Hari ini merupakan hari yang sangat besar ertinya buat semua peneroka dan generasi muda Felda. Setiap tahun, kita akan menyambut hari ini sebagai Hari Peneroka. Di hari yang sangat besar ertinya buat kita ini, ingin aku kongsi satu sajak buat renungan kepada generasi muda Felda.
Tiada Kelahiran Semula
Tumit merekah, berdarah
Tangan kematu tidak henti memalu
Kulit lali diselar terik matahari
Segala-galanya kerana janji
Bukan kerana pasrah
Lantas, apa ada pada rekahan
Biar rasanya ngilu
Apa peduli pada darah mengalir
Atau legam kulit untuk mengotakan janji
Bukankah janji telah di songsong
Bahawa hutan belukar ini adalah dunia kita
Dengan darah, keringat dan air mata
Merubah belantara menjadi singgahsana
Tiba masanya singgahsana mahu diroboh kerana tamak
juga haloba
Itulah jasa generasi kedua
Mahu memijak janji yang telah terperi mati
Mahu mencalit hitam budi orang tua
Sedangkan hutan, bukit dan tanah itu
Adalah milik mereka, kamu cuma pewarisnya
Perjanjian yang terpateri
Antara tanah, darah dan air mata
Suka duka rumah tidak berbilik
Air telaga, binatang buas dan belantara
Namun apa ada pada keliaran yang membunuh
Juka selepas tersergamnya singgahsana
Ada dajal datang menjadi pembinasa
Hanani, Kuala Lumpur
Felda telah banyak berjasa kepada peneroka, pasti peneroka akan mengingati perngorbanan Felda terhadap mereka.
ReplyDeletemohon share saak nie yea...
ReplyDelete