FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Thursday, January 27, 2011

Pembangkang Telah Mengatur Strategi Untuk Menyerang Peribadi Pengerusi Felda

Semalam saya ada berjumpa dengan teman-teman sekampung di Kuala Lumpur. Bermacam-macam perkara yang kami bualkan... Ya lah, dah lama tak jumpa.
Namun salah satu topik yang paling hangat kami bincangkan ialah berkaitan dengan Pengerusi baru Felda iaitu Tan Sri Isa Samad. Saya telah di maklumkan bahawa pembangkang telah mengatur strategi untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi.
Sudah menjadi sifat pembangkang bahawa mereka akan menggunakan apa-apa cara sekali pun untuk meraih undi dan simpati daripada masyarakat Felda. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan apabila mereka mempolitikkan kematian di Felda Tenang, semata-mata untuk meraih undi. Akhirnya, segala kejahatan mereka terbongkar dan cerita sebenar timbul. Namun, yang menjadi mangsa adalah keluarga Allahyarham yang terpaksa melalui fitnah ini.
Dari apa yang saya di fahamkan, Fasa Pertama serangan peribadi (character assasination) ini sudahpun bermula. Semasa pilihanraya kecil DUN Tenang, serangan ini di buat dengan berhati-hati, namun serangan tersebut di batalkan apabila pihak pembangkang menghadapi berbagai isu yang lain. Mungkin juga apabila saudara Mazlan Aliman tidak dapat menjadi calon PAS, serangan ini di tangguhkan dulu supaya beliau dapat gunakan selepas ini. Sebaliknya, beliau telah memancing Dato Ahmad Maslan untuk berdebat berkaitan isu-isu Felda sebelum tarikh pengundian.
Dari maklumat yang saya terima di kampung, dikatakan Mazlan Aliman telah mengatur berbagai program untuk mempengaruhi peneroka serta generasi muda Felda untuk membenci Felda dan kerajaan.
Pada pendapat saya, persiapan untuk menghadapi serangan ini hendaklah di buat supaya apabila ia berlaku, semuanya dapat diperjelaskan kepada peneroka. Malah, mungkin serangan awal terhadap saudara Mazlan Aliman ini di lakukan terlebih dahulu supaya beliau tidak sempat untuk menyerang Felda lagi.

No comments:

Post a Comment