FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, January 24, 2011

PAS Dan Pembangkang Semakin Melampau... Mari Kita Ajar Mereka

Membaca akhbar dan berita-berita berkaitan Pilihanraya Kecil DUN Tenang membuatkan nafsu amarah saya naik secara tiba-tiba. Apa nak jadi dengan sebuah parti yang mengaku Islam, tetapi setiap tindak tanduk, lansung tidak menunjukkan ciri-ciri tersebut. Apa yang di ajar oleh Baginda Rasulullah SAW lansung tidak di ikut. Kesimpulannya, mereka suka :-

1) Memfitnah
2) Mereka-reka cerita
3) Menyalah tafsir ayat Al Quran
4) Sombong dan ego

Apa yang berlaku di Felda Tenang sudah cukup melukakan setiap peneroka dan semua keluarga peneroka di sana. Walaupun saya bukan berasal dari situ, namun sebagai anak peneroka, saya juga merasa tersinggung di atas perbuatan mereka ini. Kalau pun nak menipu, janganlah melibatkan orang yang telah pergi menemui Allah (meninggal dunia). Tidak habis di situ, terdapat juga papan tanda yang mendoakan orang Islam (UMNO) di binasa kan oleh Allah. Apa punya ajaran yang mereka pakai, saya pun tak tahu.

Dari makluman yang saya terima dari rakan-rakan anak peneroka, PAS akan dan bakal di ajar di DUN Tenang... Marilah kawan-kawan semua, pengundi muda di DUN Tenang, Kita Ajar Mereka Yang Memperbodohkan Kita... TOLAK PAS!!!!!


No comments:

Post a Comment