Persoalan demi persoalan yang di timbulkan oleh pihak yang ingin menjatuhkan Felda, membuatkan saya membuat kajian terhadap pelaburan yang telah di lakukan oleh Felda. Salah satu pelaburan tersebut ialah Hotel Al Safwah Royale Orchid. Ia terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram dan pemandangan Kaabah juga dapat di lihat dari bilik penginapan.
Ianya cukup terkenal di kalangan jemaah-jemaah dari Malaysia kerana ia di miliki oleh Felda. Sesiapa yang berminat, bolehlah melayari laman web hotel ini di http://www.royaleorchid.com. Semasa saya melayari dan menghayati beberapa foto berkenaan hotel ini, saya telah terjumpa dengan satu foto yang sangat menarik perhatian saya. (Lihat Dibawah)
Rupa-rupanya, Tok Guru Nik Aziz pun duduk di hotel ini. Setahu saya, hotel ini juga di jadikan isu oleh pihak pembangkang kerana dikatakan membazirkan wang rakyat. Apapun Alhamdulillah kerana Tok Guru Nik Aziz pun menetap di hotel kepunyaan Felda.
Harap-harap, bolehlah Tok Guru bagitahu anak-anak buah dia mengenai pengalaman dan betapa bangganya beliau duduk di hotel milik Felda di Tanah Suci. Mungkin Tok Guru juga boleh ajak pemimpin-pemimpin PAS lain datang sama. Yang bagus sekali, kalau dapat ajak Anwar Ibrahim sama-sama. Mana lah tahu, dia boleh bertaubat sekali di Tanah Suci.
"A Picture Paints A Thousand Words"
No comments:
Post a Comment