FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, July 16, 2012

Bersama Sertai Kempen Dan Gunakan Logo Ini....


Selepas perhimpunan 'OREN' yang ternyata gagal, bersama lah kita sertai kempen ini supaya mesej di atas sampai kepada beliau. Sesungguhnya beliau memang perosak masyarakat Felda. Harap dapat gunakan logo di atas.

Terima Kasih

Saturday, January 14, 2012

Peneroka Mula Menyokong FGVH

Ahamdulillah, kehangatan terhadap penyenaraian FGVH sudah semakin reda dan peneroka sudah mula dapat menerima penyenaraian ini. Program-program sedang dilakukan untuk menjelaskan berkaitan perkara ini kepada semua masyarakat peneroka.

Baca artikel di bawah :

Ramai sokong penyenaraian FGVH - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA 12 Jan. - Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia semakin mendapat sokongan pelbagai pihak yang mula memahami isu itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka termasuk badan bukan kerajaan utama berkaitan Felda yang menyatakan sokongan selepas mendengar penjelasan Felda.

"Memang sebelum ini ada pandangan-pandangan berbeza mengenai penyenaraian ini kerana kami masih mencari kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Apabila kita dah semakin jelas tentang kaedah ini maka mereka akan kembali memberi sokongan kepada penyenaraian ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof), Alumni Asrama Felda Malaysia dan Ikatan Seni dan Kebudayaan Anak Felda (Iskaf) yang menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan tersebut.

Ahmad berkata, sehubungan itu juga, satu perjumpaan dengan lebih 1,200 wakil utama Felda di peringkat akar umbi akan diadakan bulan depan bagi memberi penerangan berhubung cadangan tersebut.

Thursday, November 24, 2011

Teguran Kepada Pemimpin FELDA... BERSATULAH

Bersatulah Wahai Pemimpin ku....

"Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"... Sepatutnya inilah perumpamaan yang di hayati oleh pemimpin-pemimpin di dalam Felda. Di dalam keghairahan untuk menaikkan nama Felda di mata masyarakat dan dunia, pemimpin-pemimpinnya seperti mahu menjatuhkan sesama sendiri.

Sudah agak lama saya menyepi dari memberikan komen berkaitan perkara ini, dengan harapan ianya akan berhenti, namun ianya semakin rancak. Semalam, satu blog terkenal berbahasa Inggeris telah membuat ulasan dan secara tidak lansung ianya menjadikan situasi semakin parah.

Tidak ada satu pun yang sempurna di dalam satu-satu organisasi. Sepatutnya menjelang PRU 13 yang semakin hampir, semua mempersiapkan untuk menghadapi pembangkang yang sememangnya bercita-cita untuk merampas undi dari kawasan Felda. Bukannya pemimpin-pemimpin ini menggunakan blogger-blogger untuk memburukkan masing-masing dari belakang.

Wahai pemimpin Felda, ketahuilah bahawa rakyat terutamanya peneroka benar-benar mengharapkan kalian untuk menguruskan Felda dengan baik. Hingga ke hari ini, saya dan rakan-rakan mempertahankan Felda dari di cemuh dan di fitnah. Kami tidak akan berhenti berjuang untuk Felda kerana kami terhutang budi dan nyawa kepada Felda. Felda lah yang telah memberi ruang kepada kami hingga kami berjaya di dalam kehidupan.

Janganlah kalian hancurkan Felda. Marilah sama-sama kita menyusun kembali barisan kita sebelum PRU ke 13. Kami benar-benar memohon supaya kepimpinan Felda dapat mendengar luahan hati kami ini.

Akhir kata, marilah kita teruskan dengan kempen "NYAH MAZLAN ALIMAN DARI FELDA"


Saturday, November 19, 2011

Kapal Selam Di Pindahkan Oleh Anak-Anak Peneroka

Sungguh Membanggakan!!! Semua ini adalah hasil dari kepakaran yang ada di dalam negara kita dan yang paling membanggakan ialah, sebahagian daripada hasil usaha anak-anak peneroka yang bekerja di Felda Transport.

Kalau dulu, mungkin Kerajaan terpaksa menggunakan syarikat-syarikat luar negara untuk melaksanakan kerja rumit seperti ini, tapi sekarang anak peneroka boleh melakukannya.

Tahniah Felda....

SMD Ouessant Agosta 70 dipindahkan


KERJA-KERJA mengangkat SMD Ouessant Agosta 70 dari kapal kargo di perairan Selat Melaka berjalan lancar untuk dibawa ke jeti sementara di Klebang, Melaka, semalam.


MELAKA 16 Nov. - Selepas lebih tiga jam kerja mengangkat dilakukan, kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan hari ini selamat dipindahkan dari kapal kargo ke atas tongkang di perairan Selat Melaka, kira-kira 800 meter dari Klebang di sini.

Menggunakan dua kren khas dari kapal kargo tersebut, kerja-kerja mengangkat dan memindahkan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu selesai tepat pukul 11.30 pagi selepas dimulakan pukul 8 pagi. Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn. Bhd., Zainal Abidin Ujud berkata, kapal selam itu bagaimanapun tidak dapat dibawa ke jeti sementara di Klebang kerana faktor air laut yang surut menyukarkan tongkang sampai ke jeti tersebut.

"Selepas dipindahkan ke atas barge (tongkang) yang mempunyai multi axle trailer, kapal selam ini perlu diikat dan ia memakan masa antara tiga sehingga empat jam sebelum boleh dibawa ke jeti.

"Paras air laut yang rendah petang ini tidak membolehkan barge ini sama paras dengan ketinggian jeti sebab itu kita kena tunggu sehingga air pasang kira-kira 11 pagi esok barulah kapal selam akan dibawa ke jeti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melihat kerja-kerja mengangkat dan memindahkan kapal selam itu di sini, hari ini.

Felda Transport Services Sdn. Bhd. adalah syarikat bertanggungjawab mengangkut kapal berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu dari sebuah pelabuhan di Perancis, 12 Oktober lalu. Kapal itu tiba di perairan Selat Melaka berhampiran Klebang di sini, Ahad lalu selepas 31 hari pelayaran.

Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang dibina pada 1979 itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini. Sebelum projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu dilaksanakan, kapal itu ia akan ditempatkan di jeti sementara di Klebang dan orang ramai berpeluang menyaksikannya selama 10 hari mulai 22 November ini.

Monday, November 14, 2011

Aset Peneroka Terjamin - Ahmad Maslan


Kebimbangan masyarakat peneroka terhadap apa yang berlaku semakin di perjelaskan oleh kerajaan. Kerajaan dan Felda sedang turun ke Tanah-tanah Rancangan untuk memperjelaskan senario terkini apa yang berlaku di dalam Felda :

Insentif, aset peneroka tak terjejas


AHMAD Maslan (hadapan, tengah) bersama peneroka Felda Chini melaungkan 1Felda di Dewan Shahbandar Chini, Pekan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI


PEKAN 13 Nov. - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan tidak akan melenyapkan segala insentif yang diterima para peneroka selama ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa perkara itu bukan sahaja tidak berlaku, malah lebih banyak faedah bakal diperoleh peneroka menerusi penyenaraian itu.

"Saya memberi jaminan ini kerana timbul kebimbangan kalangan segelintir peneroka berhubung isu penyenaraian tersebut.

"Saya tegaskan, tanah milik mereka tidak akan terjejas sedikit pun malah mereka juga akan tetap menerima duit raya, bonus dan dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF) seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Program Semai Bakti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda Chini 2, di sini hari ini.

Menurut Ahmad, Felda kini memiliki tanah ladang seluas 860,000 hektar iaitu 500,000 hektar milik peneroka manakala selebihnya diuruskan oleh anak syarikatnya, Felda Plantation Sdn. Bhd. (FPSB). "Justeru, kita hanya melibatkan tanah ladang milik Felda yang diuruskan FPSB iaitu seluas 360,000 hektar melalui kaedah pajakan kepada beberapa pemegang pajakan.

"Melalui kaedah ini, kita tidak akan kehilangan tanah tetapi mengaut hasil atau keuntungan berganda," jelasnya. Bagaimanapun, katanya, kaedah pajakan tersebut masih dalam penelitian terperinci. "Ini belum keputusan akhir dan masih di peringkat penelitian dan perbincangan, kita masih ada masa sebelum penyenaraian pertengahan tahun depan.

"Kerajaan sentiasa menimbang segala tindakan yang akan dilakukan bagi memastikan kepentingan peneroka, Felda dan negara tidak terjejas," ujarnya.Dalam pada itu, Ahmad menasihati para peneroka agar menggunakan saluran yang  betul untuk menjelaskan kekeliruan berhubung penyenaraian tersebut.

"Kita sedia menjawab dan merungkaikan kekeliruan mereka dan jangan sesekali berhubung dengan pembangkang berhubung isu tersebut. "Setakat ini saya menerima maklum balas yang baik daripada sebahagian besar peneroka dan mereka menyambut baik usaha itu," jelasnya.

Tuesday, October 4, 2011

Mazlan Aliman.....'Nyah' Kamu Dari Felda



Ramai peneroka sedar tentang apa yang sedang di lakukan oleh ANAK di Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara. ANAK yang di ketuai oleh Saudara Mazlan Aliman telah menabur bermacam-macam janji kepada peneroka dan juga generasi muda Felda. 

Janji-janji ini nampaknya baik tetapi sebenarnya mempunyai niat maksud yang jahat dan boleh membinasakan Felda. Ikuti luahan aduan anak peneroka dari Pahang ini... Sebab itu, Mazlan Aliman perlu di "NYAH" kan dari Felda.


Jangan terpedaya janji palsu


SETELAH 54 tahun negara merdeka, peneroka Felda kini wajar bersyukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan Allah. Bermula detik penghijrahan mereka melalui episod derita, kini mereka telah bangkit meneroka tanah dan ladang dengan bantuan dan perhatian yang penuh oleh kakitangan Felda.

Kebangkitan ini adalah berkat usaha kegigihan dan kesungguhan para peneroka melawan kemiskinan agar anak-anak tidak mewarisi kemiskinan seperti mereka dahulu. Lantaran itu, saya sebagai seorang anak peneroka Felda ingin menyentuh mengenai isu pemansuhan Felda Plantantions oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan juga pembahagian tanah andainya mereka berjaya menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Secara umum saya memuji niat murni ANAK yang ingin membantu kami anak peneroka memiliki tanah seperti ayahanda kami yang diberi 10 ekar tanah ladang oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Ketika itu, setiap kerajaan negeri satu persatu dengan niat ikhlas mengkhususkan penempatan peneroka dan memberikan tanah kerajaan negeri seluas mungkin bagi ayahanda kami berladang dan mencari rezeki. Ini termasuklah ayahanda Pengerusi ANAK sendiri yang berjaya menjadi peneroka di Felda Bukit Ramun.

Saya masih ingat bilamana ayahanda saya menoreh getah setiap hari dan menghantar hasil ke Pusat Pengumpulan Getah (PMG). Tiada langsung niat untuk membelakangkan Felda dengan menonjol hasil ke luar (combat) atau istilahnya menjual hasil ke pihak luar dan bukan Felda. Penjualan ini berterusan bagi menolak hutang Felda sehinggalah ayahanda saya menjelaskan sepenuhnya hutang Felda dengan tertibnya dan mendapat geran tanah sendiri. Lebih menggembirakan bilamana kerajaan melupuskan hutang-hutang kepada peneroka yang masih mempunyai baki hutang walhal rata-rata mereka ini 'rajin menonjol' ke luar. Sedikit pun ayahanda saya tidak bising dengan langkah Felda ini. Itulah serba sedikit hal tanah ladang seluas 10 ekar yang menjadi punca kepada keluarga kami keluar dari kepompong kemiskinan.

Kini, hasrat ANAK yang beria-ia hendak memberikan tanah kepada kami untuk apa? Apakah kami ini memang miskin atau tiada pekerjaan? Kenapa ingin memberi tanah Felda Plantations yang jika diracik-racik, setiap dari kami hanya bakal menerima satu ekar sahaja? Apa pula akan jadi dengan lebih 20,000 kakitangan Felda? Siapa pula yang akan menanggung beban pengurusan dan pentadbiran 317 tanah rancangan Felda? Majoriti kakitangan ini pula orang Melayu, sebangsa dan seagama dengan Pengerusi ANAK. Adakah kita ingin menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka?

Saya ingin menyeru dan menasihatkan generasi baru Felda agar melihat momokan ANAK ini dengan kedua-dua belah mata dan hati yang terang. Mana mungkin kita boleh menjana pendapatan dengan tanah seluas satu ekar ini. Nak menanam apa? Nak bina rumah pula boleh tetapi sumber pendapatan di mana pula nak kami cari? Jika ANAK bercita-cita untuk membahagikan tanah kerajaan negeri seperti ayahanda kami dahulu, saya sokong seratus peratus.

Bagi kerajaan seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, bermulalah sekarang dengan memberikan kami tanah-tanah kerana kami ingin melihat keikhlasan kepimpinan ANAK, bukannya janji-janji politik. Fotostat borang berpuluh-puluh ribu namun akhirnya akan menjadi kertas lama. Kami sudah penat mengisi borang tanah. Kepada 70,000 orang yang dikatakan telah mengisi borang ini, saya ucapkan tahniah dan bolehlah berjumpa Menteri Besar dari negeri-negeri tadi bersama-sama Pengerusi ANAK dan tanyalah tanah-tanah yang boleh diberi kepada kita anak peneroka Felda. Itu lebih afdal.

Akhirnya, saya menyeru dan menasihatkan warga Felda seluruhnya agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah dan jangan sekali-kali kita ingkar perintahNya. Biarlah Mat Jenin terjun dengan labu-labunya dan kita wajib berpijak di bumi yang nyata. Jadilah kita generasi baru Felda yang matang berfikir dan membuat keputusan. Marilah kita berdoa agar kita sentiasa dipelihara iman dan amal semoga sentiasa mendapat redha dan berkat Allah.

MAN
Felda Jengka 7, Pahang.

Monday, October 3, 2011

Kami Cabar Mazlan Aliman

Pengkritik dan pemusnah Felda iaitu Saudara Mazlan Aliman sudah mula berkokok kembali. Beliau yang merupakan Presiden ANAK dan juga merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sedang bertungkus lumus merosakkan dan menghancurkan Felda. Sejak kebelakangan ini, beliau sedang bergerak secara agresif meracuni pemikiran peneroka agar menentang Felda dan Kerajaan.

Beliau juga kononnya sedang memperjuangkan nasib rakyat yang mempunyai masalah melibatkan urusan tanah sehingga beliau telah ke Sabah dan Sarawak untuk membela nasib orang-orang ini. Memandangkan beliau nak menjadi hero, kami mencabar Saudara Mazlan Aliman, supaya tidak memilih bulu dan membantu mereka di bawah ini.

Buktikan bahawa anda adalah seorang pejuang tulin...


178 rayu pulangkan tanah

SEBAHAGIAN peneroka Kampung Sungai Sam mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan memulangkan tanah mereka di Kuala Krai, semalam. – Utusan/aizzul a. Majid


KUALA KRAI 2 Okt. – Keghairahan kerajaan Pas Kelantan menjual tanah di negeri ini kepada syarikat bukan bumiputera semakin tidak terkawal meskipun kebanyakannya sudah diterokai sejak berpuluh tahun lalu oleh orang Melayu.

Terbaru, rakan karib Menteri Besar sendiri, Zakaria Yaakob, 66, menuntut agar tanah seluas kira-kira 200 hektar yang diusahakan di Sungai Sam sejak 1985 dikembalikan kepada 178 peneroka asal di situ. Zakaria, pemimpin Pas yang berkempen untuk Nik Aziz ketika kawasan tersebut baru dibuka, terkilan dengan penjualan tanah itu kepada syarikat luar menyebabkan kesemua tanaman getah di situ disodok menggunakan jentolak milik syarikat terbabit dan digantikan dengan tanaman pokok gaharu.

Jelas beliau, penjualan tanah tersebut dipercayai dibuat kira-kira empat tahun lalu menyebabkan syarikat terbabit segera mengusahakan tanaman pokok gaharu dan membina beberapa rumah kongsi tanpa menghiraukan aduan peneroka asal di situ. “Dulu saya yang mula-mula membuka kawasan ini dan Nik Aziz juga datang ke sini bersama saya. Tetapi selepas lebih 20 tahun, tiba-tiba sahaja ada orang luar datang dan memusnahkan semua tanaman getah yang saya usahakan.

“Saya sangat sedih dengan perkara ini. Sampai saya susah tidur malam kerana memikirkan pasal tanah dan tanaman yang semuanya sudah dimusnahkan,” katanya dalam linangan air mata. Zakaria yang mempunyai kira-kira tiga hektar tanah di situ dan membelanjakan hampir RM125,000 untuk mengusahakannya dengan tanaman getah ditemui ketika membuat bantahan tersebut bersama lebih 50 peneroka asal di hadapan rumah kongsi yang dibina syarikat tersebut di Sungai Sam di sini semalam. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, hampir semua tanaman getah dimusnahkan dan kawasan bukit bukau di situ ditarah sehingga gondol untuk tanaman pokok gaharu.

Seorang peneroka asal di situ, Md. Noor Yaacob, 57, yang mempunyai empat hektar tanah di situ ketika ditemui turut meluahkan kekecewaan dan kemarahannya kepada kerajaan negeri yang didakwa menganiaya mereka. “Saya sudah 22 tahun mengusahakan tanah di sini. Tiba-tiba sahaja ketika saya menebas ada orang luar datang dan marah kerana mendakwa tanah ini miliknya menyebabkan maruah saya tercabar.

“Saya masih ingat suatu ketika dulu Nik Aziz berceramah bahawa mana-mana tanah kerajaan yang diusahakan oleh rakyat, sekiranya gugur sehelai daun sekalipun maka ia akan diberi hak kepada rakyat,” tegasnya. Sementara itu, bekas penganggur, Syamsul Abdul Ghani, yang mengusahakan tanah di situ selama lima tahun kini hilang punca pendapatan disebabkan semua pokok getahnya sudah tidak ada. “Saya dulu menganggur dan sangat nakal. Sehinggalah datang Pak Ya (Zakaria) menyuruh saya mengusahakan tanah di sini dan ia mengubah hidup saya dan saya juga ada duit sendiri. “Tetapi sekarang semuanya macam dirampas balik. Saya mohon kerajaan negeri kalaulah mereka jayakan Islam, kalaulah mereka amalkan kebajikan, pulangkan tanah ini kepada kami,” katanya.

Utusan Malaysia (3/10/2011)