FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, October 3, 2011

Kami Cabar Mazlan Aliman

Pengkritik dan pemusnah Felda iaitu Saudara Mazlan Aliman sudah mula berkokok kembali. Beliau yang merupakan Presiden ANAK dan juga merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sedang bertungkus lumus merosakkan dan menghancurkan Felda. Sejak kebelakangan ini, beliau sedang bergerak secara agresif meracuni pemikiran peneroka agar menentang Felda dan Kerajaan.

Beliau juga kononnya sedang memperjuangkan nasib rakyat yang mempunyai masalah melibatkan urusan tanah sehingga beliau telah ke Sabah dan Sarawak untuk membela nasib orang-orang ini. Memandangkan beliau nak menjadi hero, kami mencabar Saudara Mazlan Aliman, supaya tidak memilih bulu dan membantu mereka di bawah ini.

Buktikan bahawa anda adalah seorang pejuang tulin...


178 rayu pulangkan tanah

SEBAHAGIAN peneroka Kampung Sungai Sam mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan memulangkan tanah mereka di Kuala Krai, semalam. – Utusan/aizzul a. Majid


KUALA KRAI 2 Okt. – Keghairahan kerajaan Pas Kelantan menjual tanah di negeri ini kepada syarikat bukan bumiputera semakin tidak terkawal meskipun kebanyakannya sudah diterokai sejak berpuluh tahun lalu oleh orang Melayu.

Terbaru, rakan karib Menteri Besar sendiri, Zakaria Yaakob, 66, menuntut agar tanah seluas kira-kira 200 hektar yang diusahakan di Sungai Sam sejak 1985 dikembalikan kepada 178 peneroka asal di situ. Zakaria, pemimpin Pas yang berkempen untuk Nik Aziz ketika kawasan tersebut baru dibuka, terkilan dengan penjualan tanah itu kepada syarikat luar menyebabkan kesemua tanaman getah di situ disodok menggunakan jentolak milik syarikat terbabit dan digantikan dengan tanaman pokok gaharu.

Jelas beliau, penjualan tanah tersebut dipercayai dibuat kira-kira empat tahun lalu menyebabkan syarikat terbabit segera mengusahakan tanaman pokok gaharu dan membina beberapa rumah kongsi tanpa menghiraukan aduan peneroka asal di situ. “Dulu saya yang mula-mula membuka kawasan ini dan Nik Aziz juga datang ke sini bersama saya. Tetapi selepas lebih 20 tahun, tiba-tiba sahaja ada orang luar datang dan memusnahkan semua tanaman getah yang saya usahakan.

“Saya sangat sedih dengan perkara ini. Sampai saya susah tidur malam kerana memikirkan pasal tanah dan tanaman yang semuanya sudah dimusnahkan,” katanya dalam linangan air mata. Zakaria yang mempunyai kira-kira tiga hektar tanah di situ dan membelanjakan hampir RM125,000 untuk mengusahakannya dengan tanaman getah ditemui ketika membuat bantahan tersebut bersama lebih 50 peneroka asal di hadapan rumah kongsi yang dibina syarikat tersebut di Sungai Sam di sini semalam. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, hampir semua tanaman getah dimusnahkan dan kawasan bukit bukau di situ ditarah sehingga gondol untuk tanaman pokok gaharu.

Seorang peneroka asal di situ, Md. Noor Yaacob, 57, yang mempunyai empat hektar tanah di situ ketika ditemui turut meluahkan kekecewaan dan kemarahannya kepada kerajaan negeri yang didakwa menganiaya mereka. “Saya sudah 22 tahun mengusahakan tanah di sini. Tiba-tiba sahaja ketika saya menebas ada orang luar datang dan marah kerana mendakwa tanah ini miliknya menyebabkan maruah saya tercabar.

“Saya masih ingat suatu ketika dulu Nik Aziz berceramah bahawa mana-mana tanah kerajaan yang diusahakan oleh rakyat, sekiranya gugur sehelai daun sekalipun maka ia akan diberi hak kepada rakyat,” tegasnya. Sementara itu, bekas penganggur, Syamsul Abdul Ghani, yang mengusahakan tanah di situ selama lima tahun kini hilang punca pendapatan disebabkan semua pokok getahnya sudah tidak ada. “Saya dulu menganggur dan sangat nakal. Sehinggalah datang Pak Ya (Zakaria) menyuruh saya mengusahakan tanah di sini dan ia mengubah hidup saya dan saya juga ada duit sendiri. “Tetapi sekarang semuanya macam dirampas balik. Saya mohon kerajaan negeri kalaulah mereka jayakan Islam, kalaulah mereka amalkan kebajikan, pulangkan tanah ini kepada kami,” katanya.

Utusan Malaysia (3/10/2011)

No comments:

Post a Comment