Najib Perlekeh Peneroka Posted on Friday, July 09 @ 00:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh Zolkharnain Abidin
Khabarnya peneroka akan diberi duit raya. PM akan mengumumkannya pada minggu pertama bulan puasa. Harap-harap PM itu masih bernafas sehingga ke saat itu untuk membolehkannya menunaikan janji.
Memang dasar pembangkang yang suka mendoakan pemimpin Malaysia cepat mati. Dari dulu sampai sekarang, perangai tak berubah-ubah. Kita semua faham dan tahu siapa yang mengajar penulis bersikap seperti ini. Dalam Islam, kita di ajar mendoakan yang baik-baik sahaja tapi Islam penulis ni tak tahulah nak cakap.
Yakinlah, selepas pengumuman dibuat, orang ramai akan bertepuk sorak.
Kalau semua 112,635 orang peneroka hadir ke majlis itu dan semuanya bertepuk dan bersorak, saya fikir gajah di hutan pun akan lari lintang-pukang. Gajah fikir dunia sudah kiamat.Berapa setiap keluarga peneroka akan dapat? RM1,000 atau RM10,000? Kalau dapat RM2,000 sekeluarga, berapa lama wang sejumlah itu boleh tahan? Dua tahun atau dua dekad?
Kalau nak tahu, peneroka semua bersyukur dengan apa yang mereka dah dapat. hanya segelintir yang tak sedar diri dan sibuk berpolitik saja yang tak bersyukur. Berapa jumlah itu tak penting tapi yang penting, semua peneroka akan dapat duit pemberian dari Kerajaan.
Tahun depan dapat lagi. Mungkin sebanyak itu juga atau lebih banyak. Orang ramai pun bertepuk tangan dan bersorak lagi. Gajah di hutan pun hairan lagi, mengapa dunia kiamat sampai dua kali?
Saya tidak berkata saya tidak bersetuju dengan pemberian itu. Sebenarnya lagi banyak lagi bagus. Itu meringankan beban peneroka untuk menampung keperluan keluarga. Sekurang-kurangnya dapat juga di kalangan mereka yang daif merasai nikmat menyambut lebaran.
Tadi kritik pemberian jumlah duit, lepas tu sokong pulak.... yang mana satu ni? Tak tetap pendiriannya ni.
Tetapi persoalannya ialah, sampai bila peneroka akan diperlekeh oleh pemimpin BN? Setelah berpuluh tahun keringat mereka diperah oleh Felda, keringat itu hanya dibayar dengan RM1,000 @ RM2,000 @ RM10,000 setahun? Adakah itu harga keringat mereka selama ini?
Wang hari raya tidak boleh mengeluarkan mereka dari belenggu kehidupan mereka kini. Terlalu ramai peneroka yang hidup di bawah paras kemiskinan. Anak-anak mereka menganggur. Kehidupan mereka terdesak.
Saya hairan dengan penulis... saya rasa beliau tak faham apa yang berlaku. Mungkin penulis bukanlah dari anak peneroka jadi dia tak tahu apa yang berlaku di dalam Tanah Rancangan Felda. Untuk pengetahuan, setiap peneroka telah di beri peluang dan semuanya terletak pada hasil kerja kuat peneroka itu sendiri kerana setiap inci tanah yang di usahakan akan mendapat hasil. Jadi untuk mendapat hasil yang lebih, peneroka kena berusaha lebih. Itu yang berlaku pada keluarga saya.
Kekayaan Felda tidak boleh dilonggok di KL, tetapi perlu dilonggok untuk kepentingan peneroka. Jangan ada pemimpin negara yang mengambil kesempatan di atas keringat peneroka untuk kepentingan sendiri dan keluarga.
Bolehkah Najib berbangga dengan MRSM Felda di Trolak yang belum tentu boleh dimasuki oleh anak-anak peneroka? Sebenarnya membina generasi bukan bermula dari tingkatan satu, tetapi lebih awal daripada itu.
Ni satu lagi pembohongan... MRSM ini akan menempatkan 90% pelajar dari anak peneroka supaya anak peneroka ini akan mengubah nasib keluarga mereka.
Sebenarnya kerajaan sudah terlambat. Hari ini kerajaan sudah kehilangan punca untuk menangani masalah yang dihadapi di Felda. Mereka mungkin boleh berbangga dengan bangunan pencakar langit yang dimiliki Felda dimana-mana, tetapi bolehkah mereka berbangga dengan kehidupan sebenar peneroka?
Mengapa kini baru dibina MRSM Felda? Mengapa tidak dua puluh tahun dulu? Mengapa hari ini baru kerajaan terhegeh-hegeh memberi duit raya kepada peneroka, sebelum ini bagaimana?
Tu lah bodohnya penulis.... nampak sangat tak tau fakta. Pokok sawit pun kalau tanam hari ni, bukannya esok dah berbuah. Semuanya ambik masa. Itu tak termasuk nak kena bagi baja, jaga penyakit pokok, tikus dan macam-macam lagi. Ni Bukan dapat harta pakai jin.....
Inilah modal politik BN. Biarkan rakyat susah dan merempat, kemudian jadikan wang sebagai umpan mengail undi.
Kesimpilannya... Penulis ini hanya tahu untuk memfitnah dan tak tahu fakta. Lain kali, sebelum menulis, kaji dulu...
No comments:
Post a Comment