Kita di gambarkan bahawa PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Dari dahulu, PAS menerusi Amanat Hadi telah membuat fatwa bahawa UMNO 'Kafir' kerana berkawan dengan orang bukan Islam, namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Mereka pula yang berkawan dan bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menolak negara Islam yang PAS perjuangkan.
Sama-sama kita hayati ayat ini :-
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Ayat 9 : Surah Al-Mumtahana
Saya masih teringat pesan guru agama saya... 'janganlah sekali-kali kita membuat hukum agama sendiri kerana hukum yang kita buat itu akan memakan kita balik'.... Fikirkanlah!!!
as salam...dalam isu ini, saya bersetuju dgn sdra
ReplyDelete