FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, July 26, 2010

Renungan : Bersyukur Aku Menjadi Anak Peneroka Felda

Dua hari lepas, aku pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat ladang kelapa sawit milik swasta dari tepi lebuhraya. Memang syarikat ini beruntung kerana segala infrastruktur telah tersedia untuk mengangkut hasil yang di kutip keluar dari ladang, tak seperti apa yang di alami oleh ayah kesayangan ku. Banyak kepayahan yang kami lalui dulu.

Mengingatkan tentang analisa yang telah aku lakukan berkaitan pendapatan Felda dengan syarikat-syarikat lain pada artikel yang lepas, aku membuat keputusan untuk menjengah ke penempatan pekerja-pekerja ladang ini. Bukannya apa, tapi sekadar nak tahu :-

1) Bagaimanakah kehidupan mereka?
2) Apakah keistimewaan yang mereka perolehi?
3) Bagaimanakah pendidikan anak-anak pekerja ladang ini?

Di lokasi yang pertama, saya bertanya kepada beberapa pekerja ladang berbangsa india tentang soalan-soalan ini. Rumah yang dapat kita lihat di atas telah di bina hampir 20 tahun yang lepas dan sangat sempit di dalamnya. Beliau mempunyai anak yang ramai. Menurut beliau, rumah yang di sediakan oleh syarikat swasta ini mempunyai banyak masalah namun mereka terpaksa menerima seadanya. Tentang soal pendidikan, mereka bergantung kepada sekolah yang di sediakan oleh Kerajaan. Rata-rata, anak-anak pekerja ladang ini susah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kemiskinan yang mereka alami. Menurut mereka, nasib pekerja ladang di kawasan yang lebih jauh ke dalam adalah lebih teruk lagi. Ada anak-anak mereka yang tidak ke sekolah lansung. Secara tidak lansung, anak-anak ini banyak yang terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

Di lokasi yang kedua pula, tempatnya agak jauh kedalam ladang. Ia sangat berbeza dengan apa yang saya lihat lebih awal. Rumah-rumah pekerja ini lebih daif. Saya tidak dapat untuk berhenti lama kerana hari sudah lewat petang, namun saya sudah dapat gambarkan betapa susahnya nasib keluarga ini.

Kalau nak diikutkan, cara kehidupan peneroka dengan pekerja ladang ini lebih kurang sama sahaja. Hari-hari kami kena mengusahakan tanaman yang kami usahakan, tapi faedah dan nikmat yang di terima oleh peneroka Felda boleh di ibaratkan langit dengan bumi.

Di bawah Felda, setiap peneroka mendapat 10 ekar tanah untuk diusahakan dan tanah itu akan menjadi hakmilik peneroka tersebut. Ayah aku telah mendapat geran tanah yang telah beliau usahakannya. Selain itu, berbagai-bagai kemudahan lain di tawarkan dan di beri kepada peneroka. Anak-anak peneroka pula tidak di biarkan begitu sahaja. Aku merupakan salah seorang dari anak peneroka yang telah di beri berbagai kemudahan oleh Felda, hingga aku dapat melanjutkan pelajaran di asrama penuh seterusnya ke peringkat Universiti. Program-program untuk kami sebagai anak peneroka juga terus di sediakan oleh Felda.

Usaha jahat parti politik pembangkang yang tidak sudah-sudah mencari kesalahan Felda sangat mengecewakan aku. Sebab itulah, aku akan terus menulis dan menyedarkan anak-anak peneroka supaya tidak terperangkap dengan usaha jahat mereka ini.


No comments:

Post a Comment