FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Sunday, August 8, 2010

Pak, Bagi Kami Jadi Peneroka, Bisa Ngak?

Sejak seminggu saya agak sibuk dengan beban kerja yang perlu disiapkan sebelum bermulanya Ramadhan. Saya telah ke Sabah dan salah satu tugas saya ialah melawat beberapa ladang di sana. Ada beberapa peristiwa yang menarik semasa dalam lawatan yang ingin saya kongsi bersama. Semoga dengan kisah yang ringkas ini, peneroka Felda yang telah banyak terpengaruh dengan pihak-pihak yang ingin menghancurkan Felda, SEDAR betapa beruntungnya mereka.

Semasa waktu rehat, saya telah mengambil kesempatan untuk bersembang dengan pekerja-pekerja ladang dari Indonesia. Mereka telah memulakan perbualan dan saya ringkaskan disini apa yang mereka perkatakan :

1) Kerajaan Malaysia bagus kerana menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya. Contohnya Kerajaan Malaysia bagi tanah kepada rakyatnya untuk diusahakan. Di negara mereka, tidak ada yang seperti ini.

2) Kerajaan Malaysia melalui agensinya telah membantu peneroka dari mula masuk hutan hingga berjaya mengusahakan ladang tersebut. Kalau ada masalah, mereka di beri panduan dan nasihat oleh agensi Kerajaan yang berkaitan.

3) Bantuan dan pinjaman di beri supaya peneroka berjaya.

4) Disamping itu, anak-anak peneroka di bela dan di bantu dengan pendidikan. Ini sudah banyak meringankan beban kepada peneroka.

5) Banyak bantuan-bantuan lain yang diberi untuk meningkatkan pendapatan sampingan kepada peneroka.

Saya telah berkongsi cerita dengan mereka bahawa sekarang ini sudah ada sebilangan kecil peneroka yang di pengaruhi politik jahat ingin memusnahkan agensi yang telah membantu mereka. Pihak ini sedang bertungkus lumus ingin mencemarkan usaha Kerajaan dan agensinya. Mereka mengelengkan kepala dan ketawa...

Kesimpulannya, ini adalah kata-kata dari mereka :

1) PENEROKA ITU TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG MEREKA ADA
2) APA YANG MEREKA PEROLEHI TIDAK AKAN DAPAT DI NEGARA LAIN SEPERTI INDONESIA
3) PAK, KALAU ORANG ITU UDAH NGAK MAHU JADI PENEROKA, BAGI KAMI SAJA YANG GANTI MEREKA, BISA NGAK PAK???

Terharu saya mendengar kata-kata mereka ini kerana orang luar sedar apa yang Kerajaan telah lakukan untuk peneroka tetapi segelintir peneroka tidak sedar dengan NIKMAT yang mereka ada malah mahu menghancurkannya.

MUHASABAHLAH...

No comments:

Post a Comment