Alhamdulillah... Sejak kebelakangan ini, tahap kesedaran rakan-rakan seperjuangan mempertahankan Felda telah mula kelihatan. Felda yang merupakan antara agensi yang dipimpin oleh orang melayu telah di serang dengan hebat oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit. Mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka untuk memusnahkan Felda, orang melayu akan kembali merempat di bumi ini. Segala fitnah dan pembohongan telah di tabur di 317 Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara bagi mencapai matlamat mereka ini.
Menurut kajian ringkas yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, kami dapati bahawa mereka yang terpengaruh adalah peneroka yang menjadi ahli kepada parti politik pembangkang. Namun tidak semua peneroka yang terpengaruh dengan usaha-usaha jahat yang di lakukan ini. Tahukah kita bahawa :
Jumlah Kawasan Peneroka (112,635 orang di 317 Tanah Rancangan) : 521,938 Hektar (61%)
Jumlah Kawasan Yang Di Usahakan Oleh Felda : 331,375 Hektar (39%)
Mengikut fakta, pendapatan Felda hanya diperolehi daripada 39% kawasan yang di usahakan manakala baki 61% kawasan yang diusahakan oleh peneroka, pendapatannya akan dipulangkan kembali kepada peneroka melalui :-
a) pembinaan pelbagai kemudahan kepada peneroka
b) infrastruktur
c) melaksanakan program pembangunan sosial
d) insentif
e) kebajikan
f) pendidikan serta kemahiran kepada generasi baru
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan Felda telah mengambil pendekatan proaktif untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan mereka melalui perbincangan dan maklum balas dari peneroka/generasi muda. Susulan dari pendekatan ini, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
Memang jelas, Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini. Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.
Oleh itu kepada peneroka-peneroka dan rakan-rakan generasi muda Felda, sama-samalah kita BERSYUKUR...
Salam ziarah..
ReplyDeleteBaca petang...
Good work,,,,teruskan bagi fakta sebenar
ReplyDeleteSalam ziarah.Artikel yang menarik. Mohon di link Blog Walk4Gaza di Blog tn sbg promosi utk MBFM dan anak Felda juga prihain dgn isu Palestin. Tq tuan.
ReplyDeleteSalam Ziarah,
ReplyDeleteGerakan Timur akan terus membantu rakan-rakan di Felda untuk mempertahankannya dari anasir2 lahanat.
Mohon sesama link n follow blog masing2.
http://gerakantimur.blogspot.com
Salam Perjuangan!
Salam,
ReplyDeleteSaya merupakan warisan atau generasi ke 3 peneroka Felda dan amat bersyukur kerana datuk dan nenek saya terpilih menjadi peneroka Felda..
Sehingga kini, saya telah meniti pelbagai kejayaan kerana berkat hasil jualan getah dari ladang nenek saya.
Malah selama 20 tahun saya membesar di Felda, banyak perkara yang telah menyedarkan saya betapa beruntungya mereka-mereka yang terpilih menjadi penghuni kepada tanah rancangan tersebut.
Percayalah, Felda merupakan satu-satunya institusi yang telah berjaya menyelamatkan ekonomi Melayu Islam,biar pun di kawasan Felda saya juga terdapat bukan melayu (India dan Cina - walaupun tidak ramai).
Kami hidup penuh harmoni tanpa sebarang masalah, namun setelah pembangkang mulai menguasai beberapa negeri isu yang mengatakan Felda kejam terus menjadi buah mulut.
Pada pandangan saya hanya satu sahaja..ada pihak yang tidak menyenangi kelebihan yang dimiliki peneroka Felda dan institusi Felda itu sendiri kerana telah memberi begitu banyak manfaat kepda ekonomi orang Melayu.
Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Felda kerana dengkikan institusi tersebut berkembang baik, dan terus menerus membela nasib golongan orang Melayu yang tidak berharta.
Jika kita kembali mengenangkan awalnya penubuhan tanah rancangan ini, orang Melayu yang memohon dan datang ke tanah rancangan Felda datang dengan sehelai sepinggang sahaja.
Amat susah, miskin..namun datang dengan harapan setinggi gunung ke Felda..kini apabila semua sudah dimiliki ada segelintir yang mulai lupa diri (contoh kes peneroka saman Felda).
Sesungguhnya mereka ini umpama 'mengigit tangan yang menyuapkan makanan' kepada mereka dahulu..
Namun, saya percaya tidak semua peneroka sebegitu, malah kami sebagai warisan peneroka Felda amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana membuka hati pemimpin terdahulu untuk mewujudkan Felda.
Sememangnya ada berlaku kekurangan di dalam sistem tadbir urus Felda, keran tiada yang sempurna melainkan hanya ALLAH s.w.t sahaja.
Namun itu hanyalah kerana kesalahan individu-individu tertentu yang mentadbir Felda, bukan institusi Felda itu sendiri.
Apa yang jelas kini, hampir semua institusi yang dikuasai Melayu terutamanya Felda sedang 'digoncang' oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang kerana mereka melihat Felda merupakan kubu kuat yang menyokong kerajaan.
Justeru pelbagai fitnah serta tomahan dilemparkan kepada institusi tersebut semata-mata kerana mahukan ia (Felda) runtuh menyembah bumi dan orang Melayu kembali jatuh tertiarap dan mengemis di bumi sendiri seterusnya mengharapkan bantuan mereka pula.
Cuma satu harapan saya agar jangan ada di kalangan peneroka yang terus menerus mempercayai dakyah serta tomahan pihak tertentu yang mengatakan Felda adalah kejam dan menyeleweng.
Sesungguh rezeki yang diberi oleh ALLAH s.w.t melalui Felda amat banyak dan terus dinikmati oleh warisan generasi anak cucu Felda.
Sesungguhnya saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan kepada institusi Melayu yang paling berjaya kini.
Wassalam,
ASH,SERDANG.