FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Thursday, September 15, 2011

Kewangan Felda Makin Kukuh - PM



Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokuman perjanjian usahasama strategi antara Sabri Ahmad (tengah) dan Anil Snehi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Mohd. Isa Abdul Samad dan Ramadorai S. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Felda terus mencatatkan pertumbuhan kewangan yang kukuh apabila jumlah saham tersenarai dan tidak tersenarai serta dana Amanah Raya Berhad milik agensi itu kini mencecah RM8 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pencapaian amat memberangsangkan itu dilaporkan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi Felda hari ini dan ia membuktikan agensi tersebut merupakan sebuah organisasi yang amat berjaya.

Sebagai contoh, katanya, pemilikan saham Felda di dalam syarikat Malayan Sugar Manufacturing Bhd. (MSM) apabila saham yang dibeli RM3.36 sesaham kini telah melonjak kepada RM5.30 sesaham. ''Selain itu aktiviti anak-anak syarikat Felda juga berjaya mencatatkan keuntungan. Ini yang menyebabkan Felda berada pada kedudukan kewangan yang sangat menggalakkan,'' katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Felda di Dewan Perdana Felda, hari ini.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian usahasama strategi antara Kumpulan Felda Prodata diwakili Presidennya, Datuk Sabri Ahmad dan Ketua Serantau Negara Asia Perkhidmatan Perunding Tata, Anil Snehi. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif Felda Prodata, Muhammad Fauzi Abdul Ghani; Naib Pengerusi Tata, Ramadorai S serta Ahli majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Abdulla Saloomi.

Perdana Menteri berkata, usaha meningkatkan pendapatan Felda tidak akan berhenti setakat ini sahaja malah pihak kerajaan komited untuk melakukan pembaharuan terhadap agensi itu demi masa depan peneroka. ''Rata-rata peneroka Felda secara puratanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM4,500 sebulan dan ini adalah hasil daripada kemajuan yang dikecapi selain harga komoditi getah dan kelapa sawit yang begitu stabil," katanya. Dengan pendapatan sedemikian beliau berkata, peneroka Felda kini berada di dalam golongan pertengahan. ''Oleh itu saya amat berharap kepada semua warga Felda terutama para peneroka pertahankanlah segala nikmat yang kita perolehi sekarang dan paling penting pertahankanlah Felda,'' katanya yang turut meminta warga Felda dan rakyat seluruhnya bersama-sama mempertahankan Putrajaya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan akan memperkasakan lagi skim perumahan generasi kedua Felda dengan memberi tumpuan kepada gugusan-gugusan yang masih belum melaksanakan program tersebut. ''Kerajaan komited melaksanakan program ini kerana ia memberi banyak manfaat kepada generasi kedua Felda. Untuk itu kita akan berusaha meningkatkan jumlah bilangan rumah-rumah untuk mereka di bawah skim ini,'' ujarnya.

No comments:

Post a Comment