jururawat di sini.
Saya amat tertarik dengan cerita beliau bagaimana Pengurusan Felda telah menolong adiknya dengan memberi pendidikan di Kelana Jaya walaupun tidak mempunyai keputusan peperiksaan yang baik. Menurut beliau, keluarganya amat terhutang budi kerana Felda tidak mengenepikan anak-anak peneroka yang ingin mencari pekerjaan.
Beliau juga memberitahu bahawa pertolongan-pertolongan seperti ini banyak di lakukan oleh Felda cuma mereka tak gembar-gemburkan apa bantuan ikhlas yang mereka berikan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada adik beliau kerana telah dapat menjadi jururawat dan pesanan dari saya, janganlah sekali-kali kita lupakan jasa yang Felda sudah berikan kepada kita.
Menentang Pembohongan Terhadap Felda Yang Telah Banyak Berjasa Pada Aku dan Keluarga
FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)
FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)
FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.
FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.
Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.
TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH
لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل
“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”
Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.
Thursday, July 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment