FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, July 7, 2010

MRSM Felda bukti kejayaan peneroka

Artikel ini di petik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. Kalau ikut dari apa yang di laksanakan oleh Felda, apa lagi yang kurangnya...


Oleh AMIR SARIFUDIN






Maktab Rendah Sains Mara Felda kampus Kolej Tun Abdul Razak di Trolak, Perak.



KIRA-KIRA 54 tahun lalu, kehidupan golongan ini yang bergelar peneroka dianggap kais pagi makan pagi, mungkin berdasarkan mereka tinggal di tanah yang gersang. Namun, semua itu sudah berubah hasil transformasi dilakukan oleh para pemimpin negara bagi mengeluarkan golongan ini dari kepompong kemiskinan.

Kehidupan peneroka Felda kini beralih ke pelbagai bidang baru termasuk usahawan, pendidikan, inovasi dan banyak lagi. Kejayaan berterusan itu secara tidak langsung mewujudkan rasa 'cemburu' pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut dan mempolitikkan keadaan.

Pada masa yang sama, generasi baru Felda dilihat menguasai bidang-bidang pendidikan meliputi peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya profesional. Kini, mercu kejayaan bidang pendidikan untuk generasi baru dari kalangan anak-anak peneroka dapat direalisasikan melalui kewujudan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda kampus Kolej Tun Abdul Razak di Trolak, Perak.

Dengan fokus utama kepada pembangunan generasi baru, maktab ini merupakan satu-satunya MRSM pertama dibina di tanah rancangan Felda. Kampus ini mengambil nama sempena jasa besar Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, yang merupakan pengasas pembangunan tanah rancangan Felda. Apa yang lebih menarik, terdapat guru-guru di maktab ini yang juga berasal dari Felda.

Jika sebelum ini, Asrama Semai Bakti (ASB) Felda telah berjaya melahirkan ramai profesional daripada kalangan anak peneroka, maka kolej ini kelak bakal memperlihatkan lebih ramai generasi baru yang cemerlang dalam akademik. Kampus MRSM Kolej Tun Abdul Razak ini siap sepenuhnya pada tahun ini dengan kos kira-kira RM120 juta dan mampu menempatkan 1,050 pelajar.

Menurut Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab, sebanyak 80 peratus pelajar adalah daripada kalangan anak peneroka Felda seluruh negara yang ditempatkan di kolej ini, manakala selebihnya adalah pelajar lain yang berkelayakan. Katanya, kewujudan MRSM Felda dilihat sebagai langkah melahirkan modal insan yang akhirnya dapat membantu menjana pembangunan negara.

''Kejayaan melahirkan generasi baru berpendidikan dari kalangan anak-anak peneroka dapat membantu meneruskan agenda pembangunan negara,'' katanya.

MRSM Felda dibina atas tapak seluas 25 hektar, menempatkan kemudahan prasarana tercanggih dan termoden. Antaranya infrastruktur pembelajaran, sukan, kokurikulum, teknologi maklumat, bangunan pentadbiran, dewan kuliah, perpustakaan, makmal, asrama, rumah warden dan surau. Kampus kolej tersebut yang ditubuhkan pada 1 Disember 2007 adalah cetusan minda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perasmian MRSM Felda hari ini oleh Perdana Menteri dianggap satu sejarah besar bermula dari kepimpinan bapa beliau, Allahyarham Tun Razak.

Ia dianggap sebagai kesinambungan kepada pembangunan untuk melonjakkan lagi kehidupan warga peneroka.

Pelaksanaan MRSM Felda berjaya direalisasikan melalui Perjanjian Kerjasama Antara Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 30 Mac 2007.

Perjanjian itu dibuat lantaran keserasian dalam perjuangan Mara dan Felda untuk memartabat bangsa Melayu menerusi pendidikan agar lebih perkasa dalam menjalani proses glokalisasi.

Bagi pembinaan kolej ini, Felda menanggung segala perbelanjaan pengurusan dan kemudahan fizikal seperti bangunan dan kelengkapan yang sesuai mengikut spesifikasi Mara.

Menurut Dzulkifli, Felda juga membayar elaun pelajar daripada kalangan anak Felda, menyediakan bahan pengajian serta bahan-bahan makmal. Mara pula bertindak dengan melantik pengetua dan penolongnya, pegawai tadbir dan kakitangan pentadbiran dengan membuat pembayaran gaji dan elaun kepada mereka.

Lebih membanggakan, kampus Kolej Tun Abdul Razak menduduki rangking keenam daripada 36 MRSM seluruh negara bagi keputusan tahunan terbaik apabila 10 pelajar tingkatan dua meraih keputusan 4.0 walaupun baru dibuka awal tahun ini. Kampus Kolej Tun Abdul Razak juga merupakan satu-satunya MRSM di negara ini yang menyediakan program International Baccalaureate (IB) sebagai persediaan pelajar ke luar negara.

Tambah Dzulkifli, walaupun MRSM Felda berjaya direalisasikan kewujudannya, namun generasi baru dari kalangan keluarga peneroka tidak harus leka.

''Mereka perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan bagi memartabatkan diri dalam bidang pendidikan,'' katanya.

Dalam hal ini, beliau mengingatkan warga peneroka supaya sentiasa memastikan anak-anak mereka yang belajar di MRSM Felda menggunakan segala peluang yang ada supaya maju dalam pelajaran.

''Kita mahu kalangan anak-anak peneroka berjaya dalam bidang akademik hingga muncul sebagai golongan berpendidikan tinggi dan profesional.

''Pada anak-anak peneroka pula, guna kesempatan dan kemudahan yang disediakan dengan belajar bersungguh-sungguh,'' katanya.

(Di Petik Dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment