FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, November 10, 2010

Tahukah Anda...Fakta Yang Ramai Orang Tidak Tahu Berkenaan Felda

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham, Daripada Manakah Pendapatan Felda? Saya dan rakan-rakan telah membuat satu kajiselidik ringkas dengan 500 orang sebagai responden. 70% responden adalah berumur 40 tahun ke bawah dan berbangsa melayu. Soalan ringkas kami adalah seperti berikut :-


Dari manakah sumber pendapatan Felda :

a) Hasil dari peneroka
b) Hasil dari ladang Felda yang diuruskan secara komersial dan pelaburan Felda
c) Dua-dua di atas
d) Tidak pasti

Dari 500 responden, 98% memberikan jawapan (c) iaitu dua-dua diatas dan 2% tidak pasti. Di sini, jelas memberitahu kita bahawa, ramai orang tidak tahu dari mana sumber pendapatan Felda.

Tahukah, sebenarnya Felda tidak mendapat apa-apa pendapatan dari ladang milik peneroka. Sebenarnya sumber utama pendapatan Felda ialah dari 3 sumber utama iaitu :-

1) ladang tanpa peneroka yang di uruskan secara komersial
2) pelaburan Felda
3) sumber dalaman Felda

Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.

Inilah fakta yang sering orang salah faham terhadap Felda dan perkara inilah juga yang diputar belit oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan Felda seolah-olah Felda zalim kepada peneroka. Siapakah Yang Zalim?

2 comments:

  1. Bukan kah kos pengurusan/pentadbiran, kemudahan awam, infrastruktur di biayai olih Kerajaan.

    ReplyDelete
  2. saudaraku teropong pantai,

    tidak sama sekali. felda (walaupun merupakan salah 1 drpd agnesi/badan berkanun persekutuan) telah lama tidak mendapat geran/pembiayaan kerajaan. selain lembaga tabung haji, felda satu²nya agensi yg 'mendanakan' sendiri operasinya sejak beberapa thn kebelakangan ini, hasil ke'genius'an dan cetusan idea serta langkah yg diilhamkan dan dimulakan oleh raja alias beberapa tahun dahulu.

    ReplyDelete