FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Friday, August 13, 2010

Kes Saman Felda - Siapa Yang Untung?

Cerita berkaitan saman Felda kini semakin menarik. Saya ingatkan, peguam-peguam yang mewakili mereka ini betul-betul ikhlas untuk memperjuangkan nasib peneroka, tetapi sangkaan saya meleset. Rupanya peuam ini telah meletakkan banyak syarat kepada peneroka. Lihat foto...






























Kesian peneroka-peneroka yang dipergunakan ini,

1) kena bayar kos guaman minimum RM500 seorang (hangus)
2) kalau nak tarik diri kena bayar RM5,000 seorang

Patutlah peguam ni bersungguh-sungguh sangat nak mewakili peneroka.

1) kalau kalah, dapat RM500 seorang x 766 peneroka
2) kalau menang dapat 30% komisyen lagi dari tuntutan yang diperolehi

Agaknya, lepas ni peguam ni akan 'pusing satu Malaysia' cari peneroka yang nak saman Felda. Wahai peneroka sekelian, maka sesungguhnya anda in sedang diperkudakan... TANYALAH : SIAPA YANG UNTUNG?

1 comment:

  1. erk? RM500? aku ingatkan RM200

    RM500 x 766 orang = RM383,000.00
    Comm 10% anak jin = RM38,300.00
    Aku pun nak komissen gak!!

    Yang salah kerajaan sebab tak bagi tau dia orang bahawa peguam ramai yang penipu.

    Kalau penguam itu ikhlas, lawan kes dulu baru tuntut 10% dari RM200 juta. RM2 juta woooo... kalau 30% = RM6 juta. Kaya sakan kalau menang. Tetap untung kalau kalah.

    Peneroka Felda juga yang rugi RM500 sorang

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Telco & Post - Program Tipu?

    ReplyDelete