Memandangkan terlalu banyak fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Felda, saya ingin menyingkap sekali lagi, apa yang telah dilakukan oleh Felda kepada peneroka dan Generasi muda di Tanah Rancangan seluruh negara. Berikut adalah antara apa yang telah dilaksanakan oleh Felda, malah banyak lagi aktiviti serta program yang telah dilakukan oleh Felda untuk peneroka dan generasi muda Felda.
A) Kepada Peneroka
1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.
2) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.
3) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.
4) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.
5) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.
B) Kepada Generasi Muda
1) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.
2) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.
3) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.
4) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.
C) Kepada Pelajar Sekolah dan Universiti
1) Memulakan Skim Tuisyen Felda di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendahbermula dari tahun 2006.
2) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.
3) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.
4) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda (untuk anak 5 tahun ke bawah).
5) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.
6) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.
D) Kepada Masjid
1) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.
E)Memperbaiki Dan Menaiktaraf Infrastruktur
1) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.
Bersamalah kita menolak segala gangguan-gangguan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang ditanah-tanah rancangan Felda sekarang ini.
Bagus juga ada orang seperti saudara, sekurang2nya dapat juga para peneroka mengingati jasa2 mereka kepada negara.
ReplyDeleteKita jangan lupa kepada jasa peneroka itu kerana tanpa peneroka semua sumbangan2 yang disenaraikan diatas tidak akan dapat diberikan.
Kerana susah payah penerokalah maka felda kini berjaya, tanpa peneroka felda tidak akan kemana, ingat hakikat tersebut.
Di peringkat awal dahulu para peneroka terpaksa makan kangkong yang dikutip ditepi paya, itu semua pengorbanan juga......
Sdr kata sdr dari generasi kedua felda, baguslah...
Peneroka dan kakitangannya sama2 berjasa kepada felda, jadi tak adillah jikalau hanya peneroka sahaja di ungkit supaya berterima kasih kepada felda, sedangkan felda juga perlu berterima kasih kepada peneroka.......betul tak...