Saya baru sahaja dimaklumkan oleh rakan-rakan, bahawa Suara Keadilan akan menerima nasib mereka Isnin ini. Kalaulah betul apa yang di maklumkan oleh rakan saya itu, maknanya Suara Keadilan yang selama ini suka memfitnah, bolehlah mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri.
Peristiwa bersejarah tersebut akan berlaku di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang. Saya sangat teruja kerana peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan kerana Felda tidak akan berbohong dalam bulan yang mulia ini. Secara simboliknya Felda ingin memaklumkan kepada semua peneroka dan rakyat Malaysia bahawa FELDA TIDAK BANGKRAP.
Kita tunggu Isnin ini 16 Ogos 2010 jam 2.30 petang.
Salam bro, biar kumpulan 'si anak jin' ini tahu selama ini mereka hanya menjadi anjing salakan DAP-PKR-PAS untuk menghancurkan satu-satunya agensi Kerajaaan macam Felda yang membangunkan orang Melayu......InsaAllah akan membuka mata bagi peneroka serta generasinya yang buta dan jumud...
ReplyDeleteYang Gambi, kita kena ajar mereka ni cukup-cukup... Dulu saya ambil sikap tunggu dan lihat, tapi memandangkan dah melampau sangat, saya terpanggil untuk buat blog ini. Saya pun tak sangka boleh menulis...
ReplyDelete