FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Sunday, December 26, 2010

Renungan : Luahan Hati Seorang Anak Peneroka


Berikut adalah luahan hati seorang anak peneroka... Sama-sama lah kita menginsafi dan merenung setiap kata-kata beliau. Terima kasih kepada Ash kerana menghantar luahan hati saudara kepada kami...

Salam, Saya merupakan warisan atau generasi ke 3 peneroka Felda dan amat bersyukur kerana datuk dan nenek saya terpilih menjadi peneroka Felda.. Sehingga kini, saya telah meniti pelbagai kejayaan kerana berkat hasil jualan getah dari ladang nenek saya. Malah selama 20 tahun saya membesar di Felda, banyak perkara yang telah menyedarkan saya betapa beruntungya mereka-mereka yang terpilih menjadi penghuni kepada tanah rancangan tersebut.

Percayalah, Felda merupakan satu-satunya institusi yang telah berjaya menyelamatkan ekonomi Melayu Islam,biar pun di kawasan Felda saya juga terdapat bukan melayu (India dan Cina - walaupun tidak ramai). Kami hidup penuh harmoni tanpa sebarang masalah, namun setelah pembangkang mulai menguasai beberapa negeri isu yang mengatakan Felda kejam terus menjadi buah mulut.

Pada pandangan saya hanya satu sahaja..ada pihak yang tidak menyenangi kelebihan yang dimiliki peneroka Felda dan institusi Felda itu sendiri kerana telah memberi begitu banyak manfaat kepda ekonomi orang Melayu. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Felda kerana dengkikan institusi tersebut berkembang baik, dan terus menerus membela nasib golongan orang Melayu yang tidak berharta. Jika kita kembali mengenangkan awalnya penubuhan tanah rancangan ini, orang Melayu yang memohon dan datang ke tanah rancangan Felda datang dengan sehelai sepinggang sahaja. Amat susah, miskin..namun datang dengan harapan setinggi gunung ke Felda..kini apabila semua sudah dimiliki ada segelintir yang mulai lupa diri (contoh kes peneroka saman Felda).

Sesungguhnya mereka ini umpama 'mengigit tangan yang menyuapkan makanan' kepada mereka dahulu.. Namun, saya percaya tidak semua peneroka sebegitu, malah kami sebagai warisan peneroka Felda amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana membuka hati pemimpin terdahulu untuk mewujudkan Felda. Sememangnya ada berlaku kekurangan di dalam sistem tadbir urus Felda, kerana tiada yang sempurna melainkan hanya ALLAH s.w.t sahaja. Namun itu hanyalah kerana kesalahan individu-individu tertentu yang mentadbir Felda, bukan institusi Felda itu sendiri.

Apa yang jelas kini, hampir semua institusi yang dikuasai Melayu terutamanya Felda sedang 'digoncang' oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang kerana mereka melihat Felda merupakan kubu kuat yang menyokong kerajaan. Justeru pelbagai fitnah serta tomahan dilemparkan kepada institusi tersebut semata-mata kerana mahukan ia (Felda) runtuh menyembah bumi dan orang Melayu kembali jatuh tertiarap dan mengemis di bumi sendiri seterusnya mengharapkan bantuan mereka pula.

Cuma satu harapan saya agar jangan ada di kalangan peneroka yang terus menerus mempercayai dakyah serta tomahan pihak tertentu yang mengatakan Felda adalah kejam dan menyeleweng. Sesungguh rezeki yang diberi oleh ALLAH s.w.t melalui Felda amat banyak dan terus dinikmati oleh warisan generasi anak cucu Felda. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan kepada institusi Melayu yang paling berjaya kini.

Wassalam, ASH,SERDANG

Tuesday, November 23, 2010

Felda Yang Aku Kasihi... Terima Kasih

Alhamdulillah... Sejak kebelakangan ini, tahap kesedaran rakan-rakan seperjuangan mempertahankan Felda telah mula kelihatan. Felda yang merupakan antara agensi yang dipimpin oleh orang melayu telah di serang dengan hebat oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit. Mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka untuk memusnahkan Felda, orang melayu akan kembali merempat di bumi ini. Segala fitnah dan pembohongan telah di tabur di 317 Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara bagi mencapai matlamat mereka ini.

Menurut kajian ringkas yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, kami dapati bahawa mereka yang terpengaruh adalah peneroka yang menjadi ahli kepada parti politik pembangkang. Namun tidak semua peneroka yang terpengaruh dengan usaha-usaha jahat yang di lakukan ini. Tahukah kita bahawa :

Jumlah Kawasan Peneroka (112,635 orang di 317 Tanah Rancangan) : 521,938 Hektar (61%)
Jumlah Kawasan Yang Di Usahakan Oleh Felda : 331,375 Hektar (39%)

Mengikut fakta, pendapatan Felda hanya diperolehi daripada 39% kawasan yang di usahakan manakala baki 61% kawasan yang diusahakan oleh peneroka, pendapatannya akan dipulangkan kembali kepada peneroka melalui :-

a) pembinaan pelbagai kemudahan kepada peneroka
b) infrastruktur
c) melaksanakan program pembangunan sosial
d) insentif
e) kebajikan
f) pendidikan serta kemahiran kepada generasi baru

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan Felda telah mengambil pendekatan proaktif untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan mereka melalui perbincangan dan maklum balas dari peneroka/generasi muda. Susulan dari pendekatan ini, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Memang jelas, Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini. Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.

Oleh itu kepada peneroka-peneroka dan rakan-rakan generasi muda Felda, sama-samalah kita BERSYUKUR...

Friday, November 12, 2010

Felda Membuat Jasa Kepada Mangsa Banjir

Pagi tadi saya cuba menghubungi rakan saya tetapi beliau tidak menjawab walaupun saya telefon beberapa kali. Selang 5 minit selepas itu, kawan saya telefon balik. Dia maklumkan bahawa dia sekarang di Kedah bersama rombongan dari Felda, membantu mangsa-mangsa banjir. Menurut beliau, keadaan di sana agak kritikal walaupun banjir sudah semakin surut.

Banyak harta benda yang rosak akibat banjir ini dan di khabarkan bahawa gelombang kedua banjir akan melanda tidak lama lagi. Felda sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab telah melakukan khidmat sosial yang murni, tanpa mengira kaum dan fahaman politik dengan ke Utara untuk membantu mereka semua yang sedang di dalam kesusahan.

Saya tidak pasti samada rombongan Felda ini ada berjumpa dengan Saudara Mazlan Aliman atau peguam yang kaya raya iaitu Wan Rohimi di sana dalam membantu mangsa banjir disana. Mereka kan orang kuat PAS dan rapat dengan Menteri Besar Kedah...

P.S.
Wan.... tolong-tolonglah mereka kat Kedah tu...

Wednesday, November 10, 2010

Tahukah Anda...Fakta Yang Ramai Orang Tidak Tahu Berkenaan Felda

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham, Daripada Manakah Pendapatan Felda? Saya dan rakan-rakan telah membuat satu kajiselidik ringkas dengan 500 orang sebagai responden. 70% responden adalah berumur 40 tahun ke bawah dan berbangsa melayu. Soalan ringkas kami adalah seperti berikut :-


Dari manakah sumber pendapatan Felda :

a) Hasil dari peneroka
b) Hasil dari ladang Felda yang diuruskan secara komersial dan pelaburan Felda
c) Dua-dua di atas
d) Tidak pasti

Dari 500 responden, 98% memberikan jawapan (c) iaitu dua-dua diatas dan 2% tidak pasti. Di sini, jelas memberitahu kita bahawa, ramai orang tidak tahu dari mana sumber pendapatan Felda.

Tahukah, sebenarnya Felda tidak mendapat apa-apa pendapatan dari ladang milik peneroka. Sebenarnya sumber utama pendapatan Felda ialah dari 3 sumber utama iaitu :-

1) ladang tanpa peneroka yang di uruskan secara komersial
2) pelaburan Felda
3) sumber dalaman Felda

Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.

Inilah fakta yang sering orang salah faham terhadap Felda dan perkara inilah juga yang diputar belit oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan Felda seolah-olah Felda zalim kepada peneroka. Siapakah Yang Zalim?

Friday, October 29, 2010

Mazlan Aliman... Dengarlah Nasihat Saudara Kamu


Baru-baru ini saya di maklumkan oleh rakan saya yang menghadiri satu majlis bersama saudara Mazlan Aliman, bahawa dia sungguh 'bengang' dengan Felda kerana dalam majalah 'ICT Jelas' keluaran Felda Bil : 4/2010, ada mengeluarkan satu wawancara bersama Abd Rahim bin Aliman, iaitu abang kepada Mazlan Aliman.

Puas saya mencari majalah tersebut dan akhirnya saya memperolehinya dari rakan saya di kampung. Wawancara tersebut sungguh menarik sekali. Di hati kecil saya berkata, 'patutlah Mazlan marah sangat dengan Felda'. Saya tidak mahu menulis panjang lebar berkenaan artikel tersebut tetapi cukuplah dengan menulis semua yang di 'hitam'kan di majalah:

1) Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.

2) Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.

3) Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.

4) Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.

5) Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN. (lihat foto di bawah)

Oleh itu, kami juga berpesan kepada Mazlan supaya janganlah memecah belahkan masyarakat peneroka. Ingatlah, Felda sudah banyak berjasa kepada kita. Memang Felda bukanlah 100% sempurna namun pihak pengurusannya telah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada mereka. Ingatlah, tidak semestinya apabila bertukar kerajaan, semuanya akan menjadi baik.

Wahai Mazlan... Kembalilah Kepangkal Jalan.

Thursday, October 28, 2010

Mengapa PAS dan Mazlan Aliman Membisu Di Atas Kemenangan Felda?

Semalam, mahkamah telah membuktikan bahawa Felda tidak bangkrap. Keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jelas membuktikan bahawa apa yang dilaporkan oleh Suara Keadilan hanyalah fitnah semata-mata. Di laporkan juga bahawa Felda akan tetap meneruskan saman mereka terhadap defenden lain termasuklah Wan Azizah.

Seperti yang dilaporkan oleh blog Aku Anti Fitnah, sehingga kini tiada apa-apa komen atau ulasan di buat oleh sesiapa pun samada dari PKR atau pun PAS berkenaan keputusan mahkamah ini. Ayam sabung PAS yang kononnya berjuang untuk peneroka, Saudara Mazlan Aliman juga tidak mengeluarkan apa-apa ulasan berkaitan hal ini. Biasanya, kalau ada apa-apa keputusan mahkamah, beliaulah yang akan mula-mula berkokok, tapi kali ini sunyi sepi.

Jelas membuktikan bahawa, apa yang mereka perjuangkan selama ini adalah berdasarkan andaian semata-mata. Fitnah terhadap Felda telah dijaja ke sana-sini yang mana peneroka-peneroka telah di perdaya untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Kepada Mazlan Aliman.... Mengapa tak berkokok? Takut Felda pulak saman kamu ke?


Tuesday, October 26, 2010

Berita Terkini : Felda Menang Saman Terhadap Suara Keadilan

Awal pagi ini saya telah dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa kes saman Felda terhadap Suara Keadilan dan beberapa defenden lain akan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Pada jam 9.48 pagi, saya tersenyum apabila membaca berita terkini di portal Utusan Malaysia bahawa Felda telah memenangi kes saman ini dan penghakiman kos akan di buat esok.

Jadi kepada penyebar-penyebar fitnah ini, bersedialah untuk membayarnya. Pandai buat, pandailah tanggung akibatnya.

Saman Suara Keadilan: Felda peroleh penghakiman ingkar

26/10/2010 9:48am

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mperoleh penghakiman ingkar ekoran kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta berhubung penyiaran artikel berkenaan Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Pelita Koridor (penerbit akhbar Suara Keadilan) dan Pencetakan NPK Sdn Bhd selaku defendan ketiga dan keempat.

Mahkamah perintahkan supaya kos dtaksirkan. - Utusan



Thursday, October 14, 2010

Mengapa Mengugut Wahai Mazlan Aliman?

Sejak kebelakangan ini, Mazlan Aliman semakin bongkak dan takabbur. Beliau menjadi semakin 'vokal' di setiap ceramah atau aktiviti yang dilakukan. Tindakan beliau ini semakin lama, semakin dipersoalkan keikhlasannya. Sekiranya beliau ikhlas di dalam memperjuangkan peneroka, beliau akan mendedahkan apa sahaja kepincangan Felda, tetapi mengapa perlu mengugut (Lihat kenyataan beliau yang dipetik dalam sebuah laman berita portal yang ditanda merah)?

Dengan kenyataan itu, kita boleh buat tafsiran dari kenyataan beliau bahawa...'Kalau kau kacau aku, aku akan bongkarkan lagi'. Apakah ini cara Mazlan Aliman berjuang untuk peneroka? Mengapa pilih masa dan mengugut untuk membongkarkan sesuatu? Saya rasa jawapan yang paling mudah ialah...POLITIK.

Ini adalah cara politik murahan Mazlan Aliman untuk bersedia menjadi calon PAS pada Pilihanraya akan datang. Entah-entah... nak jadi calon kat Galas kot...


KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mengingatkan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor supaya berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran badan berkanun itu, sebaliknya tidak mempersalahkan pertubuhan itu dan PAS.

Pemimpin PAS ini berkata parti yang diwakilinya bukan buta dalam soal perkembangan Felda, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak isu berkaitan dengan agensi persekutuan itu.

“Saya nak ingatkan beliau (Yusof) yang galak bercakap soal Felda dengan kata kita ini penghasut, menabur fitnah, buta dan pelbagai tuduhan lain lagi.

“Saya minta beliau supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan dan komen yang dibuat. Jika tidak lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Yusof perlu memperbetulkan keadaan yang “kucar-kacir ini dan jangan menjadi alat Umno lagi.”

“Jika pentadbiran Felda masih angkuh dan tidak memperbetulkan keadaan ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dibuat Felda.

“Jadi saya minta supaya Yusof dan pemimpin Umno lain supaya bermuhasabah selain berfikir adalah Felda sudah mencapai hasratnya.

Mazlan Aliman Dan Hj. Khamis Saad Tidak Ikhlas

Telah beberapa minggu saya tidak dapat menulis kerana berkursus di luar negara. Namun, saya sempat mengikuti perkembangan apa yang berlaku dalam negara terutamanya berkaitan Felda.

Mengikut apa yang dimaklumkan, Felda telah dikejutkan dengan satu lagi pendedahan terkini oleh Mazlan Aliman di lobi parlimen baru-baru ini. Kononnya baja yang telah di bekalkan oleh Felda bercampur pasir. Apabila membaca pendedahan ini, saya hanya mengeleng dan ketawa sendirian. Mana tidaknya, kalau nak buat pendedahan pun biarlah kena pada caranya. Persoalan sekarang ialah terhadap bekas pengurus Felda bernama Hj Khamis Saad ini. Di katakan bahawa dia tahu penyelewengan yang berlaku dahulu, persoalannya :

1) Mengapa dia tidak melaporkan kepada pengurusan tertinggi Felda? Kalau beliau sudah tahu penyelewengan tersebut, mengapa diam. Itu sudah dinamakan BERSUBAHAT melainkan beliau juga terlibat sama di dalam penyelewengan tersebut. ATAU

2) Sekiranya beliau takut melaporkan kepada Felda, mengapa beliau tidak membuat laporan Polis supaya Polis dapat mengambil tindakan susulan? ATAU

3) Sekiranya takut juga, beliau boleh membuat pendedahan melalui media elektronik atau media cetak. Saya rasa, Karam Singh Walia pun suka isu-isu macam ni.

Persoalan saya MENGAPA SEKARANG dan MENGAPA MELALUI MAZLAN ALIMAN ATAU 'ANAK'? Semua sudah maklum bahawa Mazlan Aliman berjuang atas parti PAS dan bukannya sebuah NGO. Kalaulah Mazlan Aliman ikhlas untuk berjuang, beliau tidak sepatutnya terlibat dalam mana-mana Parti politik dan dia kena ingat, disebabkan atas platform ANAK, beliau berjaya menjadi AJK PAS Pusat.

Kita lihat sahaja, siapa yang ada didalam foto diatas semasa pendedahan dibuat...

Renunglah...

Thursday, September 23, 2010

Salahuddin, Mazlan... Minta Siasat Adakah Tok Guru Kamu Seorang Penipu?

Serangan-serangan terhadap Agensi Kerajaan terutamanya Felda sedang hebat dilancarkan. Menurut Salahuddin dan Mazlan, gerakan ini akan menjadi lebih intensif selepas sambutan Aidilfitri.

Soal betul atau salah tindakan mereka ini tidak penting asalkan matlamat mereka ingin menghancurkan Felda tercapai. Felda yang selama ini menjadi agensi kebanggaan orang melayu akan hancur hanya di sebabkan segelintir manusia yang tidak sedar diri ini.

Dalam masa yang sama juga, telah terbongkar sumbangan sejumlah RM 4 Billion yang ingin di sumbangkan oleh I'DA World kepada PAS namun Tok Guru Nik Aziz kata tak tahu. Betulkah kata Tok Guru ni? Memandangkan dia merupakan pemimpin tersohor PAS maka kebenaran serta keadilan mesti ditegakkan Kami mohon saudara Salahuddin dan Mazlan tolong siasat benarkah penafian Tok Guru ini atau adakah Tok Guru kamu seorang PENIPU?

Kalau mengikut foto ini, ia memberi banyak jawapan kepada penafian tersebut.

Terdapat peribahasa melayu, "Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul". Adakah saudara berdua juga PENIPU? PENIPU PENEROKA???


Saturday, September 18, 2010

Putar Belit Pembangkang Terhadap Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960)

Akta Tanah Berkelompok 1960 (GSA Act) adalah satu Akta yang digubal untuk memastikan wujudnya keselarasan dan keseragaman undang-undang serta dasar berkenaan usaha untuk membangunkan :

1) kawasan penempatan berkelompok
2) syarat pemberian hakmilik
3) penghunian tanah dikawasan itu
4) perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan melalui Felda untuk melaksanakan kerja-kerja pemugaran dan pembangunan tanah yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri.

Pembangkang melalui ANAK sering mempersoalkan Akta ini dan ada yang mencadangkan supaya Akta ini di mansuhkan. Tahukah kita, apa yang akan berlaku sekiranya Akta ini di mansuhkan?

1) Felda akan hilang fungsi dan kuasanya secara undang-undang. Dalam erti kata lain, Felda boleh ditutup secara rasminya. Kakitangan Felda akan kehilangan pekerjaan mereka.

2) Peneroka bebas untuk menanam apa saja tanaman di tanah mereka. Oleh itu, fokus tanaman kelapa sawit dan getah akan berubah.

3) Kilang-kilang penapisan sawit dan getah akan tutup kerana fokus tanaman sudah berubah.

4) Peneroka akan kerugian dalam jangka masa panjang dan Koperasi Peneroka Felda (KPF) tidak akan dapat memberikan pulangan diveden yang sepatutnya malah akan menanggung kerugian pula.

5) Peneroka juga bebas menjual tanah milik mereka kepada orang luar. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila Generasi Muda (mewarisi tanah ini) yang tidak berminat untuk mengusahakan tanah ini juga akan menjualkannya.

Apabila semua diatas ini berlaku, maka kita akan dapat melihat kaum-kaum lain akan mengambil kesempatan yang mana akhirnya orang melayu akan kehilangan segala-galanya. ADAKAH INI YANG KITA MAHU KAN?

Kesimpulannya, Akta ini memberikan perlindungan kepentingan untuk banyak pihak yang terlibat. Selain para peneroka, Akta ini merupakan pelindung kepada kepentingan kebajikan kakitangan Felda yang tugas utama mereka adalah untuk memastikan peneroka semua berjaya. Sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan kepada Akta ini, melakukan pindaan serta perubahan kepada Akta ini adalah tindakan yang lebih wajar berbanding memansuhkannya.

Friday, September 17, 2010

Wan Rohimi, Kayo Demo...

Tergelak besar (sama seperti Wan Rohimi di foto sebelah) apabila membaca tulisan rakan blogger saya iaitu Generation Cyber beberapa hari lepas. Apa tidaknya, peguam terkenal peneroka yang baru menang kes terhadap Felda tepoh hari telah dapat duit saman berjumlah RM 11.2 juta. Kalau mengikut surat perjanjian dengan peneroka :

1) Peringkat permulaan : Setiap peneroka dikehendaki membayar RM 500 seorang x 354 peneroka = RM 177,000.



2) Mendapat 30% dari jumlah pembayaran akhir RM 11.2 juta yang diputuskan oleh Mahkamah iaitu RM 3.36 juta.

Menurut Generation Cyber, peguam Wan Rohimi memaklumkan bahawa pembayaran kepada peneroka akan di buat dalah tempoh 2 bulan lagi. Mengapa dalam tempoh 2 bulan, saya pun tak tahu. Harap-harap Wan Rohimi bukanlah seperti peguam yang menjadi ahli DAP seumur hidup yang terlibat dalam pembunuhan jutawan wanita tu. Kami tak mahu dengar, tiba-tiba gempar satu Malaysia ada kehilangan 354 peneroka di Kemahang 3 pula. Manalah tahu kan.... pasal duit macam-macam boleh jadi.

Lepas ni bolehlah Wan Rohimi dan rakan-rakannya ke Tanah Rancangan lain pula. Dengarnya, mereka sudah pun ada senarai Tanah Rancangan tersebut dan akan meneruskan hasrat mereka menyaman Felda sebelum akhir tahun ini. Namun, kali ini ia tidak akan menjadi begitu mudah lagi melainkan peguam Felda hilang sekali lagi.

"Mie....Kayo Demo"....


Tuesday, September 14, 2010

Tegakkan Keadilan - Kami Cabar Salahuddin Ayub, Mazlan Aliman Dan Wan Rohimi

Alang-alang peluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan.... Itulah bunyinya pepatah melayu. Kita baru sahaja didedahkan oleh Pengerusi FELCRA bahawa mereka telah menyerahkan tanah kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar kepada Kerajaan Negeri Kelantan awal tahun ini, namun sehingga kini masih belum ada calon yang dapat mengusahakan tanah ini.


Apa yang berlaku kepada tanah ini masih belum diketahui. Memandangkan penyerahan tanah ini sudah terlalu lama maka kami MENCABAR supaya Salahuddin Ayub, Mazlan Aliman dan Wan Rohimi segera menyiasat dan mendedahkan apa yang telah berlaku kepada tanah ini. Jelaskan :-

1) Apakah status tanah ini sekarang.

2) Mengapakah Kerajaan Negeri bertindak zalim belum mengagihkan tanah ini kepada calon-calon yang berhak mendapat peluang ini?

3) Adakah terdapat penyelewengan di dalam menguruskan tanah ini?

Sekiranya mereka ini benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan untuk rakyat, sila sahut CABARAN ini.
P.S : Oh ya... Wan, dah beli kereta baru ke..he he? Duit dari Felda sejumlah RM11.2 juta dah dapat, tapi takkan nak agih duit kepada peneroka yang menyaman Felda dalam masa 2 bulan lagi kot...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah... setelah sebulan kita berpuasa, esok kita semua akan menyambut hari kemenangan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.
Felda Hanya Satu Didunia...

Anak Jati Felda

Saturday, September 4, 2010

Mazlan Aliman... Apakah Pegangan Kamu Sekarang?

Saya masih ingat bila bertanya dengan rakan-rakan yang menjadi penyokong kuat PAS, apakah matlamat kamu? Mereka akan menjawab dengan bangganya bahawa mereka berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Mereka akan mengeluarkan bermacam-macam hadith dan ayat Al Quran untuk menyokong apa yang mereka perjuangkan. Sekarang, sekiranya saya bertemu mereka, saya tidak pasti apakah reaksi mereka bila melihat berita mengenai PAS dan segelintir pemimpinnya telah menolak Hudud.

Ternyata apa yang mereka perjuangkan selama ini adalah sia-sia. Saya juga yakin, saudara Mazlan Aliman juga mesti mempunyai pegangan beliau sendiri semasa menyertai PAS. Kita lihat sahajalah, apa yang telah berlaku kepada PAS sejak kebelakangan ini :-

1) Tolak perlaksanaan Hukum Hudud
2) Membenarkan orang bukan Islam masuk Surau dan Masjid
3) Mahu membuka dan bersetuju membesarkan kilang arak
4) Bersetuju dengan pembukaan ladang babi

Semalam dilaporkan 756 ahli PAS dari Parlimen Larut telah bertindak keluar dari parti PAS dan masuk UMNO. Dikatakan mereka sudah hilang keyakinan kepada PAS kerana PAS telah menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Semakin lama, PAS telah ditekan dan diperkotak-katikkan oleh pemimpin DAP dan PKR. PAS semakin tersepit di dalam Pakatan Rakyat yang mana akhirnya mereka terpaksa lepaskan apa yang telah mereka perjuangkan selama ini.

Disini saya hendak bertanya kepada saudara Mazlan Aliman.... apakah pegangan dia sekarang dengan PAS? Manalah tahu...takut tengah cari borang UMNO jugak ke.


Friday, September 3, 2010

Pembangkang Dah 'Gila Meroyan'

Nak marah pun ada... nak tergelak pun ada. Semuanya gara-gara melihat beberapa kepimpinan PAS membuat laporan Polis hari ini di IPD Dang Wangi. Menurut laporan Polis tersebut, mereka menyatakan bahawa YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Ahmad Maslan dan Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor telah menghina mahkamah. Lepas itu mereka juga menolak bahawa kemenangan peneroka di mahkamah bukan kerana peguam Felda tidak hadir tapi kerana mereka dipihak yang benar.

Itulah dia mentaliti pembangkang. Nak kata bodoh tapi belajar tinggi-tinggi. Yang tepatnya, mereka semua ini tidak cerdik. Kalau nak diikutkan, sekiranya Kerajaan dan Felda nak buat laporan Polis, agaknya dah berlori laporan Polis telah dibuat terhadap PAS terutama sekali pada Mazlan Aliman. Mana tidaknya, mereka semua ini telah membuat banyak tohmahan, fitnah dan hasutan terhadap peneroka.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya hanyalah untuk kepentingan politik mereka dan bukanlah untuk kebaikan serta kebajikan peneroka. Apa saja yang Felda serta Kerajaan lakukan semuanya salah dan tidak betul. Mereka hanya bagi tahu keburukan dan lansung tidak menceritakan perkara yang baik.

Inilah orang-orang yang 'Gila Meroyan'....melalak kesana kemari nak cari publisiti. Dalam bulan yang baik ini pun tak habis-habis memfitnah sana sini. Mazlan pun satu juga, dah lah jadi peguam tapi dia tidak membetulkan kenyataan kawannya yang terang-terang salah. Ya lah... semua orang tahu yang dia sedang bersungguh-sungguh nak jadi YB.

Saya nak mengesyorkan Mazlan supaya ajak rakan-rakan peguam yang lain termasuklah Wan Rohimi supaya pergi ke Kelantan dan perjuangkan hak orang Kelantan kerana sehingga ke hari ini rakyat Kelantan masih dapat air yang kotor Banyak kawasan lain yang masih tiada air walaupun dijanjikan bertahun-tahun yang lalu. Amacam...Ok tak?

Tuesday, August 31, 2010

Tahniah Kepada Blog Generation Cyber

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada blog Generation Cyber kerana telah menjelaskan tentang "Dasar Pemberhentian Pengambilan Peneroka dan Sejarah Kewujudan Felda Plantation" dengan begitu jelas dan mudah difahami. Kemunculan lebih banyak blog yang boleh menjadi panduan kepada peneroka dan Generasi Muda Felda sangat dialu-alukan. Ikuti blog beliau di http://generationcyber.blogspot.com/.

Selamat Berblogging...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53 kepada semua pembaca, peneroka dan seluruh rakyat Malaysia. Bersama-samalah kita berdoa semoga negara Malaysia akan dilindungi Allah daripada pembelot-pembelot yang menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan mereka. Semoga Allah juga memberikan hidayah kepada mereka semua ini.



Salam Merdeka Dari Saya

Anak Jati Felda

Monday, August 30, 2010

Wahai Peguam 'Pakar Menyaman', Harap Dapat Bantu Rakyat Kelantan

Dua hari lepas, saya telah berjumpa dengan rakan-rakan dari Generasi Muda Felda yang berasal dari Kelantan. Di dalam pertemuan tersebut, ibu bapa mereka yang merupakan peneroka Felda ada bersama. Diantara tajuk perbualan kami ialah mengenai kes kemenangan saman terhadap Felda sebanyak RM11 juta. Menurut ibu bapa rakan-rakan saya itu, isu ini begitu hebat di bincangkan dikalangan peneroka kini.

Memandangkan kejayaan peguam ini, ibu bapa rakan saya menimbulkan satu isu yang lain iaitu masalah bekalan air kotor yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Menurut mereka, sudah lebih dari 10 tahun, mereka masih belum dapat air yang bersih. Ada di sesetengah kawasan di Kelantan juga yang masih belum menerima bekalan air malah penduduk di kawasan tersebut terpaksa menggunakan air dari telaga serta dari sumber-sumber lain.

Menurut mereka, rakyat Kelantan sudah terlalu lama tertipu dengan Kerajaan Negeri yang menjanjikan mereka air yang bersih namun, janji tinggal janji. Oleh itu, mereka menyeru kepada peguam-peguam pakar yang kerjanya pakar dalam menyaman institusi kerajaan supaya dapat membantu rakyat Kelantan dengan menyaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Nama-nama peguam hebat seperti Wan Rohaimi, Mazlan Aliman, S. Sivarasa, Latheefa Koya, N. Surendran dan semua peguam-peguam Pakatan Pembangkang disebut supaya dapat membantu Rakyat Kelantan. Peguam-peguam ini tidak patut pilih kasih kerana keadilan seperti yang mereka selalu laungkan, mestilah ditegakkan.

Mereka juga mencabar peguam-peguam 'hebat' ini supaya berani kerana benar.... Kata mereka "JOM MARI KELATE...KITO SAME KERAJAAN KELATE PULOK".

Sunday, August 29, 2010

Tasaufkan Diri Anda Dahulu Wahai Penyokong PAS

Sungguh menarik membaca satu artikel di dalam satu laman portal Pro PAS. Di dalam artikel tersebut, penulis telah membuat tuduhan yang tidak berasas dan melemparkan fitnah kepada Pengerusi Felda. Tidakkah beliau sedar bahawa dalam Islam itu, fitnah amatlah besar dosanya?

Saya betul-betul sedih kerana di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, beliau tidak dapat memperbaiki nafsu amarah yang begitu membara dalam dirinya. Kita lihat apa yang beliau tulis di dalam laman portal tersebut :

Melihat kepada kenyataan Pengerusi FELDA yang berkelulusan Tasawuf Dr Yusof Nor yang "masih tidak mengaku" penipuan FELDA terhadap peneroka FELDA Kemahang 3 menampakkan jelas kepada kita wajah sebenar perangai buruk kepimpinan UMNO iaitu tidak mengaku "jahat"walaupun sebenarnya memang jelas kejahatannya terhadap bangsa sendiri.

Kali ini menuding pula kepada firma guaman yang mewakili FELDA atas kekalahan mereka melawan saman Kaum Tani FELDA Kemahang 3.

Tiada langsung ucapan maaf atas penipuan dan kezaliman selama belasan tahun menipu peneroka.
Mungkin Yusof Nor boleh juga mengungkap kalimat pelepas diri yang menjadi "kenyataan rasmi" pemimpin UMNO jika tersepit iaitu, "Ketika itu saya belum lagi jadi Pengerusi FELDA, tanyalah pengerusi sebelum saya".
Adakah dalam diri Yusof Nor sudah tiada lagi nilai-nilai"tasawuf" yang pernah melayakkan dirinya dapat Phd ? Atau beliau masih berbangga dengan pendapatan hampir RM2juta setahun hasil keringat peluh peneroka yang tentu tidak sama nilai harga peneroka yang dinilaikan oleh PMNajib sekitar RM350 setahun?


Untuk makluman penulis, Pengerusi Felda telahpun menafikan pendapatan beliau yang begitu tinggi seperti di katakan oleh Sivarasa. Kebetulan, saya juga ada bertanya dengan beliau sendiri di salah satu Majlis Berbuka Puasa.

Fitnah penulis juga tidak habis di situ kerana Felda tidak perlu minta maaf dengan peneroka. Felda tidak pernah bertindak zalim kepada peneroka tapi segelintir peneroka yang dipengaruhi pembangkang inilah yang bertindak zalim kepada peneroka-peneroka lain. Disebabkan segelintir peneroka ini, Felda boleh hancur musnah.

Sekali lagi kita mesti faham bahawa "FELDA KALAH BUKAN KERANA ZALIM TAPI HANYA DISEBABKAN KESILAPAN TEKNIKAL DIATAS KETIDAKHADIRAN PEGUAM SEMASA KES DIDENGAR DI MAHKAMAH TINGGI KOTA BHARU".

Pada pandangan saya, penulis tersebut mestilah bertaubat dan seterusnya meminta maaf kepada Pengerusi Felda kerana telah memfitnah. Semoga Allah mengampunimu wahai penulis...

Thursday, August 26, 2010

Peguam "Bernasib Baik" Joli Sakan Pada Hari Raya Tahun Ini

Keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Felda membayar RM 11 juta kepada peneroka haruslah di terima dengan hati yang terbuka. Walaubagaimanapun keputusan ini juga haruslah di ambil iktibar oleh Pengurusan Felda supaya kesilapan teknikal tidak akan berulang lagi.

Berikut adalah keputusan Mahkamah Rayuan :

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baru supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya. Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baru memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

(Dipetik dari Malaysian Insider)

Kalau diikutkan dari keputusan ini, sebenarnya peneroka yang menang dalam kes saman terhadap Felda hanyalah bernasib baik. Saya yakin, peneroka-peneroka lain yang menyaman Felda pada masa akan datang tidak akan bernasib baik seperti peneroka Kemahang ini. Apapun tahniah saya ucapkan kepada peguam-peguam peneroka ini kerana Hari Raya tahun ni boleh berjoli sakan. Mana taknya, kalau 30% dari RM 11 juta.....Fuuuhhhh Banyak tu...

Wednesday, August 25, 2010

Felda Terus Unggul Dalam Pembangunan Dunia Dan Akhirat

Memandangkan terlalu banyak fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Felda, saya ingin menyingkap sekali lagi, apa yang telah dilakukan oleh Felda kepada peneroka dan Generasi muda di Tanah Rancangan seluruh negara. Berikut adalah antara apa yang telah dilaksanakan oleh Felda, malah banyak lagi aktiviti serta program yang telah dilakukan oleh Felda untuk peneroka dan generasi muda Felda.

A) Kepada Peneroka

1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.

2) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.

3) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.

4) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.

5) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.



B) Kepada Generasi Muda

1) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.

2) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.

3) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.

4) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.


C) Kepada Pelajar Sekolah dan Universiti

1) Memulakan Skim Tuisyen Felda di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendahbermula dari tahun 2006.

2) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.

3) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.

4) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda (untuk anak 5 tahun ke bawah).

5) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.

6) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.


D) Kepada Masjid

1) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.


E)Memperbaiki Dan Menaiktaraf Infrastruktur

1) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.

Bersamalah kita menolak segala gangguan-gangguan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang ditanah-tanah rancangan Felda sekarang ini.

Warga Peneroka Sekelian... Ingatlah


Warga peneroka sekelian, ingatlah jasa-jasa Felda pada kita semua... Apa lagi yang kita hendakkan? Jangan bila semuanya dah tergadai, baru kita hendak menyesal. FIKIRKANLAH...


Dari tiada tanah - dah ada tanah
Dari tiada ladang - dah ada ladang
Dari tiada geran - dah ada geran
Dari tiada rumah - dah ada rumah
Dari tiada kemudahan - dah ada kemudahan
Dari tiada duit - dah ada duit
Dari tiada kenderaan - dah ada kenderaan
Dari tiada pendidikan - dan ada pendidikan


Monday, August 23, 2010

Warga Felda Mesti Bersedia Dengan Serangan Pakatan Pembohong


Serangan-demi serangan telah diatur oleh parti politik dari Pakatan Rakyat kepada Felda. Namun sebenarnya, gelaran yang paling sesuai untuk memanggil mereka ini ialah Pakatan Pembohong. Satu demi satu telah dipersoalkan seolah-olah apa saja yang telah dilakukan oleh Felda semuanya tidak betul.

Sebagai anak seorang peneroka, saya mengikuti setiap perkembangan apa yang berlaku terhadap Felda. Semua peneroka dan generasi muda Felda patut berbangga dengan apa yang Felda telah laksana dan sumbang kepada peneroka semua namun dengan kehadiran beberapa kerat 'orang luar' yang hanya ingin mengambil kesempatan untuk merosakkan pemikiran peneroka amatlah membimbangkan.

Pihak yang dikatakan pembela peneroka ini sebenarnya adalah pembelot. Percayalah, peneroka semua akan ditinggalkan selepas mereka memperolehi apa yang mereka inginkan. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembohong ini. Realitinya, apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh mereka amatlah teruk dan kelam kabut.

1) Selangor - pentadbiran yang penuh dengan kontroversi
a) menawarkan membuka kawasan baru serta membesarkan kilang arak
b) perompakan pasir yang berleluasa
c) pusat pelacuran yang tumbuh macam cendawan selepas hujan
d) pertumbuhan rumah ibadah bukan Islam yang tidak terkawal
e) bersetuju dengan cadangan menghapuskan kuota bumiputra
f) menggunakan logo 'kominis' di kepala surat rasmi Kerajaan Selangor
g) pentadbiran anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang boleh dipersoalkan

2) Pulau Pinang
a) penghapusan penempatan orang melayu secara halus dan sistematik
b) peningkatan pusat pelacuran dan aktiviti tidak sihat

3) KelantanItalic
a) sampai sekarang air kotor
b) pembalakan yang tidak terkawal

Apa yang saya nyatakan diatas hanyalah sebahagian sahaja, malah banyak lagi perkara-perkara yang boleh dipersoalkan. Kalaulah mereka betul-betul pejuang rakyat, mengapa mereka tidak membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka dulu bak kata pepatah semut seberang laut nampak, tapi gajah depan mata buat-buat tak tahu sahaja? Kalau kita nak cari kesalahan orang, macam-macam kita boleh cari.

Saya percaya dengan serangan yang berlaku terhadap Felda sejak kebelakangan ini , sedikit sebanyak menyentap perasaan warga Felda yang bertungkus lumus bekerja untuk membangun serta memperbaiki sistem yang sedia ada supaya lebih berjaya. Saya harap, warga Felda semua akan meneruskan perjuangan dan teruskan membantu peneroka dan kami, Generasi muda Felda.

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang benar... Amin


Thursday, August 19, 2010

Pengerusi Felda Menafikan Dakwaan Pembangkang

Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menafikan secara rasmi bahawa pendapatannya adalah rendah dan tidak seperti yang digembur-gemburkan oleh Naib Presiden Keadilan merangkap 'Peguam Penipu Peneroka Felda' iaitu gaji dan elaun Pengerusi Felda ialah RM2 juta. Penafian ini adalah sama dengan apa yang telah beliau maklumkan pada saya ketika bertemu di Majlis Berbuka Puasa tidak berapa lama dulu.

Oleh itu jelas sekali pembangkang ini hanya mempunyai agenda Mencari Salah Orang. Mungkin stesyen-stesyen tv di Malaysia ini boleh buat satu program realiti baru yang berjudul "MENCARI SALAH ORANG". Tentu program realiti ini akan digemari oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.
Bagi mereka yang membuat dakwaan dan fitnah kepada Tan Sri Pengerusi, KAMI TUNTUT SUPAYA MEREKA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA.

Tuesday, August 17, 2010

Felda Mesti Waspada, Serangan Masih Belum Habis Lagi

Semalam, tercatatlah sejarah baru apabila Felda buat kali pertama telah menyaman Suara Keadilan dan mereka yang terlibat didalam fitnah-fitnah yang di lemparkan. Namun harus kita ingat, bahawa mereka ini tidak akan berhenti disini sahaja. PKR baru sahaja memasarkan akhbar tabloid mereka yang terbaru iaitu Metro Keadilan. Sudah pasti apa yang terkandung didalam ini mempunyai berita-berita yang TIDAK TEPAT.

Walaupun banyak perkara baik yang telah dibuat Felda untuk peneroka, semuanya tidak penting. Bagi mereka Felda mesti di malukan dengan apa cara sekalipun. Fokus yang diletakkan oleh pembangkang kepada Felda kali ini agak luar biasa. Semua pun faham apa tujuan maksud pihak-pihak ini kerana yang penting mereka mahu menang pada Pilihanraya ke 13 nanti. Biarlah negara dan agensi Kerajaan hancur, asalkan hasrat mereka tercapai.

Semalam, berita-berita baru yang TIDAK TEPAT dimainkan lagi oleh pembangkang. Antaranya:

1) Dakwaan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 adalah duit peneroka sendiri
2) Pinjaman dari KWSP sebanyak RM 3 billion

Insyallah saya akan sentuh dakwaan-dakwaan ini pada posting saya yang akan datang. Saya menyeru kepada semua warga Felda, Peneroka dan Generasi Muda untuk bangun bersama saya menentang kejahatan yang sedang ditimbulkan ini.

Sunday, August 15, 2010

Peguam Pembangkang Yang Menipu Peneroka Felda Dah Ketar Lutut

Nak tergelak saya membaca laporan dari portal berita pembangkang yang memberitahu Felda tidak boleh menyaman Suara Keadilan. Eh... takkan dah takut kot? Bila mereka fitnah Kerajaan dan agensinya teruk-teruk tak apa, tapi bila akhbar mereka nak kena saman, kata tak boleh dan tak beretika pulak.

Sepatutnya, mereka kena faham bahawa mereka (Suara Keadilan) sepatutnya lebih bertanggungjawab bila melaporkan apa-apa berita sebelum ia dikeluarkan. Yang menariknya lagi, memandangkan dalam bulan Ramadhan ini, hal-hal fitnah telah diserahkan kepada mereka yang bukan Islam untuk melaksanakannya. Namun ada juga yang tak sedar diri dan berada didalam kelompok orang bukan Islam tersebut.

Maka dengan itu, Naib Presiden PKR S Sivarasa membuat fitnah terhadap Tan Sri Mohd Yusof Nor dengan dakwaan bahawa Tan Sri menerima gaji dan elaun dari Felda sebanyak RM2 juta setahun. Entahlah... kadang-kadang nak kata bodoh, dia tu peguam tapi ada akal tak nak digunakan. Tahukah dia, berapa gaji seorang Perdana Menteri? Saya rasa, kalau banyak itulah pendapatan Tan Sri, sudah tentu Dato' Seri Najib pun nak jadi Pengerusi Felda. Lebih baik Dato' Seri Najib jaga Felda je dari penat-penat mentadbir negara.

Fikirkanlah... Apapun siaplah Suara Keadilan esok... Pandai Fitnah, Pandailah Tanggung...


Pengerusi Felda Seorang Pejuang Felda

Didalam satu majlis berbuka puasa semalam, saya bersyukur kerana telah tersempak dengan Pengerusi Felda iaitu Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor. Tanpa rasa malu, saya telah memperkenalkan diri kepada beliau sebagai salah seorang generasi muda Felda. Beliau yang sentiasa tersenyum dan merendah diri telah menyambut salam saya seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Beliau telah menjemput saya berbual-bual di mejanya.

Walaupun beliau pernah memegang jawatan sebagai menteri penuh, beliau lansung tidak sombong. Beliau boleh dikatakan sebagai 'Orang politik tapi tidak gila politik'. Menurutnya, tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pengerusi Felda telah dijalankan oleh beliau dengan sebaik yang mungkin. Sepanjang beliau memegang jawatan ini, macam-macam fitnah telah beliau terima tapi sebagai seorang Islam, beliau hanya berserah kepada Allah. Katanya, 'Lambat laun Yang Benar akan mengatasi Yang Bathil'.

Kesempatan pada pertemuan ini saya gunakan dengan sebaik yang mungkin bertanya isu-isu Felda serta tuduhan liar yang dilemparkan kepada beliau. Dengan senyum dan rendah diri, beliau menjelaskan kepada saya satu persatu. Antara yang di jelaskan adalah seperti berikut :-

1) Saman Peneroka Terhadap Felda - maklumat yang digunakan oleh peneroka dalam menyaman Felda adalah tidak tepat. Felda mempunyai rekod dan dokumen lengkap berkaitan perkara ini dan akan ditunjukkan kepada mahkamah apabila perbicaraan bermula nanti. Ianya lebih kepada isu politik yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang untuk memecahbelahkan peneroka.
2) Felda juga tidak bangkrap sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang. Satu saman kepada akhbar Suara Keadilan juga sedang disiapkan. Ini mengesahkan maklumat saya berkenaan saman kepada akhbar Suara Keadilan esok.
3) Gaji Pengerusi yang tinggi - maklumat ini juga tidak tepat kerana gaji Pengerusi adalah jauh lebih rendah dari Pengarah Besar dan CEO Felda. Walaupun sebagai Pengerusi yang tidak perlu ke pejabat hari-hari, namun beliau telah memberikan komitmen ke pejabat dari pagi hingga ke petang. Beliau juga jarang mengambil cuti malah lebih suka untuk turun ke program-program bersama peneroka dan masyarakat. Beliau menjadikan tugas ini sebagai satu ibadah.
4) Bangunan Felda - ianya bukanlah satu pembaziran malah menunjukkan kejayaan Felda sebagai agensi Kerajaan yang berjaya di dalam dan luar negara. Kini harga hartanah di situ telah meningkat berlipat kali ganda dan semuanya adalah untuk generasi Felda yang akan datang untuk menguruskannya.
Sebelum kami bersalam dan berpisah, beliau telah berpesan kepada saya,

" Jadikan politik itu sebagai perjuangan dan ibadah. Jangan sekali-kali kita menggadai prinsip dan maruah hingga kita jadikan politik itu tempat untuk mencari makan. Cakap sedap tapi yang sebenarnya kita menipu. "


Saturday, August 14, 2010

Berita Terkini : Suara Keadilan.... Tunggulah Nasib Kamu Isnin Ini

Saya baru sahaja dimaklumkan oleh rakan-rakan, bahawa Suara Keadilan akan menerima nasib mereka Isnin ini. Kalaulah betul apa yang di maklumkan oleh rakan saya itu, maknanya Suara Keadilan yang selama ini suka memfitnah, bolehlah mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri.

Peristiwa bersejarah tersebut akan berlaku di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang. Saya sangat teruja kerana peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan kerana Felda tidak akan berbohong dalam bulan yang mulia ini. Secara simboliknya Felda ingin memaklumkan kepada semua peneroka dan rakyat Malaysia bahawa FELDA TIDAK BANGKRAP.

Kita tunggu Isnin ini 16 Ogos 2010 jam 2.30 petang.

Alhamdulillah... Terima Kasih Perdana Menteri

Saya bersama rakan-rakan seangkatan dari Generasi Muda Felda ingin mengucapkan Alhamdulillah serta berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan Felda kerana telah memberi duit raya kepada semua peneroka. Walaupun jumlahnya RM350 seorang, namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu keluarga peneroka.

Saya percaya bahawa peneroka yang menyaman Felda pun akan menerima duit raya ini. Saya doakan semoga peneroka tersebut bersyukur dan bertaubat kepada Allah. Saya percaya mereka juga sukabila mendapat duit ni.

Oh ya, DUIT PEGUAM DAH BAYAR KE BELUM?

Friday, August 13, 2010

Kes Saman Felda - Siapa Yang Untung?

Cerita berkaitan saman Felda kini semakin menarik. Saya ingatkan, peguam-peguam yang mewakili mereka ini betul-betul ikhlas untuk memperjuangkan nasib peneroka, tetapi sangkaan saya meleset. Rupanya peuam ini telah meletakkan banyak syarat kepada peneroka. Lihat foto...






























Kesian peneroka-peneroka yang dipergunakan ini,

1) kena bayar kos guaman minimum RM500 seorang (hangus)
2) kalau nak tarik diri kena bayar RM5,000 seorang

Patutlah peguam ni bersungguh-sungguh sangat nak mewakili peneroka.

1) kalau kalah, dapat RM500 seorang x 766 peneroka
2) kalau menang dapat 30% komisyen lagi dari tuntutan yang diperolehi

Agaknya, lepas ni peguam ni akan 'pusing satu Malaysia' cari peneroka yang nak saman Felda. Wahai peneroka sekelian, maka sesungguhnya anda in sedang diperkudakan... TANYALAH : SIAPA YANG UNTUNG?

Thursday, August 12, 2010

Peneroka Yang Saman Felda Kena Bayar RM500 Seorang?














Wah... Cukup terkejut saya bila mendapat tahu bahawa setiap peneroka kena membayar RM500 seorang kepada peguam yang mewakili mereka. Kalaulah betul apa yang di beritahu oleh kawan saya itu, maka kenyanglah peguam yang mewakili mereka ini.

Mana tidaknya, kalau RM500 x 766 peneroka maka peguam akan dapat RM383,000.00. Ini adalah satu jumlah duit yang banyak. Untung peguam ni... agaknya lepas ni boleh cari kumpulan lain pulak yang nak saman agensi-agensi kerajaan yang lain.

Tunggu posting saya yang akan datang .... Lebih hangat!!!

Tuesday, August 10, 2010

Peneroka Diperkuda : Gelombang Kedua Menyerang Felda Bermula














Sedih saya mendapat tahu yang terdapat peneroka yang menyaman Felda sebanyak 200 juta semalam. Apa yang dapat kita perhatikan bahawa peneroka ini telah diperkudakan oleh Pakatan Pembangkang.

Saya sedang menyiasat mengenai dakwaan yang telah dilakukan oleh peneroka ini, tapi apa yang pasti, peneroka ini telah diperguna untuk mencemarkan organisasi yang berkaitan dengan Kerajaan. Yang sedihnya, hanya yang buruk di hebahkan.... Mengapa tidak dihebahkan benda yang baik juga?

Kalau benar-benar peneroka ini ikhlas, mengapakan tidak menggunakan peguam yang neutral malah menggunakan khidmat peguam yang memang sah adalah PEMBANGKANG yang ingin menjatuhkan Kerajaan. Kalau menggunakan peguam ini, memang pasti hanya yang buruk akan digunakan tapi yang baik akan diselindung. Lihat di bawah siapakan peguam yang dilantik :-

1) R. Sivarasa (Naib Presiden PKR)
2) Latheefa Koya (PKR)
3) T.Kumar

malah yang turut hadir adalah :-

1) Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
2) Zulkefly Mohamed Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan)
3) Abdul Rahman Ramli (Ketua PAS Jempol)
4) Sabaruddin Mohd Yassim (Setiausaha PKR Negeri Sembilan)

Ramai lagi yang hadir memang jelas menyokong parti pembangkang. Dari apa yang dapat kita lihat, segelintir peneroka yang berkiblatkan Parti Pembangkang memang sengaja mencari jalan untuk melunturkan kepercayaan rakyat terhadap institusi Kerajaan.

Tanyalah soalan ini :

Sanggupkah kita membiarkan perkara ini berterusan berlaku?
Sanggupkah kita membenarkan Parti Pembangkang ini merosakkan Felda yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada kita?

Fikirkanlah....