FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Saturday, September 24, 2011

Felda Sentiasa Memandang Setapak Ke Hadapan

Ikuti laporan menarik di Utusan Malaysia ini. Felda sentiasa memandang setapak kehadapan dan bukannya seperti pembangkang, yang tidak habis-habis mencari kesalahan orang. Adalah lebih baik, puhak-pihak ini menumpukan perhatian untuk bersama  memajukan Felda.


Pelaburan Luar Felda Jamin Masa Depan Peneroka


Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
(Yang mengikuti lawatan Kumpulan Felda Global ke Turki baru-baru ini)



Tangki-tangki tempat penyimpanan minyak masak yang terdapat di kilang penapisan FIGS di Izmir, Turki.

LAWATAN ke kilang Felda Iffco Gida Sanayi (FIGS), terletak di Izmir, Turki baru-baru ini menimbulkan suatu perasaan yang amat membanggakan. Perasaan tersebut wujud bukan kerana baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara yang berpenduduk kira-kira 73 juta orang dengan lebih 90 peratus beragama Islam itu, tetapi menyaksikan betapa megahnya Jalur Gemilang berkibar di luar negara.

Sukar untuk mempercayai kemampuan Felda, yang dahulunya sebuah agensi perladangan kecil, terpaksa diwujudkan untuk membantu rakyat termiskin, kini berjaya melebarkan sayapnya sehingga ke Turki yang terletak kira-kira 10 jam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Apatah lagi, Turki bukan calang-calang negara memandangkan sejarah ketamadunannya tidak dapat dinafikan antara terawal wujud di dunia. Peranan dimainkan Kumpulan Felda Global berjaya melengkapkan hasrat kerajaan untuk mengharumkan nama negara dalam apa juga bidang diceburi.

Langkah memperluaskan perdagangan ke Turki, melalui usahasama sebuah syarikat di negara itu dilakukan oleh Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (Felda Global Ventures Holdings). Hasilnya, FIGS yang merupakan anak syarikat Felda Iffco Sdn. Bhd., cabang kepada Kumpulan Iffco, syarikat induk terbesar dunia yang terlibat dalam pelbagai bidang penghasilan makanan di 84 buah negara termasuk Eropah, Asia Barat, Amerika Syarikat dan Australia, diwujudkan.
Pemilihan Turki yang terletak di tengah-tengah antara benua Asia dan Eropah dilihat tepat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa dunia. Kejayaan mencatatkan peningkatan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu dan mencecah 10.2 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini, meyakinkan negara itu mengunjurkan pertumbuhan ekonominya melebihi enam hingga tujuh peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Hakikatnya, Turki merupakan antara negara yang paling kurang terjejas akibat kesan ekonomi yang melanda dunia sekali gus mencatatkan pencapaian tertinggi KDNK di Eropah dan kedua dunia di belakang China. Justeru, langkah kongklomerat perladangan negara mengembangkan perniagaan ke negara tersebut dilihat keputusan paling tepat ketika ini.

Mungkin ada segelintir pihak memandang sinis aktiviti Felda menerusi cabang dan anak syarikatnya di luar negara dengan mendakwa ia satu pelaburan sia-sia kerana tidak memberi kesan langsung kepada peneroka. Ironinya, apa yang dilakukan itu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan dan masa depan para peneroka sendiri di negara ini.

Usaha Felda mengembangkan sayapnya ke luar negara hakikatnya mahu agar dunia menyedari peranan peneroka sebagai 'penyumbang terpenting'. Bayangkan jika peneroka tidak produktif, bahan mentah iaitu minyak sawit yang dibekalkan ke luar negara pasti akan berkurangan. Berkurangnya bekalan ini bermakna sumber makanan berasaskan sawit juga akan berkurang. Sedangkan ia semakin mendapat sambutan menggalakkan di pasaran sedia ada.

Dalam bahasa lebih mudah, kewujudan peneroka amat penting bagi memastikan bekalan bahan mentah tersebut mencukupi untuk pasaran minyak masak dan produk lelemak yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna khususnya industri-industri bakeri dan perhotelan. Hal ini diakui oleh Ketua Pegawai Operasi FIGS, Mehmet Sahin. Malah katanya, beliau yakin produk makanan berasaskan minyak sawit terutama berkaitan dengan kepentingan kedua-dua aspek pembekalan tersebut bukan sahaja amat penting di Turki malah mempunyai pasaran luas di Eropah.

Sementelah Turki dianggap sebagai 'gerbang' kepada kemasukan mudah produk atau barangan makanan dihasilkan ke negara-negara maju tersebut. ''Melihat kepada masa depan yang cerah, kami tidak teragak-agak menambah pelaburan sebanyak US$20 juta (RM62 juta) di kilang penapisan kami di sini (Izmir) untuk menyediakan kemudahan penghasilan dan pembungkusan produk-produk yang dihasilkan," katanya ketika ditemui dalam lawatan kerja anjuran Kumpulan Felda Global ke negara itu baru-baru ini.

FIGS ketika ini menghasilkan pengeluaran minyak makan seperti minyak bunga matahari, minyak zaitun dan jagung dengan kapasiti sebanyak 150,000 tan metrik setahun dan dijangka meningkat sekali ganda tahun depan. ''Kami melihat produk lelemak berasaskan minyak sawit sebagai usaha tambah nilai yang akan membezakan kami dengan pesaing-pesaing lain dalam sektor minyak makan dan lelemak di Turki,' kata Mehmet lagi.

Penguasaan minyak bunga matahari, zaitun dan jagung FIGS di negara tersebut adalah kira-kira 75 peratus pasaran minyak masak ketika ini. ''Menjelang tahun depan, apabila langkah membesarkan kilang penapisan kami siap sepenuhnya, kapasiti pengeluaran kami dijangka akan meningkat kepada 300,000 tan metrik dan tiga kali ganda pada tahun 2016.

''Minyak sawit adalah sihat dan mudah untuk digunakan, berdasarkan potensi itulah mengapa kita menyasarkan pasaran terus kepada sektor-sektor makanan dan tidak secara runcit," kata Mehmet. Menurut beliau lagi, pembekalan minyak sawit mentah di pasaran Turki ketika ini adalah sebanyak 500,000 tan metrik setahun.

Matlamat FIGS jelas. Mereka mahu menjadi pengeluar kedua terbesar produk lelemak halal di Turki menjelang tahun 2016 sebelum menguasai sepenuhnya pasaran tersebut dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Keyakinan itu mendorong Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad melihat projek di Turki bakal memberi kejayaan seterusnya tapak mengembangkan usaha hiliran kongklomerat itu ke lebih banyak negara.

''Menjelang 2012, apabila kilang penapisan di Izmir beroperasi sepenuhnya, kita akan dapat memasuki industri atau pasaran bakeri dan produk lelemak di Turki secara besar-besaran. ''Ia juga suatu usaha untuk melindungi operasi huluan Felda. Kita mewujudkan permintaan kita sendiri iaitu produk berasaskan minyak sawit supaya perniagaan minyak sawit kita tidak terlalu tertakluk kepada percaturan pasaran dunia. Dengan cara ini, kita melindungi kepentingan pihak yang terlibat secara langsung terutamanya para peneroka," katanya.

Ketika ini, jumlah peneroka di seluruh negara ialah seramai 112,635 orang iaitu 94,423 lelaki dan 18,212 wanita dengan membabitkan kawasan penerokaan untuk aktiviti pertanian sawit seluas 811,140 hektar. Sehingga kini, setiap langkah yang diambil adalah seiring dengan visi Felda untuk menjadi peneraju industri sawit dunia dan melahirkan warga peneroka berpendapatan tinggi bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Kemampuannya melebarkan sayap memasuki pasaran produk makanan halal berasaskan minyak sawit di Turki bermula awal tahun depan akan memberi laluan kepada lebih banyak syarikat tempatan lain untuk turut serta. Dalam hubungan ini, jika 54 tahun lalu, Felda yang dicetuskan Allahyarham Tun Abdul Razak bertujuan membantu masyarakat kampung keluar daripada kepompong kemiskinan, hari ini, kesinambungannya diteruskan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi dengan hasrat lebih menggunung iaitu mahu para peneroka berperanan di peringkat antarabangsa.

1 comment: