FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Thursday, January 6, 2011

Mazlan Aliman... Bermain Dengan Anwar Ibrahim

Semenjak balik dari kursus, saya agak sibuk menguruskan urusan pejabat yang tertangguh. Namun, saya masih berkesempatan untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku terutamanya isu yang berkaitan dengan Felda.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu laporan di laman portal berita pembangkang bertajuk "BN peluh dingin bila Anwar dipentas ceramah". Membaca laporan berita tersebut sahaja telah membuat saya tergelak besar terutamanya laporan yang melibatkan Saudara Mazlan Aliman yang memberi komen tentang Anwar Ibrahim. Wah hebat Mazlan sekarang kerana beliau telah di lantik sebagai Timbalan Pengarah Kempen Pilihanraya Kecil PAS di DUN Tenang.

Berikut adalah ringkasan laporan di dalam laman portal tersebut :-

1) Tajuknya sahaja menggerunkan iaitu 'BN peluh dingin bila Anwar di pentas ceramah'... HAKIKATNYA BN tidak berpeluh pun kerana BN lagi suka Anwar berceramah. Ini adalah kerana, sudah menjadi sikap Anwar, beliau akan berjanji dan bercerita perkara yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Contoh terkini yang boleh kita lihat ialah N.Gobalakrishnan yang sejak kebelakangan ini mendedahkan bermacam-macam perkara tentang siapakah itu Anwar Ibrahim. Semalam sahaja, Jeffrey Kitingan pun dah keluar PKR.

2) Di dalam berita portal menyatakan bahawa lebih kurang 3,000 orang hadir di ceramah Felda Cempelak namun HAKIKATNYA, mengikut sumber rakan-rakan yang tinggal di situ, adalah lebih kurang 400-500 orang sahaja. Yang menyebabkan kawasan tersebut ramai adalah di sebabkan kebanjiran 'orang-orang luar' dari kawasan tersebut.

3) Polis telah di persalahkan apabila mengambil tindakan seolah-olah Polis zalim namun HAKIKATNYA, sebenarnya penduduk dikawasan Felda Cempelak menyampah dengan kebanjiran orang luar yang menyesakkan kawasan mereka. Majoriti peneroka bersorak apabila Polis mengambil tindakan terhadap mereka.

Yang sebenarnya, peneroka-peneroka dan Generasi Muda Felda cukup menyampah dengan pembangkang. Sejak kebelakangan ini, pembangkang telah banyak memutar belitkan fakta dan menghasut masyarakat Felda. Orang yang bertanggungjawab yang menjadi penghasut ialah Mazlan Aliman. Saya percaya, Mazlan Aliman sebenarnya tidak yakin dengan Anwar tapi terpaksa juga menjemput Anwar di atas arahan bos-bosnya...

Apapun pesan saya... jaga-jagalah belakang kamu wahai Mazlan. Manalah tahu, takut Anwar berkenan nanti.

No comments:

Post a Comment