FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Tuesday, October 26, 2010

Berita Terkini : Felda Menang Saman Terhadap Suara Keadilan

Awal pagi ini saya telah dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa kes saman Felda terhadap Suara Keadilan dan beberapa defenden lain akan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Pada jam 9.48 pagi, saya tersenyum apabila membaca berita terkini di portal Utusan Malaysia bahawa Felda telah memenangi kes saman ini dan penghakiman kos akan di buat esok.

Jadi kepada penyebar-penyebar fitnah ini, bersedialah untuk membayarnya. Pandai buat, pandailah tanggung akibatnya.

Saman Suara Keadilan: Felda peroleh penghakiman ingkar

26/10/2010 9:48am

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mperoleh penghakiman ingkar ekoran kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta berhubung penyiaran artikel berkenaan Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Pelita Koridor (penerbit akhbar Suara Keadilan) dan Pencetakan NPK Sdn Bhd selaku defendan ketiga dan keempat.

Mahkamah perintahkan supaya kos dtaksirkan. - Utusan



3 comments:

  1. Di atas tanah ini ibu-bapaku menabur jasa dan budi,mungkin aku tak segagah ini sekarang jika tidak kerana pengorbanan mereka..Alhamdulillah aku bersyukur menjadi generasi felda...TEGAKKAN KEBENARAN..!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komen saudara... Bak kata pepatah... 'Kerana Mulut, Badan Binasa'... Itulah ungkapan bagi mereka yang lupa batas-batas tatasusila. Biar lepas ni, kalau nak bercakap, jangan memfitnah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas kemenangan ini.aku harap ini adalah permulaan bg kemenangan yg seterusnya.

    ReplyDelete