FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, August 25, 2010

Warga Peneroka Sekelian... Ingatlah


Warga peneroka sekelian, ingatlah jasa-jasa Felda pada kita semua... Apa lagi yang kita hendakkan? Jangan bila semuanya dah tergadai, baru kita hendak menyesal. FIKIRKANLAH...


Dari tiada tanah - dah ada tanah
Dari tiada ladang - dah ada ladang
Dari tiada geran - dah ada geran
Dari tiada rumah - dah ada rumah
Dari tiada kemudahan - dah ada kemudahan
Dari tiada duit - dah ada duit
Dari tiada kenderaan - dah ada kenderaan
Dari tiada pendidikan - dan ada pendidikan


1 comment:

  1. Felda diwujudkan oleh Tun Razak, bermakna felda itu adalah alat, macam chan saw, adalah alat untuk menebang pokok.

    Ini bermakna, kaki tangan felda dari kerani, pengurus sampai ke Yusof Noor, juga perlu berterima kasih kepada peneroka, tanpa peneroka mereka tidak akan dapat menikmati kehidupan seperti mana yang mereka dapat hari ini.

    Peneroka sudah sangat berterima kasih kepada Allah Yarham Tun Abd. Razak, kami sering menghadiahkan bacaan AlFatehah kepadanya.

    Tun Razak jujur, yang tak jujur ialah kakitangan felda hari ini, mereka nak hidup senang tetapi menjadikan peneroka felda mamgsanya.

    Tetapi bukan semua macam tu, sesetengah sahaja dari kalangan mereka, tetapi yang sesetengah itulah yang merosakkan semua, ibarat sebab nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete