SEJAK minggu keempat bulan Jun lalu hingga semalam, banyak isu berkaitan Felda timbul ekoran sikap tidak bertanggungjawab akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan yang menyiarkan laporan berunsur fitnah terhadap Felda.
Sebanyak empat artikel berkaitan Felda disiarkan untuk edisi terbitan 22-29 Jun 2010, antara lainnya menyentuh tentang Felda yang dikatakan bankrap. Menuduh Felda mengalami kerugian sehingga bankrap bukan sahaja satu tuduhan yang tidak berasas, malah boleh mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan terhadap seluruh warga Felda.
Menyedari fakta itu perlu dibetulkan dan yakin berada di pihak yang benar, maka Felda dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut serta beberapa pemimpin pembangkang.
Antara yang akan dinamakan dalam saman tersebut ialah ketua pengarang akhbar itu, wartawan terlibat, pemegang permit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut.
Saman itu ditegaskan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang berkata, "Kita tidak akan berdiam diri apabila berita seumpama ini dilaporkan. Felda telah mendapatkan khidmat nasihat guaman dan akan memfailkan saman."
Menurut Ahmad Maslan, maksud bankrap itu menggambarkan Felda sudah tidak memiliki sebarang aset lagi dan ia nyata tidak betul.
Laporan akhbar Suara Keadilan itu timbul selepas Parlimen diberitahu tentang kemerosotan tunai Felda daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 disebabkan badan itu berbelanja ke arah peningkatan sosioekonomi para peneroka dan pembelian beberapa aset.
Hairan juga, kenapa hanya aliran tunai Felda yang merosot dihebohkan, sedangkan kedudukan aset tetap Felda yang berjaya ditambah daripada RM9.71 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009 tidak pula dihebohkan.
Kenapa? Ini kerana sudah menjadi tradisi pembangkang yang hanya mahu melaporkan perkara berkaitan kegagalan atau kemerosotan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, berbanding dengan pertambahan atau kejayaan yang telah dicapai. Memang itulah tabiat semula jadi pakatan pembangkang dan mungkin apa yang dilakukan itu sebagai membalas dendam apabila majoriti peneroka Felda tidak mengundi calon pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada April lalu. Pakatan pembangkang akan berusaha mencari dan mengorek apa saja, asalkan ia boleh merosakkan imej, maruah dan nama baik Felda.
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akhbar ini semalam, tuduhan pembangkang itu merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka dan Felda yang telah banyak membangunkan masyarakat Melayu. Merasakan diri terhina maka tidak hairanlah beberapa kelompok peneroka Felda mahu mengadakan demonstrasi membantah laporan tidak berasas itu.
Perlu difahami bahawa dalam hal ini, pihak yang menjadi mangsa adalah warga Felda terutama mereka yang mudah menerima maklumat tidak tepat dan palsu yang disebarkan oleh pakatan pembangkang.
Justeru, usaha Pemuda UMNO menjelajah di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara bagi menangkis persepsi negatif itu amat dialu-alukan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin menjelaskan, tindakan itu perlu memandangkan pakatan pembangkang kini sedang berusaha mengganggu dan mengacau perpaduan masyarakat peneroka Felda.
Namun, sebarang usaha ke arah itu perlulah dilakukan segera kerana kita tidak mahu pemikiran peneroka Felda terus ditanam dengan kebencian terhadap kerajaan.
Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati, maka gerakan membanteras dan menangani fitnah terhadap peneroka Felda perlu dilakukan dari semasa ke semasa dan tidak hanya ketika timbul sesuatu isu sahaja. Ini kerana pakatan pembangkang tidak pernah jemu dan tidak akan berhenti menabur fitnah demi kepentingan mereka.
Dalam persaingan itu, yang akan menang adalah pihak yang selalu mendampingi peneroka Felda. Dengan itu, sebarang tuduhan tidak berasas dapat ditangkis dengan lebih pantas sekali gus membuatkan peneroka Felda tidak sempat untuk beralih arah.
Memandangkan segelintir generasi kedua Felda sudah dan mudah termakan pujuk rayu dan janji hebat daripada pakatan pembangkang, maka memang sesuai benar Pemuda UMNO menggerakkan jentera untuk menyelamatkan mereka daripada terus dibuai mimpi kosong yang dijanjikan pakatan pembangkang.
Ini kerana kebanyakan generasi kedua Felda dan ahli Pemuda UMNO berada dalam kelompok usia yang hampir sama iaitu 40 tahun ke bawah.
Jadi tentulah, ahli Pemuda UMNO lebih arif terhadap apa yang dimahukan oleh kelompok usia itu di Felda seluruh negara. Lakukan sekarang!
(Di petik dari Utusan Malaysia)
Menentang Pembohongan Terhadap Felda Yang Telah Banyak Berjasa Pada Aku dan Keluarga
FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)
FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)
FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.
FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.
Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.
TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH
لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل
“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”
Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.
Monday, July 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment