Nak marah pun ada... nak tergelak pun ada. Semuanya gara-gara melihat beberapa kepimpinan PAS membuat laporan Polis hari ini di IPD Dang Wangi. Menurut laporan Polis tersebut, mereka menyatakan bahawa YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Ahmad Maslan dan Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor telah menghina mahkamah. Lepas itu mereka juga menolak bahawa kemenangan peneroka di mahkamah bukan kerana peguam Felda tidak hadir tapi kerana mereka dipihak yang benar.
Itulah dia mentaliti pembangkang. Nak kata bodoh tapi belajar tinggi-tinggi. Yang tepatnya, mereka semua ini tidak cerdik. Kalau nak diikutkan, sekiranya Kerajaan dan Felda nak buat laporan Polis, agaknya dah berlori laporan Polis telah dibuat terhadap PAS terutama sekali pada Mazlan Aliman. Mana tidaknya, mereka semua ini telah membuat banyak tohmahan, fitnah dan hasutan terhadap peneroka.
Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya hanyalah untuk kepentingan politik mereka dan bukanlah untuk kebaikan serta kebajikan peneroka. Apa saja yang Felda serta Kerajaan lakukan semuanya salah dan tidak betul. Mereka hanya bagi tahu keburukan dan lansung tidak menceritakan perkara yang baik.
Inilah orang-orang yang 'Gila Meroyan'....melalak kesana kemari nak cari publisiti. Dalam bulan yang baik ini pun tak habis-habis memfitnah sana sini. Mazlan pun satu juga, dah lah jadi peguam tapi dia tidak membetulkan kenyataan kawannya yang terang-terang salah. Ya lah... semua orang tahu yang dia sedang bersungguh-sungguh nak jadi YB.
Saya nak mengesyorkan Mazlan supaya ajak rakan-rakan peguam yang lain termasuklah Wan Rohimi supaya pergi ke Kelantan dan perjuangkan hak orang Kelantan kerana sehingga ke hari ini rakyat Kelantan masih dapat air yang kotor Banyak kawasan lain yang masih tiada air walaupun dijanjikan bertahun-tahun yang lalu. Amacam...Ok tak?
Mazlan....Mazlan, tak habis-habis nak cari publisiti murahan. Kenyataannya peguam gagal hadir itu sahaja, FELDA tak dapat nak bela diri. Susah nak fahamkan kumpulan manusia yang dah tertutup mindanya ni.
ReplyDeleteMenjadi ANAK dalam Felda, BAPAK pulak ditubuhkan untuk menghasut warga FELCRA...... bukankah itu namanya dah meroyan untuk jadi YB selepas kalah di Parlimen Bera..... balik ke Johor tak berani...
ReplyDelete