FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, January 31, 2011

Analisa Ringkas : Peningkatan Undi Di Kawasan Felda Pada PRK Tenang

Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang telah pun berakhir. Setelah berkampung serta berkempen berminggu-minggu, akhirnya rakyat telah memilih calon dari Barisan Nasional iaitu YB Mohd Azahar Ibrahim sebagai wakil mereka.

Namun apa yang menarik pada pilihanraya kecil ini ialah terdapatnya 3 kawasan Felda di dalam DUN Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Pada pilihanraya umum 2008, wakil BN hanya memenangi DUN Tenang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi. Namun pada kali ini, majoriti BN telah bertambah ke 3,707 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,215 undi.

Sebelum ini, Felda dan BN telah diserang dengan bertubi-tubi oleh pembangkang terutamanya PAS melalui Saudara Mazlan Aliman dan PKR melalui Saudara Suhaimi Said. Mereka telah di pertanggungjawabkan untuk mengubah pandangan peneroka serta generasi muda terhadap Felda dan kerajaan. Berbagai-bagai risalah, CD, buku, ceramah dan serangan melalui internet telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda. Alhamdulillah, segala usaha mereka ini telah dapat di bendung dan di tangkis oleh Felda dan kerajaan.

Akhirnya pada 30 Januari 2011, keputusan yang di perolehi adalah seperti berikut :-

Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)

JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA : BN - 2,618 (81.4%), PAS - 600 (18.6%)

Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda. Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.

Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda. Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.

Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-

1) Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
2) Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
3) Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
4) Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
5) Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan

Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.

Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).


Anak Jati Felda










Mari Kita Ucap Terima Kasih Kepada Jabatan-Jabatan Yang Membantu Mangsa Banjir



Jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang dapat balas. Sesungguhnya kami tidak lupa pada kalian semua.

TERIMA KASIH

Sunday, January 30, 2011

Majoriti Bertambah Di Kawasan Felda... Tahniah BN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada YB Tok Ai, kerana baru sahaja memenangi PRK DUN Tenang. Walaupun hujan lebat hingga menyebabkan banyak kawasan di DUN Tenang banjir, namun BN telah berjaya meningkatkan majoriti undi pada kali ini. Secara ringkasnya, bolehlah kita simpulkan beberapa analisa ringkas :-

1) Undi di majoriti kawasan Felda telah meningkat
2) Undi India juga telah banyak kembali kepada BN
3) Undi cina di katakan merosot.... Apakah komen dari MCA???

Analisa terperinci akan dilakukan terhadap keputusan PRK Tenang tidak lama lagi. Apapun TAHNIAH kepada BARISAN NASIONAL

Berita Terkini : DAP Takut Undi Dari Kawasan Felda

Berita terkini... mesej twitter dari pemimpin-pemimpin DAP menggambarkan mereka semakin runsing dengan pengundi cina yang masih lagi kurang keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Setakat ini DAP berasa amat yakin bahawa mereka dapat memastikan undi cina untuk Normala. Mereka juga sangat runsing dengan peratus orang melayu dari Felda yang telah keluar kerana mereka tahu masyarakat Felda tidak akan mengundi PAS. Lihat laporan twitter di bawah :

Pemimpin DAP nampaknya panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina. Beberapa pemimpin parti itu menghantar 'SOS' menggesa mereka keluar mengundi.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menulis peratus pengundi Cina yang keluar mengundi amat rendah di Labis.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20%; Felda sudah 50%. Tolong bantu panggil orang yang anda kenal di Labis," tulis Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis:

"Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30 pagi.

Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS dan Mazlan Aliman. Sama-sama kita lihat keputusan malam nanti.... Mazlan Aliman bakal malu besar...

UNDI BN... UNDI BN... UNDI BN


UNTUK JAMINAN EKONOMI, KESTABILAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Saturday, January 29, 2011

Mazlan Aliman Bakal Terkejut Besar... BN Akan Menang Besar Di Felda

Rakan-rakan di Tenang sedang membuat pemantauan yang teliti di kawasan-kawasan Felda yang akan mengundi esok. Mengikut maklumat awal yang di perolehi, Mazlan Aliman akan terkucil dengan keputusan esok...Insyaallah. Berikut adalah sebab-sebabnya :

1) BN akan menang besar dan majoroti undi di kawasan Felda semakin meningkat
2)Peneroka dan Generasi Muda Felda menolak pendekatan ANAK dan PAS
3) Mazlan dan rakan-rakannya tidak berjaya mengubah undi di Felda untuk pembangkang
4) Mazlan akan malu kepada kepimpinan PAS di atas kegagalannya menambah majoriti undi di kawasan Felda.

Bersama-samalah kita lihat keputusannya esok. Insyaallah BN akan berjaya

Friday, January 28, 2011

WAHAI PENGUNDI DUN TENANG SEKELIAN...UNDILAH BN


Di sini, AJF ingin merayu dan berpesan kepada semua pengundi di DUN Tenang... terutamanya kepada semua peneroka serta generasi muda Felda, supaya "UNDILAH BARISAN NASIONAL'. Tujuan AJF berpesan ini adalah kerana sebab-sebab berikut :-

1) Hanya BN dan UMNO sahaja yang menjamin hak Islam dan orang melayu
2) Hanya BN dan UMNO yang boleh menjamin kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia
3) Pembangkang terutamanya PAS telah mencemarkan Islam dan sesat
4) Pembangkang terutamanya PKR akan berkubur tidak lama lagi.
5) Pembangkang terutamanya DAP akan menghancurkan Islam dan hak orang melayu.
6) Hanya BN dan UMNO yang akan memastikan institusi melayu seperti Felda akan kekal.

Buatlah pilihan anda dengan bijak.

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL

Thursday, January 27, 2011

Pembangkang Telah Mengatur Strategi Untuk Menyerang Peribadi Pengerusi Felda

Semalam saya ada berjumpa dengan teman-teman sekampung di Kuala Lumpur. Bermacam-macam perkara yang kami bualkan... Ya lah, dah lama tak jumpa.
Namun salah satu topik yang paling hangat kami bincangkan ialah berkaitan dengan Pengerusi baru Felda iaitu Tan Sri Isa Samad. Saya telah di maklumkan bahawa pembangkang telah mengatur strategi untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi.
Sudah menjadi sifat pembangkang bahawa mereka akan menggunakan apa-apa cara sekali pun untuk meraih undi dan simpati daripada masyarakat Felda. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan apabila mereka mempolitikkan kematian di Felda Tenang, semata-mata untuk meraih undi. Akhirnya, segala kejahatan mereka terbongkar dan cerita sebenar timbul. Namun, yang menjadi mangsa adalah keluarga Allahyarham yang terpaksa melalui fitnah ini.
Dari apa yang saya di fahamkan, Fasa Pertama serangan peribadi (character assasination) ini sudahpun bermula. Semasa pilihanraya kecil DUN Tenang, serangan ini di buat dengan berhati-hati, namun serangan tersebut di batalkan apabila pihak pembangkang menghadapi berbagai isu yang lain. Mungkin juga apabila saudara Mazlan Aliman tidak dapat menjadi calon PAS, serangan ini di tangguhkan dulu supaya beliau dapat gunakan selepas ini. Sebaliknya, beliau telah memancing Dato Ahmad Maslan untuk berdebat berkaitan isu-isu Felda sebelum tarikh pengundian.
Dari maklumat yang saya terima di kampung, dikatakan Mazlan Aliman telah mengatur berbagai program untuk mempengaruhi peneroka serta generasi muda Felda untuk membenci Felda dan kerajaan.
Pada pendapat saya, persiapan untuk menghadapi serangan ini hendaklah di buat supaya apabila ia berlaku, semuanya dapat diperjelaskan kepada peneroka. Malah, mungkin serangan awal terhadap saudara Mazlan Aliman ini di lakukan terlebih dahulu supaya beliau tidak sempat untuk menyerang Felda lagi.

Wednesday, January 26, 2011

Renungan : Mari Kita Tolak PAS II

Marilah sama-sama kita fikirkan : (Lihat Akhbar ini)

Dulu

Tok Guru Nik Aziz pernah membuat kenyataan bahawa 'DAP dan syaitan sama saja', tapi sekarang sudah terbalik pula.

Sekarang

Apa yang berlaku di Negeri Selangor amat memalukan...
1) Boleh bekerjasama dengan DAP walaupun DAP terang-terang menentang Negara Islam
2) Orang bukan Islam boleh masuk masjid
3) Orang bukan Islam boleh berpakaian kurang sopan di dalam kawasan masjid (Aerobik)
4) Boleh membuat lawatan ke kilang Arak malah menyokong kilang arak di besarkan

Wahai rakan-rakan sekelian, Marilah Kita Tolak PAS!!!

Tuesday, January 25, 2011

Renungan : Mari Kita Tolak PAS

Kita di gambarkan bahawa PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Dari dahulu, PAS menerusi Amanat Hadi telah membuat fatwa bahawa UMNO 'Kafir' kerana berkawan dengan orang bukan Islam, namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Mereka pula yang berkawan dan bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menolak negara Islam yang PAS perjuangkan.

Sama-sama kita hayati ayat ini :-

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ayat 9 : Surah Al-Mumtahana

Saya masih teringat pesan guru agama saya... 'janganlah sekali-kali kita membuat hukum agama sendiri kerana hukum yang kita buat itu akan memakan kita balik'.... Fikirkanlah!!!

Monday, January 24, 2011

PAS Dan Pembangkang Semakin Melampau... Mari Kita Ajar Mereka

Membaca akhbar dan berita-berita berkaitan Pilihanraya Kecil DUN Tenang membuatkan nafsu amarah saya naik secara tiba-tiba. Apa nak jadi dengan sebuah parti yang mengaku Islam, tetapi setiap tindak tanduk, lansung tidak menunjukkan ciri-ciri tersebut. Apa yang di ajar oleh Baginda Rasulullah SAW lansung tidak di ikut. Kesimpulannya, mereka suka :-

1) Memfitnah
2) Mereka-reka cerita
3) Menyalah tafsir ayat Al Quran
4) Sombong dan ego

Apa yang berlaku di Felda Tenang sudah cukup melukakan setiap peneroka dan semua keluarga peneroka di sana. Walaupun saya bukan berasal dari situ, namun sebagai anak peneroka, saya juga merasa tersinggung di atas perbuatan mereka ini. Kalau pun nak menipu, janganlah melibatkan orang yang telah pergi menemui Allah (meninggal dunia). Tidak habis di situ, terdapat juga papan tanda yang mendoakan orang Islam (UMNO) di binasa kan oleh Allah. Apa punya ajaran yang mereka pakai, saya pun tak tahu.

Dari makluman yang saya terima dari rakan-rakan anak peneroka, PAS akan dan bakal di ajar di DUN Tenang... Marilah kawan-kawan semua, pengundi muda di DUN Tenang, Kita Ajar Mereka Yang Memperbodohkan Kita... TOLAK PAS!!!!!


Monday, January 17, 2011

TAKZIAH

Di sini, AJF ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Blogger 'Yang Gambi'. Saya telah di maklumkan bahawa beliau telah mendapat jangkitan kuman di dalam paru-paru.

Allahyarham telah banyak berjuang di ruang siber bagi menjelaskan berbagai isu tempatan dan nasional. Pemergian beliau akan sangat di rasakan.

Bersamalah kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. AL_FATIHAH

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, berikut adalah maklumat bank anak beliau :-

06010748670528 CIMB Bank Nurain Zubaidah Ab Aziz

Thursday, January 6, 2011

Mazlan Aliman... Bermain Dengan Anwar Ibrahim

Semenjak balik dari kursus, saya agak sibuk menguruskan urusan pejabat yang tertangguh. Namun, saya masih berkesempatan untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku terutamanya isu yang berkaitan dengan Felda.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu laporan di laman portal berita pembangkang bertajuk "BN peluh dingin bila Anwar dipentas ceramah". Membaca laporan berita tersebut sahaja telah membuat saya tergelak besar terutamanya laporan yang melibatkan Saudara Mazlan Aliman yang memberi komen tentang Anwar Ibrahim. Wah hebat Mazlan sekarang kerana beliau telah di lantik sebagai Timbalan Pengarah Kempen Pilihanraya Kecil PAS di DUN Tenang.

Berikut adalah ringkasan laporan di dalam laman portal tersebut :-

1) Tajuknya sahaja menggerunkan iaitu 'BN peluh dingin bila Anwar di pentas ceramah'... HAKIKATNYA BN tidak berpeluh pun kerana BN lagi suka Anwar berceramah. Ini adalah kerana, sudah menjadi sikap Anwar, beliau akan berjanji dan bercerita perkara yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Contoh terkini yang boleh kita lihat ialah N.Gobalakrishnan yang sejak kebelakangan ini mendedahkan bermacam-macam perkara tentang siapakah itu Anwar Ibrahim. Semalam sahaja, Jeffrey Kitingan pun dah keluar PKR.

2) Di dalam berita portal menyatakan bahawa lebih kurang 3,000 orang hadir di ceramah Felda Cempelak namun HAKIKATNYA, mengikut sumber rakan-rakan yang tinggal di situ, adalah lebih kurang 400-500 orang sahaja. Yang menyebabkan kawasan tersebut ramai adalah di sebabkan kebanjiran 'orang-orang luar' dari kawasan tersebut.

3) Polis telah di persalahkan apabila mengambil tindakan seolah-olah Polis zalim namun HAKIKATNYA, sebenarnya penduduk dikawasan Felda Cempelak menyampah dengan kebanjiran orang luar yang menyesakkan kawasan mereka. Majoriti peneroka bersorak apabila Polis mengambil tindakan terhadap mereka.

Yang sebenarnya, peneroka-peneroka dan Generasi Muda Felda cukup menyampah dengan pembangkang. Sejak kebelakangan ini, pembangkang telah banyak memutar belitkan fakta dan menghasut masyarakat Felda. Orang yang bertanggungjawab yang menjadi penghasut ialah Mazlan Aliman. Saya percaya, Mazlan Aliman sebenarnya tidak yakin dengan Anwar tapi terpaksa juga menjemput Anwar di atas arahan bos-bosnya...

Apapun pesan saya... jaga-jagalah belakang kamu wahai Mazlan. Manalah tahu, takut Anwar berkenan nanti.

Gandingan Mantap Untuk Felda

Terlebih dahulu, Anak Jati Felda ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana telah dilantik menjadi Pengurusi Felda yang baru. Di samping itu juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Yusof Noor kerana telah banyak berjasa kepada keluarga kami dan generasi muda Felda di seluruh negara.

Di maklumkan, walaupun Tan Sri Yusof Noor tidak menjadi Pengerusi Felda lagi, beliau tetap di beri kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri menjadi Penasihat terhadap hal berkaitan Felda.

Kami percaya, gandingan ketiga-tiga tokoh ini merupakan gandingan yang mantap untuk meningkatkan lagi hal ehwal Felda. Kami akan terus mendokong Felda yang telah banyak berjasa kepada semua di Felda. Kepada Tan Sri Isa Samad.... Selamat Bertugas.