FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Friday, October 29, 2010

Mazlan Aliman... Dengarlah Nasihat Saudara Kamu


Baru-baru ini saya di maklumkan oleh rakan saya yang menghadiri satu majlis bersama saudara Mazlan Aliman, bahawa dia sungguh 'bengang' dengan Felda kerana dalam majalah 'ICT Jelas' keluaran Felda Bil : 4/2010, ada mengeluarkan satu wawancara bersama Abd Rahim bin Aliman, iaitu abang kepada Mazlan Aliman.

Puas saya mencari majalah tersebut dan akhirnya saya memperolehinya dari rakan saya di kampung. Wawancara tersebut sungguh menarik sekali. Di hati kecil saya berkata, 'patutlah Mazlan marah sangat dengan Felda'. Saya tidak mahu menulis panjang lebar berkenaan artikel tersebut tetapi cukuplah dengan menulis semua yang di 'hitam'kan di majalah:

1) Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.

2) Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.

3) Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.

4) Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.

5) Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN. (lihat foto di bawah)

Oleh itu, kami juga berpesan kepada Mazlan supaya janganlah memecah belahkan masyarakat peneroka. Ingatlah, Felda sudah banyak berjasa kepada kita. Memang Felda bukanlah 100% sempurna namun pihak pengurusannya telah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada mereka. Ingatlah, tidak semestinya apabila bertukar kerajaan, semuanya akan menjadi baik.

Wahai Mazlan... Kembalilah Kepangkal Jalan.

5 comments:

  1. Orang JOHOR dah BUANG
    Mazlan Aliman dan puak2 dia !

    Dia hanya jadi kaldai PR!

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Saya ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yang begitu mantap dengan artikel2 yang bernas. Saya memang mengikuti perkembangan blog Tuan sepanjang masa.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap terutamanya buat tatapan Anak2 Peneroka FELDA.

    Saya akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang dalam memanipulasi sumbangan dan kerja keras yang tlh diterapkan dalam memajukan Anak2 Peneroka FELDA.

    Sila baca artikel saya Mengenai Mazlan Aliman di blog saya.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2010/11/felda-kini-di-ambang-maut_09.html

    Saya tlhpun linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

    Saya berharap Tuan juga dapat linkkan blog saya ke dalam senarai blog Tuan kepada pengunjung di blog anda.. Ianya penting terutamanya dalam menempelak segala dakwaan dan fitnah pembangkang terutamanya mengenai FELDA.


    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger GELOMBANG RAKYAT.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam anak felda,

    TAHNIAH ANTI BOHMAU UCAPKAN KERANA MEMAPARKAN FAKTA TENTANG FELDA YG AMAT BERMAKNA BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!

    kepada mazlan aliman...BERTAUBATLAH & hentikan tohmahan terhadap felda.

    kalau ibu ayah, abang2 & adik2 awak semua bersyukur kpd Allah SWT & berterima kasih dgn felda krn nikmat yg mrk kecapi hari ini tanpa memikirkan sangat perkara remeh-temeh yg awak anggap besar hingga membuatkan awak seolah2 tak dapat makan minum, rentikanlah mazlan oi! dengarlah nasihat ibu & abang awak krn terbukti mrk tidak ada masalah spt yg awak bohongkan tu...awak jgn jadi lidah biawak kpd pas krn mrkm hanya MEMPERGUNAKAN awak utk kepentingan politik mrk shj. MAJORITI peneroka felda selesa dgn felda. yg lain2 tu 'desperate' krn kesilapan mrk sendiri keluar mencari pembangkang yg sememangnya tak dpt nak membantu pun! mrk hanya bijak berceramah, mengutuk2, memaki hamun & menfitnah sedangkan peneroka2 felda yg terus mengerjakan tanah ladang mrk tetap mendapat hasil yg Allah SWT berkati..Amin Ya Rabbal A'lameen.....

    ReplyDelete
  4. fuh! nko orang tengok gelang mas kak ipar mazlan aliman!!! tu yg di tangan, dlm laci kat umah tak tau banyak mana lagi! dlm bank berapa banyak, eh?

    mazlan, mazlan, sedara mara engkau makin selesa dlm felda, engkau asyik nak kucar taik membiarkan diri dipergunakan pas!!!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih diatas sokongan rakan-rakan yang melayari blog ini. Saya juga publishkan artikel saya ini di blog-blog lain supaya lebih ramai orang boleh mendapatkan maklumat ini. Saya amat berbesar hati sekiranya rakan-rakan dapat menghebahkan artikel ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete