FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Sunday, December 26, 2010

Renungan : Luahan Hati Seorang Anak Peneroka


Berikut adalah luahan hati seorang anak peneroka... Sama-sama lah kita menginsafi dan merenung setiap kata-kata beliau. Terima kasih kepada Ash kerana menghantar luahan hati saudara kepada kami...

Salam, Saya merupakan warisan atau generasi ke 3 peneroka Felda dan amat bersyukur kerana datuk dan nenek saya terpilih menjadi peneroka Felda.. Sehingga kini, saya telah meniti pelbagai kejayaan kerana berkat hasil jualan getah dari ladang nenek saya. Malah selama 20 tahun saya membesar di Felda, banyak perkara yang telah menyedarkan saya betapa beruntungya mereka-mereka yang terpilih menjadi penghuni kepada tanah rancangan tersebut.

Percayalah, Felda merupakan satu-satunya institusi yang telah berjaya menyelamatkan ekonomi Melayu Islam,biar pun di kawasan Felda saya juga terdapat bukan melayu (India dan Cina - walaupun tidak ramai). Kami hidup penuh harmoni tanpa sebarang masalah, namun setelah pembangkang mulai menguasai beberapa negeri isu yang mengatakan Felda kejam terus menjadi buah mulut.

Pada pandangan saya hanya satu sahaja..ada pihak yang tidak menyenangi kelebihan yang dimiliki peneroka Felda dan institusi Felda itu sendiri kerana telah memberi begitu banyak manfaat kepda ekonomi orang Melayu. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Felda kerana dengkikan institusi tersebut berkembang baik, dan terus menerus membela nasib golongan orang Melayu yang tidak berharta. Jika kita kembali mengenangkan awalnya penubuhan tanah rancangan ini, orang Melayu yang memohon dan datang ke tanah rancangan Felda datang dengan sehelai sepinggang sahaja. Amat susah, miskin..namun datang dengan harapan setinggi gunung ke Felda..kini apabila semua sudah dimiliki ada segelintir yang mulai lupa diri (contoh kes peneroka saman Felda).

Sesungguhnya mereka ini umpama 'mengigit tangan yang menyuapkan makanan' kepada mereka dahulu.. Namun, saya percaya tidak semua peneroka sebegitu, malah kami sebagai warisan peneroka Felda amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana membuka hati pemimpin terdahulu untuk mewujudkan Felda. Sememangnya ada berlaku kekurangan di dalam sistem tadbir urus Felda, kerana tiada yang sempurna melainkan hanya ALLAH s.w.t sahaja. Namun itu hanyalah kerana kesalahan individu-individu tertentu yang mentadbir Felda, bukan institusi Felda itu sendiri.

Apa yang jelas kini, hampir semua institusi yang dikuasai Melayu terutamanya Felda sedang 'digoncang' oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang kerana mereka melihat Felda merupakan kubu kuat yang menyokong kerajaan. Justeru pelbagai fitnah serta tomahan dilemparkan kepada institusi tersebut semata-mata kerana mahukan ia (Felda) runtuh menyembah bumi dan orang Melayu kembali jatuh tertiarap dan mengemis di bumi sendiri seterusnya mengharapkan bantuan mereka pula.

Cuma satu harapan saya agar jangan ada di kalangan peneroka yang terus menerus mempercayai dakyah serta tomahan pihak tertentu yang mengatakan Felda adalah kejam dan menyeleweng. Sesungguh rezeki yang diberi oleh ALLAH s.w.t melalui Felda amat banyak dan terus dinikmati oleh warisan generasi anak cucu Felda. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan kepada institusi Melayu yang paling berjaya kini.

Wassalam, ASH,SERDANG

No comments:

Post a Comment