FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Friday, September 17, 2010

Wan Rohimi, Kayo Demo...

Tergelak besar (sama seperti Wan Rohimi di foto sebelah) apabila membaca tulisan rakan blogger saya iaitu Generation Cyber beberapa hari lepas. Apa tidaknya, peguam terkenal peneroka yang baru menang kes terhadap Felda tepoh hari telah dapat duit saman berjumlah RM 11.2 juta. Kalau mengikut surat perjanjian dengan peneroka :

1) Peringkat permulaan : Setiap peneroka dikehendaki membayar RM 500 seorang x 354 peneroka = RM 177,000.



2) Mendapat 30% dari jumlah pembayaran akhir RM 11.2 juta yang diputuskan oleh Mahkamah iaitu RM 3.36 juta.

Menurut Generation Cyber, peguam Wan Rohimi memaklumkan bahawa pembayaran kepada peneroka akan di buat dalah tempoh 2 bulan lagi. Mengapa dalam tempoh 2 bulan, saya pun tak tahu. Harap-harap Wan Rohimi bukanlah seperti peguam yang menjadi ahli DAP seumur hidup yang terlibat dalam pembunuhan jutawan wanita tu. Kami tak mahu dengar, tiba-tiba gempar satu Malaysia ada kehilangan 354 peneroka di Kemahang 3 pula. Manalah tahu kan.... pasal duit macam-macam boleh jadi.

Lepas ni bolehlah Wan Rohimi dan rakan-rakannya ke Tanah Rancangan lain pula. Dengarnya, mereka sudah pun ada senarai Tanah Rancangan tersebut dan akan meneruskan hasrat mereka menyaman Felda sebelum akhir tahun ini. Namun, kali ini ia tidak akan menjadi begitu mudah lagi melainkan peguam Felda hilang sekali lagi.

"Mie....Kayo Demo"....


3 comments:

  1. Salam Ziarah

    Lepas raya..poket dah nipis..untung jd peguam..kayoooo

    ReplyDelete
  2. Inilah kata-kata politik, ade saja salah pihak parti lawan. Kalau BN menang PR kata itu ini, kalau PR menang BN kata itu ini. Biasanyalah dah lumrah manusia hasad. Semua saya tidaklah menyokong mana-mana, tapi kalau perkara sebegini dah terterap dalam diri setiap anggota parti, khususnya Melayu... sampai bilapun Melayu tetap akan layu dan tak akan bersatu.

    Wahai penyokong BN dan PR, sokonglah dengan kebenaran dan perbetulkanlah jika ada kesongsangan atau kesalahan.

    Bersatu kita tenguh, bercerai kita roboh, ingatlah kata-kata ini, kalau dahulu sering kita dengar di kaca televisyen dan dilaungkan oleh pemimpin terdahulu.

    1Malaysia tidak akan tercapai jika kita asyik bertelagah. Ingatlah bersama kita ada moto dari pimpinan dan didepan kita ada wawasan yang perlu kita capaikan bersama.

    ReplyDelete
  3. Sekarang mana ada free dalam dunia ini. Nak kencing pun kena bayar. Biasa lah... kalau kita jadi peguam pun belasah juga.

    ReplyDelete