FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Sunday, August 15, 2010

Pengerusi Felda Seorang Pejuang Felda

Didalam satu majlis berbuka puasa semalam, saya bersyukur kerana telah tersempak dengan Pengerusi Felda iaitu Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor. Tanpa rasa malu, saya telah memperkenalkan diri kepada beliau sebagai salah seorang generasi muda Felda. Beliau yang sentiasa tersenyum dan merendah diri telah menyambut salam saya seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Beliau telah menjemput saya berbual-bual di mejanya.

Walaupun beliau pernah memegang jawatan sebagai menteri penuh, beliau lansung tidak sombong. Beliau boleh dikatakan sebagai 'Orang politik tapi tidak gila politik'. Menurutnya, tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pengerusi Felda telah dijalankan oleh beliau dengan sebaik yang mungkin. Sepanjang beliau memegang jawatan ini, macam-macam fitnah telah beliau terima tapi sebagai seorang Islam, beliau hanya berserah kepada Allah. Katanya, 'Lambat laun Yang Benar akan mengatasi Yang Bathil'.

Kesempatan pada pertemuan ini saya gunakan dengan sebaik yang mungkin bertanya isu-isu Felda serta tuduhan liar yang dilemparkan kepada beliau. Dengan senyum dan rendah diri, beliau menjelaskan kepada saya satu persatu. Antara yang di jelaskan adalah seperti berikut :-

1) Saman Peneroka Terhadap Felda - maklumat yang digunakan oleh peneroka dalam menyaman Felda adalah tidak tepat. Felda mempunyai rekod dan dokumen lengkap berkaitan perkara ini dan akan ditunjukkan kepada mahkamah apabila perbicaraan bermula nanti. Ianya lebih kepada isu politik yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang untuk memecahbelahkan peneroka.
2) Felda juga tidak bangkrap sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang. Satu saman kepada akhbar Suara Keadilan juga sedang disiapkan. Ini mengesahkan maklumat saya berkenaan saman kepada akhbar Suara Keadilan esok.
3) Gaji Pengerusi yang tinggi - maklumat ini juga tidak tepat kerana gaji Pengerusi adalah jauh lebih rendah dari Pengarah Besar dan CEO Felda. Walaupun sebagai Pengerusi yang tidak perlu ke pejabat hari-hari, namun beliau telah memberikan komitmen ke pejabat dari pagi hingga ke petang. Beliau juga jarang mengambil cuti malah lebih suka untuk turun ke program-program bersama peneroka dan masyarakat. Beliau menjadikan tugas ini sebagai satu ibadah.
4) Bangunan Felda - ianya bukanlah satu pembaziran malah menunjukkan kejayaan Felda sebagai agensi Kerajaan yang berjaya di dalam dan luar negara. Kini harga hartanah di situ telah meningkat berlipat kali ganda dan semuanya adalah untuk generasi Felda yang akan datang untuk menguruskannya.
Sebelum kami bersalam dan berpisah, beliau telah berpesan kepada saya,

" Jadikan politik itu sebagai perjuangan dan ibadah. Jangan sekali-kali kita menggadai prinsip dan maruah hingga kita jadikan politik itu tempat untuk mencari makan. Cakap sedap tapi yang sebenarnya kita menipu. "


2 comments:

  1. Strategi jahat pihak tertentu yang cuba untuk menyerang FELDA dari pelbagai sudut sehinggakan Pengerusinya juga menjadi mangsa. Kepada yang dianiaya...semoga bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini menjadikan kita insan penyabar dan kepada yang berniat jahat, semoga Allah membalas setiap apa yang telah dilakukan.

    ReplyDelete