FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Tuesday, August 10, 2010

Peneroka Diperkuda : Gelombang Kedua Menyerang Felda Bermula














Sedih saya mendapat tahu yang terdapat peneroka yang menyaman Felda sebanyak 200 juta semalam. Apa yang dapat kita perhatikan bahawa peneroka ini telah diperkudakan oleh Pakatan Pembangkang.

Saya sedang menyiasat mengenai dakwaan yang telah dilakukan oleh peneroka ini, tapi apa yang pasti, peneroka ini telah diperguna untuk mencemarkan organisasi yang berkaitan dengan Kerajaan. Yang sedihnya, hanya yang buruk di hebahkan.... Mengapa tidak dihebahkan benda yang baik juga?

Kalau benar-benar peneroka ini ikhlas, mengapakan tidak menggunakan peguam yang neutral malah menggunakan khidmat peguam yang memang sah adalah PEMBANGKANG yang ingin menjatuhkan Kerajaan. Kalau menggunakan peguam ini, memang pasti hanya yang buruk akan digunakan tapi yang baik akan diselindung. Lihat di bawah siapakan peguam yang dilantik :-

1) R. Sivarasa (Naib Presiden PKR)
2) Latheefa Koya (PKR)
3) T.Kumar

malah yang turut hadir adalah :-

1) Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
2) Zulkefly Mohamed Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan)
3) Abdul Rahman Ramli (Ketua PAS Jempol)
4) Sabaruddin Mohd Yassim (Setiausaha PKR Negeri Sembilan)

Ramai lagi yang hadir memang jelas menyokong parti pembangkang. Dari apa yang dapat kita lihat, segelintir peneroka yang berkiblatkan Parti Pembangkang memang sengaja mencari jalan untuk melunturkan kepercayaan rakyat terhadap institusi Kerajaan.

Tanyalah soalan ini :

Sanggupkah kita membiarkan perkara ini berterusan berlaku?
Sanggupkah kita membenarkan Parti Pembangkang ini merosakkan Felda yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada kita?

Fikirkanlah....

5 comments:

  1. FELDA terus membiarkan terus di SAMAN.

    Kenapa FELDA tidak memulakan SAMAN terhadap peneroka2 Ungkal spt keluar dari pengurusan Technoplants sesuka hati wpun masih ada lagi pinjaman pengurusan ladang dan pinjaman pembesaran rumah.

    Seolah-olah FELDA memang organisasi yang gagal.

    Kami Gen-2 yang Sayang dan Percaya kepada FELDA mengharapkan FELDA dapat melakukan sesuatu demi maruah dan agar peneroka tidak terus digunakan puak2 hamPAS dan Aljuburii serta tidak membuat peneroka setia dan atas pagar keliru....

    ReplyDelete
  2. Salam bro, hanya peneroka-peneroka serta generasi yang tamak, tidak sedar diri sahaja yg mudah terperdaya dgn segala dakyah pembangkang yg ingin melihat masyarakat FELDA hancur..... mereka di dokong pengkhianat-pengkhianat bangsa yg gila kuasa dan jawatan sehingga sanggup menjadi kuda dan anjing salakan DAP yg sentiasa tidak mahu melihat kuasa Melayu terus bertahta...

    FELDA adalah satu-satunya agensi Kerajaan yang mempunyai dana yg besar dan berjaya untuk membentuk kaum Melayu-Bumiputera ke arah ekonomi yang tersusun, sebagai petani moden serta memastikan hak tanah-tanah peneroka sentiasa dibangunkan dgn sempurna, tidak terjual, tergadai atau dipecah-pecahkan.... puak-puak DAP merasakan mereka amat sukar utk memperdaya segelintir Melayu agar menjual tanah ladang sebagimana yg terdapat diluar Felda, maka mreka gunakan Melayu juga utk menghancurkannya.... inilah muslihat yg tidak disedari oleh segolongan peneroka yg jumud pemikirannya....

    Tahniah dan syabas tuan dapat wujudkan blog seperti ini bagi bersama berjuang menentang pengkhianat yg merasuk di dalam Felda....

    ReplyDelete
  3. ku dah baca...

    "Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus"...

    hai... manalah dapat 24 hingga 25 peratus??? Mari kita berkongsi sedikit maklumat...

    Setandan buah sawit secara teorinya memang mempunyai sebanyak 22%-25% kandungan yield atau minyak yang terdapat di dalamnya mengikut kawasan, baja yang digunakan, tanah dan sebagainya. Ini termasuk minyak yang terdapat di dalam tandan kosong, minyak yang terkandung di dalam tempurung dan minyak pada PKC. Secara teorinya, minyak di dalam sabut kelapa sawit di anggarkan sebanyak 20% hingga 22% dan selebihnya terdapat pada tandan kosong, tempurungnya dan isirong sawit.

    Kadar perahan sawit (OER) adalah sememangnya kurang daripada nilai teori disebabkan banyak faktor.

    Faktor 1) Tidak mungkin untuk memerah 100% daripada jumlah minyak yang ada dalam kelapa sawit. Mana-mana kilang sawit juga tidak akan dapat 100% OER. cth seperti makanan, tak mungkin badan kita akan menyerap 100% nutrisi yang terdapat dalam makanan, mesti akan ada yang tertinggal walau sesihat manapun badan kita. Antara kilang yang terbaik di Malaysia yang dipunyai oleh Sime Darby kadar OER paling tinggi adalah 95%.

    Faktor 2) Kebanyakkan kilang sawit tidak memperoses minyak yang terdapat pada tandan kosong disebabkan ketidak ekonomi untuk menyediakan fasiliti berbanding hasil yang diperolehi... secara teorinya, terdapat 0.8% hingga 1.2% minyak tedapat pada tandan kosong sawit, tetapi kaedah yang terbaik yang terdapat di pasaran hanya dapat mengeluarkan 50% minyak pada tandan. Jika tidak di proses, maka kadar OER perlulah di tolak dari baki yang terdapat pada tandan kosong.

    Faktor 3) Buah kecil dan mempunyai kadar minyak yang rendah disebabkan kurang nutrisi pada pokok.

    Faktor 4) Pokok kurang baik disebabkan kurang baja dan penghasilan yield yang rendah.

    Faktor 5) Buah muda.

    ReplyDelete
  4. sambungan


    FELDA terkenal kerana mempunyai fasiliti kilang yang tercanggih di negara kita dan mempunyai ladang paling besar di dunia, namun kadar perahan OER di FELDA memang menunjukkan kadar yang rendah. banyak faktor yang saya tahu berlaku di FELDA dan kelima-lima faktor di atas banyak disebut2 menjadi faktor mengapa kadar perahan minyak di kilang FELDA adalah rendah. Terdapat beberapa kilang dan kawasan yang kadar OER sangat rendah mencecah 17% hingga 18% disebabkan sikap peneroka sendiri yang tamak menjual buah muda, malas membaja, malas membersihkan kawasan, dan sebagainya... ladang FELDA milik peneroka juga agak terkenal dengan buahnya yang kecil (gred B) berbanding ladang milik Sime Darby disebabkan kurang nutrisi yang betul. Kadar penggunaan baja hanya separuh dari kadar yang sepatutnya... Ini semua adalah faktor peneroka sendiri.

    Oleh yang demikian, kadar perahan minyak sawit di FELDA adalah rendah dan nilai 19% mungkin bertepatan. Kadar perahan yang di rekod oleh Sime Darby adalah sekitar 20%-21%. Perbezaan 1% disebabkan oleh faktor di atas.

    Untuk pengetahuan, kenaikan kadar OER sebanyak 1% tidak memberi impak yang banyak kepada peneroka FELDA disebabkan mereka hanya berjaya menghasilkan kira2 16-20 tan sawit sehektar setahun. Seorang peneroka mempunyai 10 ekar atau 4 hektar tanah sawit setiap orang. maka perbezaan pendapatan yg diperolehi hanya sekitar RM 140 sebulan (jumlah ini belum tolak upah memproses oleh kilang), serta bayaran kepada kerajaan berdasarkan kenaikan OER. Dianggarkan hanya separuh boleh diperolehi oleh peneroka iaitu tambahan RM 70 sebulan. Tetapi pendapatan dapat ditingkatkan dengan penggunaan jumlah baja yang betol dan kedah penanaman yang berkesan. penggunaan baja yang betol dapat meningkatkan hasil sawit kepada 24-28 tan sawit sehektar (cth ladang lain di Malaysia). perbezaan 8-10 tan setiap hektar ini memberi perbezaan pendapatan bersih sebanyak sehingga RM 700 setiap bulan setelah ditolak baja, upah baja dan sebagainya juga berdasarkan harga semasa sawit.

    Jadi kepada para peneroka yang terlibat, peluang untuk menang dan dapat duit secara mudah RM260K seorang adalah sukar dan tidak betul kaedah yang digunapakai. Sepatutnya nak duit lebih, berusaha lah lebih untuk tingkatkan hasil. Semaklah fakta dengan betul dahulu sebelum bertindak... 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"...

    Tambahan lagi, peneroka juga dibayar gaji atau elaun RM500 sebulan ketika proses tanam semula sawit dijalankan selama 3 tahun sementara menunggu sawit berbuah... (masa ni tak payah jual sawit pon dapat duit, so, mana datang duit tu??) yang ini nak beri balik pada kerajaan tak??

    ReplyDelete
  5. apabila mendengar ulasan bahawa OER yang diperolehi 24-25% adalah satu pembohongan yang begitu merugikan bangsa melayu.......
    berfikirlah apabila mengambil tindakan, kelak nanti kita yang rugi.......
    saya sokong pendapat gambi dan tudin,,

    ReplyDelete