Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
TANJUNG MALIM 7 Julai - Seramai 112,635 peneroka tanah rancangan Felda di seluruh negara mendapat khabar gembira pada sambutan Hari Peneroka 2010 hari ini apabila Perdana Menteri memberikan jaminan pemberian 'duit raya' pada tahun ini.
Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak itu spontan disambut tepukan gemuruh oleh lebih 10,000 peneroka yang menghadiri majlis tersebut.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau hanya akan membuat pengumuman mengenai jumlah duit raya itu pada minggupertama bulan Ramadan.
"Duit raya tetap ada dan saya akan umumkannya pada minggu pertama bulan Ramadan nanti.
"Hari ini biarlah kita fokus pada isu Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) dan penjelasan mengenai tuduhan Felda bankrap," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka 2010 di MRSMF Kampus Tun Abdul Razak, Trolak dekat sini hari ini.
Najib menjelaskan bahawa Felda yang bermula sebagai agensi membangunkan tanah telah berubah menjadi sebuah organisasi hebat dan boleh disifatkan sebagai organisasi sosioekonomi paling besar di dunia yang terlibat dalam pembangunan tanah.
No comments:
Post a Comment