FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Sunday, February 27, 2011

Dari mana Sumber Pendapatan Mazlan Aliman?

Saudara Mazlan Aliman telah mula di kenali oleh ramai pihak semasa Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Sebelum ini, beliau hanya di kenali di Felda, peneroka-peneroka dan mereka yang mempunyai kaitan dengan Felda sahaja. Beliau kononnya dikatakan seorang yang memperjuangkan keadilan untuk peneroka Felda serta Generasi Muda Felda. Namun hakikatnya, beliau adalah 'opoturnis' yang hanya menggunakan isu yang boleh membawakan keuntungan kepada beliau.

Saya berkata begini kerana sekiranya beliau ikhlas, beliau akan memperjuangkan ketidakadilan tanpa mengira fahaman politik. Namun memandangkan beliau juga adalah AJK PAS Pusat, perjuangannya hanya untuk kepentingan PAS sahaja. Sebab itulah beliau tidak mengungkit kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di Kelantan (isu Ladang Rakyat), Selangor (penyalahgunaan wang rakyat) dan Kedah (ketidakadilan termasuklah kepada penyokong PAS sendiri). Ini adalah kerana, sekiranya di sentuh, silap-silap tak dapat jadi calon pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kalau nak diikutkan dengan program dan aktiviti Saudara Mazlan ini, beliau memanglah seorang yang sangat sibuk. Mengikut teman-teman rapat Mazlan, jadual beliau memang padat. Ada saja mensyuarat dan ceramah yang perlu beliau hadir pada setiap hari dan ianya boleh dikatakan ke seluruh negara. Namun, pernah kah kita terfikir, dari manakah sumber pendapatan beliau? Beliau mempunyai isteri dan anak-anak yang perlu di beri makan serta tempat tinggal. Kalau kerjanya kehulu-kehilir bermesyuarat dan berceramah memburukkan kerajaan serta Felda, dari mana dia dapat duit???? Insyaallah segala maklumat tentang dari mana datangnya pendapatan beliau akan didedahkan apabila maklumat tersebut saya terima nanti.

Sekarang ini beliau sedang sibuk di DUN Kerdau kerana ada 3 kawasan Felda di situ... Sekali lagi kesian kat Mazlan kerana tidak terpilih menjadi calon. Ya lah, ada 3 kawasan Felda di situ....

Friday, February 25, 2011

Mazlan Aliman Penyokong Kuat Haji Hadi???

Foto ini di petik dari satu laman blog seorang peneroka Felda yang memang 'tok-tok' penyokong kuat PAS. Dimaklumkan bahawa foto ini di ambil semasa satu majlis himpunan warga Felda di Terengganu.

Sebelum saya komen tentang tajuk di atas, saya hendak komen betapa tak bersyukurnya penulis yang juga mengambil foto ini. Bayangkan, beliau yang merupakan seorang peneroka di Pekan, Pahang, boleh pergi ke Kuala Terengganu untuk mengikuti majlis ini...
maknanya, beliau mempunyai banyak masa dari menghabiskan masa di kebun sawitnya. Beliau juga mempunyai kamera yang bagus untuk mengambil foto ini. Saya berkata begini kerana beliau telah memaklumkan di dalam blog beliau. Ini membuktikan bahawa beliau sudah semakin senang melalui kehidupan sebagai seorang peneroka...namun seperti biasa, manusia sering tidak bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi. Saya yakin, rumah beliau juga sudah semakin baik dari 10 tahun dulu manakala beliau juga sudah mempunyai kereta sendiri.

Semua tahu bahawa perpecahan di dalam PAS sangat ketara pada ketika ini. Mereka yang didalam parti PAS sahaja yang dapat merasakan bahang perpecahan ini. Di dalam PAS, terdapat banyak puak atau kumpulan. Terdapat 2 kumpulan yang paling berpengaruh iaitu kumpulan Haji Hadi dan kumpulan Nik Aziz. Kedua-dua kumpulan ini memang tidak 'sebulu' lebih-lebih lagi di katakan kumpulan Haji Hadi ini pro kepada perpaduan melayu manakala kumpulan Nik Aziz, pro kepada Anwar Ibrahim. Dengan fatwa-fatwa serta komen-komen yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz, dikatakan telah menambahkan perpecahan ini. Bayangkan, Haron Din pun tak dapat nak komen lebih-lebih walaupun tahu kesalahan yang telah di lakukan oleh Nik Aziz. Oleh kerana Nik Aziz adalah Murshidul Am PAS, maka semuanya ditelan sahaja.

Semua kepimpinan PAS mempunyai kem masing-masing termasuklah Mazlan Aliman. Dari sumber-sumber yang boleh di percayai, Mazlan adalah pro kepada Haji Hadi Awang. Pernah beliau mengkritik dan mempersoalkan kepimpinan dan tindak tanduk Nik Aziz. Beliau memang 'tak sebulu' dengan pendirian Nik Aziz namun, sebagai pengikut, beliau juga terpaksa 'menurut' sahaja. Nanti kalau komen lebih-lebih, tak boleh jadi calon pulak. lagipun pilihanraya dah nak dekat.

Dari rakan-rakan rapat Mazlan, di maklumkan bahawa Haji Hadi sentiasa menyokong penuh segala program yang di buat Mazlan termasuklah majlis seperti foto di atas. Siap gambar Haji Hadi besar kat belakang Mazlan. Baru-baru ini, Mazlan telah mengadakan satu perjumpaan dengan anak-anak peneroka di Lembah Kelang. Ia telah di adakan di Dewan Kediaman EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang pernah dahulu dikatakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjual sahaja tempat ini kerana di katakan pembaziran Kerajaan Barisan Nasional. Secara logiknya, untuk menggunakan kemudahan ini, sudah semestinya perlu ada 'link' atau 'cable' yang kuat... Mana tidaknya, ia sepatutnya hanya untuk kegunaan EXCO atau orang-orang yang rapat dengan EXCO sahaja. Di dalam program ini, Mazlan di katakan berucap dengan berapi-api di hadapan beribu-ribu....bukannya orang, tapi nyamuk. Yang hadir adalah lebih kurang 30 orang termasuklah AJK ANAK sendiri. (Lihat foto dibawah)

Kepada para pembaca artikel ini yang merupakan penyokong Mazlan Aliman, ketahuilah rahsia ketua kamu ini iaitu beliau adalah penyokong kuat Haji Hadi. Kepada pembaca yang lain, marilah sama-samalah saudara nilaikan sendiri, apa yang sebenarnya berlaku didalam PAS. PAS kononnya sangat cantik, tetapi di dalamnya sangat buruk.





Wednesday, February 16, 2011

Akibat Kekalahan di Tenang, ANAK Di Ambang Perpecahan


Menurut mereka terdapat AJK dan pengikut-pengikut setia ANAK amat tidak berpuas hati dengan pendekatan Saudara Mazlan Aliman. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut :-

1) Mazlan menggunakan platform ANAK untuk mencapai cita-cita politik beliau. Dikatakan, dia hanya kehulu-kehilir dengan kepimpinan PAS sahaja.
2) Cara pendekatan Mazlan yang berterusan mencabar Dato Ahmad Maslan untuk berdebat tidak di sukai sedangkan peneroka hanya mahu selesaikan masalah mereka melalui dialog. Melalui berdebat, tidak ada apa-apa yang akan tercapai.
3) Pembohongan yang berlaku di dalam risalah propaganda PAS tentang kematian di Felda Tenang sangat memalukan. Rata-rata peneroka sangat marah terhadap perkara tersebut.

Ini hanyalah sebahagian sahaja sebab-sebab mengapa mereka tidak berpuas hati terhadap ANAK dan Mazlan Aliman. Sekiranya betul apa yang di khabarkan, ini adalah tanda awal perpecahan bakal berlaku dalam ANAK.

Rakan saya berjanji akan mengumpulkan lebih banyak bukti berkaitan hal ini... Kita tunggu nanti.....

Thursday, February 3, 2011

GONG XI FA CAI


AJF Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Kepada Semua Rakyat Malaysia Terutamanya Kepada Mereka Yang Telah Banyak Membantu Peneroka-Peneroka Felda Di Seluruh Negara

Wednesday, February 2, 2011

Komen Terhadap Artikel 'Tenang : Dah Tenggelam Pun Masih Sokong'

Tersenyum saya apabila membaca satu artikel di dalam satu laman portal pembangkang mengenai pencacai-pencacai PAS yang tidak puas hati dengan kekalahan mereka di Tenang. Di dalam artikel bertajuk 'Tenang : Dah Tenggelampun Masih Sokong' telah memperkecilkan mentaliti dan daya pemikiran masyarakat Felda.

Semua peneroka dan generasi muda Felda yang tidak mengundi PAS di panggil 'BODOH' dan tidak tahu berfikir. Bermacam-macam lagi luahan yang telah di tulis seolah-olah mereka sahaja lah yang betul.

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar, tapi cukuplah dengan 'paste' jawapan ringkas dari seorang hamba Allah (orang PAS) yang boleh berfikir di dalam 'Forum' di portal tersebut...

Sebelum kamu mencerca orang Felda dengan berbagai penghinaan, kamu lihat dulu apa pandangan mereka tentang PAS. Ini lah sebab utama mereka tidak mengundi PAS.

1) Sejarah

Yang menubuhkan Felda ialah UMNO. UMNO lah yang merubah nasib mereka daripada papa kedana di kampung menjadi senang lenang sekarang duduk di rumah batu di Felda. PAS tiada bersejarah membantu kehidupan orang Felda.

2) Pembangunan

Yang membantu orang Felda membina kehidupan selama puluhan tahun ialah UMNO. UMNO lah mentulangi belakang pembangunan Felda dan memberi sinar. Merekalah yang mencipta berbagai pogram pembangunan Felda. PAS tidak mengambil bahagian langsung dan tidak pernah membicarakan tentang pembangunan Felda. Pada mereka, PAS tidak tahu menguruskan pembangunan.

3) Sturuktur organisasi perkampungan Felda

Hampir 100% JKKK Felda dikuasai orang2 UMNO. Segala projek dan peruntukan seperti pembahagian tanah generasi kedua dan kontrak2 di Felda di kawal oleh taiko2 UMNO. Surat sokongan anak2 menyambung pelajaran di universiti dan permohonan biasiswa akan hanya di beri untuk penyokong UMNO. Lesen2 perniagaan kecil2an diFelda diberi secara terpilih. PAS tak der pun tak per.

4) Penghayatan agama

Cukuplah bagi mereka dapat bersolat dan menjalankan ibadah seharian. Sekali sekala ada juga program2 agama seperti ceramah dan sambutan maulidur rasul. Mereka kuat beranggapan bahawa kepercayaan Islam mereka adalah betul dan tidak menyalahi kehendak agama. Bagi mereka dakwah PAS hanya memecah belah untuk kepentingan politik.

5) Jatuh bangun bersama UMNO

Mreka berdarah karat biru tidak akan berpaling keparti lain. Pertalian sejarah dan sosioekonomi yang kuat antara UMNO dan orang2 Felda membuatkan mereka sanggup jatuh dan bangun bersama UMNO. Bagi mereka, jika UMNO 'sakit', mereka akan bersabar dan tidak sekali2 akan menolak. Mereka tidak akan mengkhianati 'pengorbanan' dan 'sumbangan' UMNO selama ini.

So, atas faktor2 diatas, kamu jangan ingat kempen 7,8 hari kamu tu boleh memberi kesan kepada mereka.

Namun begitu, sejak 1998, PAS sudah mula memperkukuhkan tapak. Kalau sebelum itu, 10% undi pun payah, sekarang ini PAS sudah ada sekurang2nya 30% base di tanah2 rancangan. Dengan usaha gigih berterusan dan ditambah 'impact' seperti kes anwar ibrahim 1998, tidak mustahil base itu akan bertambah menjadi majoriti.

Allah Maha Melihat dan Perancang Terbaik.

Wallhualam.