FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Tuesday, November 23, 2010

Felda Yang Aku Kasihi... Terima Kasih

Alhamdulillah... Sejak kebelakangan ini, tahap kesedaran rakan-rakan seperjuangan mempertahankan Felda telah mula kelihatan. Felda yang merupakan antara agensi yang dipimpin oleh orang melayu telah di serang dengan hebat oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit. Mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka untuk memusnahkan Felda, orang melayu akan kembali merempat di bumi ini. Segala fitnah dan pembohongan telah di tabur di 317 Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara bagi mencapai matlamat mereka ini.

Menurut kajian ringkas yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, kami dapati bahawa mereka yang terpengaruh adalah peneroka yang menjadi ahli kepada parti politik pembangkang. Namun tidak semua peneroka yang terpengaruh dengan usaha-usaha jahat yang di lakukan ini. Tahukah kita bahawa :

Jumlah Kawasan Peneroka (112,635 orang di 317 Tanah Rancangan) : 521,938 Hektar (61%)
Jumlah Kawasan Yang Di Usahakan Oleh Felda : 331,375 Hektar (39%)

Mengikut fakta, pendapatan Felda hanya diperolehi daripada 39% kawasan yang di usahakan manakala baki 61% kawasan yang diusahakan oleh peneroka, pendapatannya akan dipulangkan kembali kepada peneroka melalui :-

a) pembinaan pelbagai kemudahan kepada peneroka
b) infrastruktur
c) melaksanakan program pembangunan sosial
d) insentif
e) kebajikan
f) pendidikan serta kemahiran kepada generasi baru

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan Felda telah mengambil pendekatan proaktif untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan mereka melalui perbincangan dan maklum balas dari peneroka/generasi muda. Susulan dari pendekatan ini, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Memang jelas, Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini. Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.

Oleh itu kepada peneroka-peneroka dan rakan-rakan generasi muda Felda, sama-samalah kita BERSYUKUR...

Friday, November 12, 2010

Felda Membuat Jasa Kepada Mangsa Banjir

Pagi tadi saya cuba menghubungi rakan saya tetapi beliau tidak menjawab walaupun saya telefon beberapa kali. Selang 5 minit selepas itu, kawan saya telefon balik. Dia maklumkan bahawa dia sekarang di Kedah bersama rombongan dari Felda, membantu mangsa-mangsa banjir. Menurut beliau, keadaan di sana agak kritikal walaupun banjir sudah semakin surut.

Banyak harta benda yang rosak akibat banjir ini dan di khabarkan bahawa gelombang kedua banjir akan melanda tidak lama lagi. Felda sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab telah melakukan khidmat sosial yang murni, tanpa mengira kaum dan fahaman politik dengan ke Utara untuk membantu mereka semua yang sedang di dalam kesusahan.

Saya tidak pasti samada rombongan Felda ini ada berjumpa dengan Saudara Mazlan Aliman atau peguam yang kaya raya iaitu Wan Rohimi di sana dalam membantu mangsa banjir disana. Mereka kan orang kuat PAS dan rapat dengan Menteri Besar Kedah...

P.S.
Wan.... tolong-tolonglah mereka kat Kedah tu...

Wednesday, November 10, 2010

Tahukah Anda...Fakta Yang Ramai Orang Tidak Tahu Berkenaan Felda

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham, Daripada Manakah Pendapatan Felda? Saya dan rakan-rakan telah membuat satu kajiselidik ringkas dengan 500 orang sebagai responden. 70% responden adalah berumur 40 tahun ke bawah dan berbangsa melayu. Soalan ringkas kami adalah seperti berikut :-


Dari manakah sumber pendapatan Felda :

a) Hasil dari peneroka
b) Hasil dari ladang Felda yang diuruskan secara komersial dan pelaburan Felda
c) Dua-dua di atas
d) Tidak pasti

Dari 500 responden, 98% memberikan jawapan (c) iaitu dua-dua diatas dan 2% tidak pasti. Di sini, jelas memberitahu kita bahawa, ramai orang tidak tahu dari mana sumber pendapatan Felda.

Tahukah, sebenarnya Felda tidak mendapat apa-apa pendapatan dari ladang milik peneroka. Sebenarnya sumber utama pendapatan Felda ialah dari 3 sumber utama iaitu :-

1) ladang tanpa peneroka yang di uruskan secara komersial
2) pelaburan Felda
3) sumber dalaman Felda

Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.

Inilah fakta yang sering orang salah faham terhadap Felda dan perkara inilah juga yang diputar belit oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan Felda seolah-olah Felda zalim kepada peneroka. Siapakah Yang Zalim?

Friday, October 29, 2010

Mazlan Aliman... Dengarlah Nasihat Saudara Kamu


Baru-baru ini saya di maklumkan oleh rakan saya yang menghadiri satu majlis bersama saudara Mazlan Aliman, bahawa dia sungguh 'bengang' dengan Felda kerana dalam majalah 'ICT Jelas' keluaran Felda Bil : 4/2010, ada mengeluarkan satu wawancara bersama Abd Rahim bin Aliman, iaitu abang kepada Mazlan Aliman.

Puas saya mencari majalah tersebut dan akhirnya saya memperolehinya dari rakan saya di kampung. Wawancara tersebut sungguh menarik sekali. Di hati kecil saya berkata, 'patutlah Mazlan marah sangat dengan Felda'. Saya tidak mahu menulis panjang lebar berkenaan artikel tersebut tetapi cukuplah dengan menulis semua yang di 'hitam'kan di majalah:

1) Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.

2) Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.

3) Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.

4) Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.

5) Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN. (lihat foto di bawah)

Oleh itu, kami juga berpesan kepada Mazlan supaya janganlah memecah belahkan masyarakat peneroka. Ingatlah, Felda sudah banyak berjasa kepada kita. Memang Felda bukanlah 100% sempurna namun pihak pengurusannya telah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada mereka. Ingatlah, tidak semestinya apabila bertukar kerajaan, semuanya akan menjadi baik.

Wahai Mazlan... Kembalilah Kepangkal Jalan.

Thursday, October 28, 2010

Mengapa PAS dan Mazlan Aliman Membisu Di Atas Kemenangan Felda?

Semalam, mahkamah telah membuktikan bahawa Felda tidak bangkrap. Keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jelas membuktikan bahawa apa yang dilaporkan oleh Suara Keadilan hanyalah fitnah semata-mata. Di laporkan juga bahawa Felda akan tetap meneruskan saman mereka terhadap defenden lain termasuklah Wan Azizah.

Seperti yang dilaporkan oleh blog Aku Anti Fitnah, sehingga kini tiada apa-apa komen atau ulasan di buat oleh sesiapa pun samada dari PKR atau pun PAS berkenaan keputusan mahkamah ini. Ayam sabung PAS yang kononnya berjuang untuk peneroka, Saudara Mazlan Aliman juga tidak mengeluarkan apa-apa ulasan berkaitan hal ini. Biasanya, kalau ada apa-apa keputusan mahkamah, beliaulah yang akan mula-mula berkokok, tapi kali ini sunyi sepi.

Jelas membuktikan bahawa, apa yang mereka perjuangkan selama ini adalah berdasarkan andaian semata-mata. Fitnah terhadap Felda telah dijaja ke sana-sini yang mana peneroka-peneroka telah di perdaya untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Kepada Mazlan Aliman.... Mengapa tak berkokok? Takut Felda pulak saman kamu ke?


Tuesday, October 26, 2010

Berita Terkini : Felda Menang Saman Terhadap Suara Keadilan

Awal pagi ini saya telah dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa kes saman Felda terhadap Suara Keadilan dan beberapa defenden lain akan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Pada jam 9.48 pagi, saya tersenyum apabila membaca berita terkini di portal Utusan Malaysia bahawa Felda telah memenangi kes saman ini dan penghakiman kos akan di buat esok.

Jadi kepada penyebar-penyebar fitnah ini, bersedialah untuk membayarnya. Pandai buat, pandailah tanggung akibatnya.

Saman Suara Keadilan: Felda peroleh penghakiman ingkar

26/10/2010 9:48am

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mperoleh penghakiman ingkar ekoran kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta berhubung penyiaran artikel berkenaan Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Pelita Koridor (penerbit akhbar Suara Keadilan) dan Pencetakan NPK Sdn Bhd selaku defendan ketiga dan keempat.

Mahkamah perintahkan supaya kos dtaksirkan. - Utusan



Thursday, October 14, 2010

Mengapa Mengugut Wahai Mazlan Aliman?

Sejak kebelakangan ini, Mazlan Aliman semakin bongkak dan takabbur. Beliau menjadi semakin 'vokal' di setiap ceramah atau aktiviti yang dilakukan. Tindakan beliau ini semakin lama, semakin dipersoalkan keikhlasannya. Sekiranya beliau ikhlas di dalam memperjuangkan peneroka, beliau akan mendedahkan apa sahaja kepincangan Felda, tetapi mengapa perlu mengugut (Lihat kenyataan beliau yang dipetik dalam sebuah laman berita portal yang ditanda merah)?

Dengan kenyataan itu, kita boleh buat tafsiran dari kenyataan beliau bahawa...'Kalau kau kacau aku, aku akan bongkarkan lagi'. Apakah ini cara Mazlan Aliman berjuang untuk peneroka? Mengapa pilih masa dan mengugut untuk membongkarkan sesuatu? Saya rasa jawapan yang paling mudah ialah...POLITIK.

Ini adalah cara politik murahan Mazlan Aliman untuk bersedia menjadi calon PAS pada Pilihanraya akan datang. Entah-entah... nak jadi calon kat Galas kot...


KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mengingatkan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor supaya berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran badan berkanun itu, sebaliknya tidak mempersalahkan pertubuhan itu dan PAS.

Pemimpin PAS ini berkata parti yang diwakilinya bukan buta dalam soal perkembangan Felda, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak isu berkaitan dengan agensi persekutuan itu.

“Saya nak ingatkan beliau (Yusof) yang galak bercakap soal Felda dengan kata kita ini penghasut, menabur fitnah, buta dan pelbagai tuduhan lain lagi.

“Saya minta beliau supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan dan komen yang dibuat. Jika tidak lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Yusof perlu memperbetulkan keadaan yang “kucar-kacir ini dan jangan menjadi alat Umno lagi.”

“Jika pentadbiran Felda masih angkuh dan tidak memperbetulkan keadaan ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dibuat Felda.

“Jadi saya minta supaya Yusof dan pemimpin Umno lain supaya bermuhasabah selain berfikir adalah Felda sudah mencapai hasratnya.