FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, July 21, 2010

Analisa Terkini : Perbandingan Keuntungan Felda Yang Tidak Adil


Persoalan demi persoalan timbul di dalam benak pemikiran saya mengenai statistik yang telah di keluarkan oleh sebuah laman portal pembangkang pada minggu lepas. Di dalam analisa pada artikel saya yang lepas, saya telah menyentuh tentang program-program kemasyarakatan yang telah Felda lakukan untuk peneroka.


Beberapa hari lepas, saya sempat berjumpa dengan rakan-rakan sekampung yang bekerja di Ibu Pejabat Felda. Dalam perbincangan tersebut, saya telah mendapat beberapa penjelasan yang tidak pernah saya fikirkan selama ini. Secara mudahnya, berikut adalah beberapa fakta yang telah saya perolehi :

1) IOI Groups, Sime Darby, Guthrie, Wilmar International dan syarikat swasta yang lain akan membuat kajian sebelum membuat sebarang pembelian tanah untuk di tanam kelapa sawit. Antara faktor-faktor yang di ambil kira ialah kesesuaian serta kesuburan tanah, bentuk rupa bumi tanah dan sebagainya. Oleh itu, syarikat-syarikat ini sudah pasti akan mencari tapak yang sesuai untuk mencapai hasil yang maksimum
manakala Felda pula adalah sebaliknya. Felda tidak dapat membuat sebarang kajian atau pilihan kerana Kerajaan Negeri yang akan menentukan lokasi kawasan yang akan di berikan. Kawasan tersebut kebanyakannya jauh dari bandar dan kesesuaian tanah sangat berbeza. Ada yang berbatu, dalam kawasan lurah dan bermacam-macam lagi. Ini adalah salah satu sebab mengapa hasil Felda tidak boleh di bandingkan dengan hasil syarikat swasta hanya melalui jumlah keluasan tanah kerana ia bukanlah perbandingan yang adil.

2) Kedudukan tanah dari bandar juga memainkan peranan kerana tiada laluan pengangkutan di sediakan. Ianya bukan seperti kedudukan tanah-tanah yang di miliki oleh syarikat swasta yang hanya bersebelahan jalanraya. Oleh itu, kos tambahan yang di keluarkan, bukan sahaja untuk membina jalanraya malah untuk membangunkan kawasan tersebut sehingga ada yang menjadi sebuah bandar kecil jauh di pendalaman.

3) Faktor lain yang memainkan peranan di dalam perbezaan pendapatan per hektar juga adalah seperti apa yang telah saya nyatakan di dalam artikel saya yang lepas iaitu program-program bagi membantu peneroka serta generasi Felda yang seterusnya.

Antara yang menjadi tajuk perbualan kami juga ialah berkaitan dengan pelaburan-pelaburan yang Felda telah melibatkan diri. Pelaburan-pelaburan tersebut, akan saya jelaskan satu persatu di dalam artikel saya yang akan datang.

Kesimpulan yang saya perolehi dari perbincangan ini jelas membuktikan niat jahat Pakatan Rakyat di dalam memusnahkan Felda.

No comments:

Post a Comment