FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Thursday, October 28, 2010

Mengapa PAS dan Mazlan Aliman Membisu Di Atas Kemenangan Felda?

Semalam, mahkamah telah membuktikan bahawa Felda tidak bangkrap. Keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jelas membuktikan bahawa apa yang dilaporkan oleh Suara Keadilan hanyalah fitnah semata-mata. Di laporkan juga bahawa Felda akan tetap meneruskan saman mereka terhadap defenden lain termasuklah Wan Azizah.

Seperti yang dilaporkan oleh blog Aku Anti Fitnah, sehingga kini tiada apa-apa komen atau ulasan di buat oleh sesiapa pun samada dari PKR atau pun PAS berkenaan keputusan mahkamah ini. Ayam sabung PAS yang kononnya berjuang untuk peneroka, Saudara Mazlan Aliman juga tidak mengeluarkan apa-apa ulasan berkaitan hal ini. Biasanya, kalau ada apa-apa keputusan mahkamah, beliaulah yang akan mula-mula berkokok, tapi kali ini sunyi sepi.

Jelas membuktikan bahawa, apa yang mereka perjuangkan selama ini adalah berdasarkan andaian semata-mata. Fitnah terhadap Felda telah dijaja ke sana-sini yang mana peneroka-peneroka telah di perdaya untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Kepada Mazlan Aliman.... Mengapa tak berkokok? Takut Felda pulak saman kamu ke?


2 comments:

  1. Nak berkokok apa.. sebab semalam tertelan kapur barus...

    Aku cadangkan kat Felda buat banner besar2 dan canangkan isu ni seluruh Malaysia... Teruskan saman... Apa tunggu lagi,.. bola tanggung dah depan mata...

    Kalau boleh, aku rasa ramai anak felda yang kaya raya tu,.. gunalah masa ni pakat ramai2 saman secara individu,.. pandai2 lah guna isu...

    Karpal pun pandai tangguh kes, .. lawak deman le, lepas tu cirit le,.. lepas ni apa2 lagi entahlah..

    Ayuh... teruskan saman...

    ReplyDelete
  2. Mereka tu terkejut beruk dengar berita tu,ntah-ntah terkencing dalam seluar...

    ReplyDelete