FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, March 16, 2011

Kami Menyokong Penuh Tindakan Felda Menyaman Dr Tan Kee Kwong

Bak kata pepatah lama "Kerana Mulut Badan Binasa", inilah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Dr Tan Kee Kwong di atas keceluparan beliau membuat fitnah yang bukan-bukan hanya kerana kepentingan politik.

Beliau sama sekali tidak melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda adalah untuk peneroka serta rakyat Malaysia yang susah. Fitnah beliau yang hanya melihat dari satu sudut negatif tanpa melihat secara keseluruhan, memberikan gambaran yang buruk terhadap kerajaan dan Felda.

AJF berpendapat Felda bukanlah nak sangat dengan duit Dr Tan ini, cuma hendak menjadikan kejadian ini sebagai satu iktibar kepada individu-individu tertentu yang membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap Felda. Kami anak-anak peneroka berdoa semoga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar. Amin

Monday, March 7, 2011

Analisa Keputusan Pilihanraya : Peneroka Dan Generasi Muda Felda Tolak Pembangkang

Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional semalam di DUN Kerdau dan DUN Merlimau telah menterjemahkan banyak perkara. Sebelum ini, Barisan Nasional juga telah memenangi di DUN Tenang di Johor dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Jika kita lihat, pertambahan majoriti yang paling ketara telah di sumbangkan dari kawasan-kawasan Felda.

Ini telah di sahkan oleh PAS sendiri melalui kenyataan pemimpin mereka di dalam laman portal pembangkang. (lihat dibawah) Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti 'STOK PENIMBAL BN', LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR' dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang.


Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda. Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang.

Peguam-peguam yang mewakili mereka ini pula telah menggunakan peneroka tanpa memberi penjelasan bahawa sekiranya peneroka kalah, segala urusan membawa kes mereka ke mahkamah tetap perlu di langsaikan oleh peneroka terbabit. Isu yang paling terkini di mainkan oleh ANAK semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ialah Felda Plantation yang di katakan pertubuhan haram dan juga pembayaran SES kepada peneroka.

Ini adalah antara beberapa isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda. Kini, jelas dapat kita lihat bahawa masyarakat Felda secara keseluruhannya menolak dakyah dan niat jahat pembangkang ini.

Kita kaji keputusan undi bagi kawasan Felda di DUN Kerdau dan DUN Tenang :

PRK DUN Kerdau ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN - 70.8% )

Felda Jengka 23 ( Dimenangi oleh BN - 69% )
Saluran 1 : BN - 236 (211), PAS - 95 (110)
Saluran 2 : BN - 390 (333), PAS - 133 (128)
Saluran 3 : BN - 297 (217), PAS - 177 (137)

Felda Jengka 22 ( Dimenangi oleh BN - 66.9% )
Saluran 1 : BN - 182 (208), PAS - 94 (103)
Saluran 2 : BN - 224 (313), PAS - 94 (117)
Saluran 3 : BN - 183, PAS - 94 (tiada saluran 3 pada PRU 12 2008)

Felda jengka 25 ( Dimenangi oleh BN - 87.4% )
Saluran 1 : BN - 307 (274), PAS - 43 (41)


PRK DUN Tenang ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN - 81.4% )

Felda Tenang ( Dimenangi oleh BN - 71.3% )
Saluran 1 : BN - 130 (118), PAS - 90 (98)
Saluran 2 : BN - 159 (146), PAS - 128 (169)
Saluran 3 : BN - 111 (147), PAS - 118 (154)

Felda Chempelak ( Dimenangi oleh BN - 87.7% )
Saluran 1 : BN - 279 (248), PAS - 21 (38)
Saluran 2 : BN - 373 (381), PAS - 61 (80)
Saluran 3 : BN - 333 (307), PAS - 53 (88)

Felda Chempelak Barat ( Dimenangi oleh BN - 85.5% )
Saluran 1 : BN - 292 (274), PAS - 33 (38)
Saluran 2 : BN - 392 (268), PAS - 57 (54)
Saluran 3 : BN - 254 (230), PAS - 52 (84)

Nota :
Tulisan Warna Biru - majoriti bertambah, Tulisan warna merah - majoriti menurun

Sekiranya kita lakukan analisa di atas kemenangan BN di kawasan Felda, kita akan melihat, perubahan positif berlaku di semua saluran dan peti undi. Kita juga dapat merungkaikan analisa seperti belikut :-

1) Walaupun terdapat penurunan undi di beberapa saluran BN, namun perkara yang sama juga berlaku terhadap undi PAS.
2) Kesemua peti undi telah di menangi oleh BN dengan pertambahan majoriti.
3) Perbezaan undi di Felda Jengka 2 berbeza di sebabkan oleh pertambahan saluran iaitu saluran 3.
4) Majoriti masyarakat Felda ( lebih dari 70%) mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda di dalam membantu mereka.
5) Peningkatan undi dikalangan generasi muda Felda terhadap BN.
6) Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS.

Kemenangan kepada BN juga adalah di disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah :-

1) Masyarakat Felda terutamanya peneroka dan generasi muda menolak dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan serta Felda.
2) Masyarakat Felda menolak kerjasama PAS, PKR dan DAP
3) Masyarakat Felda menolak Anwar Ibrahim kerana kebenaran 'Siapakah Anwar' telah semakin terbongkar
4) Masyarakat Felda menolak cara pendekatan pembangkang yang menggunakan fitnah untuk meraih undi. Contohnya :- sijil calon BN di Kerdau dan fitnah terhadap imam di Felda Tenang.
5) Segala usaha yang dilakukan oleh Felda dan Kerajaan diiktiraf oleh masyarakat Felda.
6) Kebencian yang timbul terhadap pembangkang apabila mereka dihina dan digelar macam-macam oleh pembangkang seperti 'Stok Penimbal BN' dan sebagainya.
7) Penyebaran maklumat yang tepat melalui media internet seperti blog telah dapat mematahkankan isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.

Walaupun keputusan kali ini bertambah baik di kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh memandang ringan dan bersikap lepas tangan terhadap kebajikan masyarakat Felda. Usaha-usaha perlu di pertingkatkan dan segala kelemahan terhadap pengurusan peneroka hendaklah di tangani segera.

Kerajaan dan pengurusan Felda perlu berterusan turun ke bawah (grassroot) dan memberi penjelasan serta penerangan kepada segala permasalahan yang timbul. Disamping itu, usaha untuk mendekatkan diri dengan generasi muda hendaklah ditingkatkan lagi. Insyaallah, masyarakat Felda akan berterusan menjadi kubu yang kuat kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13 akan datang.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak keselamatan terutamanya POLIS di dalam menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka, sudah pasti perjalanan pilihanraya akan terganggu dengan provokasi yang melampau oleh penyokong-penyokong pembangkang. TERIMA KASIH.

Anak Jati Felda

Sunday, March 6, 2011

Undi Kepada BN Di Kawasan Felda Di Jangka Meningkat


Mengikut maklumat risikan dari rakan-rakan di Felda Jengka 22, 23 dan 25, undi kepada BN di jangka meningkat. Peningkatan ini adalah susulan dari perkara seperti berikut :-

1) Gerakan jentera BN yang sistematik, mesra rakyat dan strategik.
2) Penghinaan yang di lakukan oleh PAS terhadap peneroka dan generasi muda Felda
3) Calon PAS yang tidak mesra dan sombong
4) Provokasi melampau PAS
5) Kehadiran 'Mr Y' a.k.a. Anwar Ibrahim yang terang-terang di tolak masyarakat Felda

Sama-samalah kita lihat malam nanti dan kami akan buat satu 'post mortem' keputusan yang akan diperolehi.

Anak Jati Felda

Wednesday, March 2, 2011

Pengacau Felda Sudah Timbul Di Jengka 23

Artikel ini baru sahaja keluar di laman portal pembangkang yang bertajuk "PAS dakwa Felda Plantation organisasi haram". Seperti biasa, orang yang membuat kenyataan ini, tidak lain ialah Saudara Mazlan Aliman.

Beliau agak menyepi sepanjang tempoh kempen dan hanya timbul semalam di Felda Jengka 23. Agaknya beliau baru pulih semangat selepas 2 kali terlepas menjadi calon PAS. Sebelum ini juga, beliau tidak dapat menjadi calon di DUN Tenang di mana terdapatnya kawasan Felda di situ. Mungkin juga beliau sedar bahawa, dengan kehadiran beliau di kawasan-kawasan Felda, undi kepada PAS akan merosot.

Dari rakan-rakan di Tanah Rancangan, mereka memaklumkan bahawa masyarakat Felda tidak suka dengan cara Mazlan Aliman serta ANAK memanipulasi isu-isu yang menjerat peneroka untuk menyaman Felda. Semalam Mazlan sudah memulakan dengan isu yang sering beliau timbulkan iaitu Felda Plantation itu haram. Isu ini bukanlah satu perkara yang baru tetapi cuba ditonjolkan lagi semasa kempen di Jengka 23.

Sebelum kita menjawab persoalan yang beliau timbulkan ini, apakah pandangan beliau dengan "Ladang Rakyat" yang sedang di laksanakan di Kelantan? Secara logiknya, untuk mengubah apa yang dilaksanaka oleh Kerajaan Persekutuan mungkin akan mengambil masa tetapi untuk membetulkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan lebih mudah kerana ianya baru lagi dilaksanakan. Namun, kita yakin... Mazlan tidak akan berani berkata apa-apa yang akan menjejaskan peluang beliau untuk menjadi calon di PRU ke 13 nanti.

Oh ya.... katanya Mazlan kena booo semalam....kesian....

Calon PAS Mengedar Risalah Meracun Minda Generasi Muda



Secara kesimpulan, apa yang di nyatakan di dalam propaganda PAS ialah :

1) 2011 - Masa Untuk Berubah
2) 2011 - Adalah Tahun Milik Anak Muda

Seterusnya mengajak anak muda bersama PAS membuat perubahan. Dari kalender ini, kita dapat kaitkan propaganda PAS dengan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah sekarang. PAS sedang mengambil kesempatan membawa semangat kebangkitan anak muda di sana untuk dilakukan juga di Malaysia.

Namun PAS lupa bahawa Kerajaan Barisan Nasional sangat prihatin kepada orang muda dan orang muda sekarang bukan lagi mudah untuk ditipu. Propaganda yang mereka lakukan ini sebenarnya akan berpusing dan berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional telah banyak berjasa kepada rakyat. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan untuk membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir baru-baru ini. Walaupun ada di kalangan mereka yang tidak mahu berterima kasih kepada Kerajaan, namun YAB Perdana Menteri sedikitpun tidak tersinggung kerana kerajaan di bawah kepimpinan beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan. Akhirnya, anak-anak muda ini sedar sendiri dengan keikhlasan Kerajaan...

Percayalah, dengan pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, pada pilihanraya kecil dan seterusnya PRU ke 13 nanti, anak-anak muda ini sudah kembali menyokong Barisan Nasional. Sama-samalah kita lihat nanti.

ANAK MUDA BERSAMA BN! UNDILAH BN!

Tuesday, March 1, 2011

Berita Terkini : Calon PAS DUN Kerdau Memang Sombong

Ini bukan fitnah dan peristiwa ini berlaku pada pagi hari ini di depan rakan-rakan serta masyarakat kampung di sebuah gerai minuman, Felda Jengka 23.

Mengikut cerita rakan-rakan, semasa mereka sedang minum, tiba-tiba Calon PAS, Tuan Hassanudin Salim datang bersama rombongannya. Seperti biasa, beliau bersalaman dengan semua yang berada di situ. Di samping itu, beliau juga menghulurkan kalender propaganda PAS untuk meraih undi.

Apa yang menarik, beliau kelihatan begitu sombong untuk beramah mesra dengan semua yang ada di situ. Malah ada dikalangan penduduk yang menjemput beliau untuk minum bersama, namun beliau telah menolak pelawaan penduduk tersebut. Kalau mengikut adab orang melayu, tak baik menolak rezeki. Kalau lah sekiranya, beliau berhati dan berjiwa rakyat, apalah salahnya ambil masa 5 minit untuk memenuhi permintaan orang. Itu belum jadi YB lagi....kalau jadi YB nanti, lagilah tak tahu apa yang akan beliau buat.

Saya juga telah membuat beberapa kajian dengan menebual beberapa sumber-sumber dalaman PAS.... rupa-rupanya, calon PAS ini tidaklah berapa di sukai oleh orang PAS sendiri kerana mempunyai sikap yang tidak disenangi mereka. Apa nak buat.... Nasib kau lah Labuuuuu....

UNDI BN! TOLAK PAS!