Sungguh menarik membaca satu artikel di dalam satu laman portal Pro PAS. Di dalam artikel tersebut, penulis telah membuat tuduhan yang tidak berasas dan melemparkan fitnah kepada Pengerusi Felda. Tidakkah beliau sedar bahawa dalam Islam itu, fitnah amatlah besar dosanya?
Saya betul-betul sedih kerana di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, beliau tidak dapat memperbaiki nafsu amarah yang begitu membara dalam dirinya. Kita lihat apa yang beliau tulis di dalam laman portal tersebut :
Melihat kepada kenyataan Pengerusi FELDA yang berkelulusan Tasawuf Dr Yusof Nor yang "masih tidak mengaku" penipuan FELDA terhadap peneroka FELDA Kemahang 3 menampakkan jelas kepada kita wajah sebenar perangai buruk kepimpinan UMNO iaitu tidak mengaku "jahat"walaupun sebenarnya memang jelas kejahatannya terhadap bangsa sendiri.
Kali ini menuding pula kepada firma guaman yang mewakili FELDA atas kekalahan mereka melawan saman Kaum Tani FELDA Kemahang 3.
Tiada langsung ucapan maaf atas penipuan dan kezaliman selama belasan tahun menipu peneroka.
Mungkin Yusof Nor boleh juga mengungkap kalimat pelepas diri yang menjadi "kenyataan rasmi" pemimpin UMNO jika tersepit iaitu, "Ketika itu saya belum lagi jadi Pengerusi FELDA, tanyalah pengerusi sebelum saya".
Adakah dalam diri Yusof Nor sudah tiada lagi nilai-nilai"tasawuf" yang pernah melayakkan dirinya dapat Phd ? Atau beliau masih berbangga dengan pendapatan hampir RM2juta setahun hasil keringat peluh peneroka yang tentu tidak sama nilai harga peneroka yang dinilaikan oleh PMNajib sekitar RM350 setahun?
Untuk makluman penulis, Pengerusi Felda telahpun menafikan pendapatan beliau yang begitu tinggi seperti di katakan oleh Sivarasa. Kebetulan, saya juga ada bertanya dengan beliau sendiri di salah satu Majlis Berbuka Puasa.
Fitnah penulis juga tidak habis di situ kerana Felda tidak perlu minta maaf dengan peneroka. Felda tidak pernah bertindak zalim kepada peneroka tapi segelintir peneroka yang dipengaruhi pembangkang inilah yang bertindak zalim kepada peneroka-peneroka lain. Disebabkan segelintir peneroka ini, Felda boleh hancur musnah.
Sekali lagi kita mesti faham bahawa "FELDA KALAH BUKAN KERANA ZALIM TAPI HANYA DISEBABKAN KESILAPAN TEKNIKAL DIATAS KETIDAKHADIRAN PEGUAM SEMASA KES DIDENGAR DI MAHKAMAH TINGGI KOTA BHARU".
Pada pandangan saya, penulis tersebut mestilah bertaubat dan seterusnya meminta maaf kepada Pengerusi Felda kerana telah memfitnah. Semoga Allah mengampunimu wahai penulis...
No comments:
Post a Comment