Dari tiada tanah - dah ada tanah
Dari tiada ladang - dah ada ladang
Dari tiada geran - dah ada geran
Dari tiada rumah - dah ada rumah
Dari tiada kemudahan - dah ada kemudahan
Dari tiada duit - dah ada duit
Dari tiada kenderaan - dah ada kenderaan
Dari tiada pendidikan - dan ada pendidikan
TAPI SEGELINTIR PENEROKA TETAP TAK BERSYUKUR!!!
Itulah ingatan ayah.....Pada minggu lepas, saya berkesempatan berjumpa dengan ayah dan ibu di kampung. Semasa minum petang, saya dan ayah berbincang tentang perkembangan semasa yang sedang berlaku di tempat kami. Ayah bukanlah orang politik tapi dia cukup ambil berat tentang urusan kemasyarakatan.
Ayah memulakan dengan kisah beberapa orang kampung yang telah menggadaikan geran tanah yang di perolehi dari Felda kepada pihak luar. Sekarang orang itu menyesal kerana terpaksa menumpang di rumah anaknya di tempat lain. Menurut ayah, peneroka tersebut adalah pengkritik kuat Felda dan jarang berada di kebun yang sepatut diusahakannya. Beliau lebih sibuk berceramah dan menghasut peneroka lain untuk memburukkan Felda. Akhirnya, akibat terlalu banyak hutang yang tidak dapat dibayar, peneroka tersebut terpaksa menggadaikan tanahnya. Baru-baru ini peneroka tersebut didapati mengidap penyakit yang agak kronik dan malu sendiri kerana Felda yang dikutuk selama ini yang datang membantu.
Ayah sangat sedih dengan apa yang sedang berlaku sekarang kerana terdapat pihak-pihak yang ingin meruntuhkan Felda. Mereka mempunyai kepentingan peribadi dan menggunakan isu peneroka untuk menaikkan diri mereka sendiri. Memanglah Felda ada juga silapnya, tetapi setelah di tegur, Pihak Pengurusan Felda telah mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Yang terbaru, Felda telah mengadakan Program Mesra Felda dan kaunter khidmat pelanggan dibuka untuk semua peneroka yang mempunyai masalah. Ramai peneroka dan generasi kedua mengambil peluang untuk berbincang, mengadu dan sebagainya. Program ini amat berjaya kerana ia membuktikan Felda tidak lupa pada peneroka.
Ramai orang luar yang tidak tahu, betapa beruntungnya menjadi peneroka, tetapi peneroka sering lupa betapa beruntungnya mereka. Sebelum ayah menamatkan perbincangan kami untuk ke masjid, ayah berpesan ...
Jangan sekali-kali lupa jasa Felda pada kita. Jadilah orang yang bersyukur.
beruntungnyer aku walaupun sekadar menjadi anak peneroka
ReplyDeletesesungguh nya orang yang besukur sahaja yang tahu menilai jasa dan pengorbanan pemimpin yang telah meletakan orang melayu di persada yang membangakan dan sekarang orang melayu kusus nya yang tinggal di rancangan FELDA telah disebut-sebut orang kaya baru .dan ada yang menyebut kau dah senang sekarang .ini lah hasi perjuangan yang semestinya dipertahankan oleh jenarasi penyambung Warisan thniah salam perjuangan dari pak lurah.....
ReplyDeleteTerima kasih Pak Lurah... Sama-sama kita teruskan perjuangan ini.
ReplyDelete