FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, July 13, 2011

Kebenaran Telah Keluar... Felda Sedang Menuju Kemenangan

Kes perbicaraan saman Felda terhadap Dr Tan Kee Kwong semakin menarik. Semalam Datuk Kasah telah mengesahkan bahawa Dr. Tan telah menipu dan meneruskan fitnah terhadap Felda untuk kepentingan politik. Berikut adalah petikan kata-kata Datuk Kasah di mahkamah :

Bekas Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd., Datuk Kasah Ahwal menjelaskan, beliau langsung tidak menyangka, Datuk Dr. Tan Kee Kwong boleh menggunakan maklumat dalam perbincangan di Medan Selera Maju Junction mengenai Felda untuk diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan. Sedangkan menurut Kasah, 59, sejak awal lagi beliau sudah mengingatkan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu bahawa kenyataannya (Kee Kwong) adalah salah.


Sepatutnya tindakan oleh Felda ini tidak hanya di kenakan terhadap Dr. Tan sahaja, malah di teruskan juga mengambil tindakan terhadap Mazlan Aliman, seorang manusia yang telah memecahbelahkan masyarakat Felda. Kami percaya, Felda akan berjaya di dalam kes saman ini. Kebenaran akan terus mengatasi kebathilan...


Kasah tidak sangka, Kee Kwong boleh guna maklumat

KUALA LUMPUR 12 Julai - Bekas Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd., Datuk Kasah Ahwal menjelaskan, beliau langsung tidak menyangka, Datuk Dr. Tan Kee Kwong boleh menggunakan maklumat dalam perbincangan di Medan Selera Maju Junction mengenai Felda untuk diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan.

Sedangkan menurut Kasah, 59, sejak awal lagi beliau sudah mengingatkan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu bahawa kenyataannya (Kee Kwong) adalah salah.

Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, Kee Kwong membawa keratan akhbar tersebut yang diterbitkan sehari sebelumnya iaitu artikel mengenai penjelasannya berhubung wang Felda masih berbaki RM1.2 juta.

''Jadi saya ingat beliau menulis untuk membetulkan kesilapan yang beliau tersalah tafsir tentang apa yang saya beritahu sebelum itu. Selepas berbincang tentang pembetulan, dia tanya pula saya tentang bangunan Felda.

''Saya ingat beliau kata, ini Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) punya keputusan tetapi saya jawab, mungkin Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin atau Pengarah Urusan Felda, Datuk Mohd. Bakke Salleh,'' kata Kasah.

Saksi tersebut dipanggil semula memberikan keterangan untuk menjelaskan beberapa perkara pada perbicaraan kes saman fitnah RM200 juta Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd., terhadap Kee Kwong di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof masuk hari kedua hari ini.

Saksi pertama plaintif itu menyatakan, niat beliau semasa bercerita tentang Felda semata-mata mahu membetulkan apa yang telah ditulis oleh Kee Kwong agar tidak menulis sesuatu tanpa mengetahui hal sebenar.

Disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Felda, Kasah menyatakan, defendan tidak pernah memberitahunya bahawa apa yang dikatakannya itu akan diterbitkan dalam akhbar.

Dalam satu soalan lain, peguam Ranjit Singh yang mewakili defendan pula meminta Kasah memberikan penjelasan mengenai perasaan tidak puas hati yang diluahkan oleh saksi itu.

Kasah berkata: ''Perasaan tidak puas hati mungkin terlalu berat. Saya hanya memberikan pandangan dan komen. Dalam syarikat Felda dan bukan Felda, badan yang berasingan. Pelaburan Felda pula dibuat oleh anak-anak syarikat Felda.

''Dalam pertemuan itu, saya buat komen tentang beberapa pelaburan Felda terutamanya dalam syarikat Twin River dan pembelian kilang penapis di China. Saya rasa kecewa kerana Felda dan syarikat buat pelaburan dan pembelian. Saya emosi sikit mengenai pelaburan kerana adanya rasa kepunyaan terhadap Felda,'' ujar saksi itu lagi.

Kee Kwong yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyertai parti itu pada 6 September 2008 setelah melepaskan semua jawatan dalam parti Gerakan, disaman ekoran pendedahan dalam surat terbukanya yang mendakwa Felda bankrap.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, akhbar itu dalam keluaran bertarikh 22-29 Jun 2010 telah menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam berita utama muka depan bertajuk Felda Bankrap dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran yang sama.

Selain itu, sebuah lagi artikel dalam edisi yang sama dengan keterangan di muka surat pertama bertajuk Kontroversi berserta gambar dan sambungannya di muka surat 3 bertajuk 'Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu' turut didakwa mengandungi perkataan fitnah.

Selepas Kasah memberikan keterangan, Ranjit memberitahu mahkamah, bahawa defendan tidak akan memberikan keterangan kerana tidak mempunyai kes untuk dijawab.

Peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang mewakili Felda kemudian menutup kes selepas mengemukakan empat orang saksi plaintif.

Hakim Zabariah menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar hujahan.

1 comment:

  1. Datuk Kasah pun satu, sayang Felda pun suarakanlah melalui PBKFM atau layang satu email kat pengurusan Felda sekarang.Cakap kat orang politik sebelah sana memang la jadik gitu, cakap 1 jadik 10 lah dia tambah.Untuk lakukan papernya...nasib baik kali ini Felda bertegas nak saman.Datuk Kasah...Datuk Kasah...hal rumahtangga lainkali simpan kita selesai adik beradik.Buka pintu kat orang luar dengar hal kita,mcm nilah jadinya.Audit kita buat kerja,pengurusan Felda pun tau juga congak2 untung rugi...Harap jangan berulang lagi

    ReplyDelete