Saya masih ingat bila bertanya dengan rakan-rakan yang menjadi penyokong kuat PAS, apakah matlamat kamu? Mereka akan menjawab dengan bangganya bahawa mereka berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Mereka akan mengeluarkan bermacam-macam hadith dan ayat Al Quran untuk menyokong apa yang mereka perjuangkan. Sekarang, sekiranya saya bertemu mereka, saya tidak pasti apakah reaksi mereka bila melihat berita mengenai PAS dan segelintir pemimpinnya telah menolak Hudud.
Ternyata apa yang mereka perjuangkan selama ini adalah sia-sia. Saya juga yakin, saudara Mazlan Aliman juga mesti mempunyai pegangan beliau sendiri semasa menyertai PAS. Kita lihat sahajalah, apa yang telah berlaku kepada PAS sejak kebelakangan ini :-
1) Tolak perlaksanaan Hukum Hudud
2) Membenarkan orang bukan Islam masuk Surau dan Masjid
3) Mahu membuka dan bersetuju membesarkan kilang arak
4) Bersetuju dengan pembukaan ladang babi
Semalam dilaporkan 756 ahli PAS dari Parlimen Larut telah bertindak keluar dari parti PAS dan masuk UMNO. Dikatakan mereka sudah hilang keyakinan kepada PAS kerana PAS telah menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Semakin lama, PAS telah ditekan dan diperkotak-katikkan oleh pemimpin DAP dan PKR. PAS semakin tersepit di dalam Pakatan Rakyat yang mana akhirnya mereka terpaksa lepaskan apa yang telah mereka perjuangkan selama ini.
Disini saya hendak bertanya kepada saudara Mazlan Aliman.... apakah pegangan dia sekarang dengan PAS? Manalah tahu...takut tengah cari borang UMNO jugak ke.
Sdr ni jenis tak tahu nak dipanggil, di bulan puasa ni merapu tak tentu pasal.
ReplyDeleteDisini saya jelaskan kpd sdr bahawa berjuang menegakkan negara islam termasuk melaksanakan hukum Hudud itu adalah wajib bagi setiap org Islam.
Oleh itu janganlah sdr cuba memperlekehkan iltizam para penyokong PAS tersebut, cumanya didalam keadaan latar belakang politik M'sia skrg ini memang diakui cita-cita tersebut nampak payah utk dilaksanakan.....itu diakui.
Namun ini tidak menghalalkan supaya azam tersebut digugurkan terus, cuma ditangguhkan sehingga ke satu masa yg sesuai.....bila ?
Allah tidak marah jika kita ada cita-cita, yg Allah marah jika kita tiada cita-cita langsung.
Sdr menuduh bahawa Pas tolak hudud, ini fitnah besar, berdosa woi.....
Bukan tolak tetapi tangguhkan sehingga kesuatu masa yg sesuai.........wallahhuaklam.
Saudara, mohon check balik dengan pemimpin-pemimpin saudara apa yang pernah mereka katakan sebelum ini. Soalan saya, pasal apa kena tangguh? Adakah kerana nak puaskan hati DAP dan PKR maka hudud kena tangguhkan dulu? Itulah dia... bila kena kat kepala sendiri, macam-macam alasan diberi. Mengapa perlu seperti itu? Jangan jadi hipokrit.
ReplyDeleteSaya bukan merapu tapi bercakap mengikut fakta.
Sdr Anak Jati Felda,
ReplyDeleteMemang diakui bahawa strategi menjadikan Hukum Hudud sebagai agenda utama PAS adalah satu perkiraan silap di bidang politik PAS oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Menyedari hakikat tersebutlah, maka pemimpim muda PAS hari ini cuba merelevenkan dengan persekitaran semasa sekarang.
Namun di akuilah, apabila cubaan memutar jarum jam kebelakang akan berdepan dengan sindiran dan cacian dari orang seperti sdr.
Akan tetapi itulah hakikat perjuangan, terpaksalah kami terima.
Apa yang lebih penting ialah kerjasama kami dengan DAP dan PKR akan memunkinkan kami didalam gabungan Pakantan Rakyat mendapat keyakinan dari rakyat untuk mengambil aleh pemerintahan negara selepas PRU13 nanti.
Melalui pengambialehan itu nanti membolehkan kami menyusun dan melaksanakan sistem pemerintahan yang lebih bersih, telus dan bertanggung jawab.
Sdr jangan khuatir kerana sdr tak akan rugi apa-apa, malah di ketika itu nanti, sdr baru akan sedar bahawasanya pemerintahan di bawah Pakantan Rakyat jauh lebih baik dari pemerintahan BN sekarang ini.....
Saudara Acah Je... saya berpendapat, tidak semua ahli PAS bersetuju dengan pendapat saudara kerana hingga kini, mereka tetap dengan pendirian bahawa hudud mesti ditegakkan kerana itu adalah salah satu asas perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam.
ReplyDeleteSaya juga sudah sedar bahawa perjuangan PAS bersama DAP dan PKR tidak akan berjaya. Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor :
1) Kilang arak hendak di besarkan
2) kesucian masjid di cemar
3) Membenarkan penggunaan Allah oleh bukan Islam
4) Pelacuran yang tidak terkawal
5) Orang melayu dipinggirkan
Itu hanyalah sebahagian apa yang sudah berlaku. Saya belum sentuh lagi apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan. PAS hanya akan sedar apabila semuanya sudah terlambat.
dalam..perjuangan kita ada wadah...sekiranyanya kita sudah tidak dapat lagi mempertahankan wadah perjuangan itu sendiri,maka elok-eloklah toleh-toleh dimana berlaku kesilapan..dan perjuangan tanpa wadah ibarat sibuta berjalan tanpa tongkat teraba-raba mencari kepastian..
ReplyDeleteKenapa nak tunggu PRU13 ..Dah berapa lama PAS perintah kelantan laksanakanlah Hudud tu.Tak payah salahkan orang lain,bila kita dah ada kuasa buatlah.Kini pakatan rakyat dah perintah berapa negeri,bersegeralah barulah cakap tak serupa bikin..
ReplyDelete