FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, August 24, 2011

Terima Kasih Perdana Menteri, Felda - Peneroka


Ikuti luahan peneroka-peneroka terhadap Perdana Menteri dan Felda. Mereka ini bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Tahukah kita, di luar sana, ramai lagi rakyat Malaysia yang mencemburui peneroka apa bila melihat berbagai kemudahan dan kelebihan yang telah di berikan? Fikirkanlah...

JASIN 21 Ogos - "Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Felda kerana sentiasa menjaga kebajikan kami."

Demikian ungkapan peneroka Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin selepas menerima sumbangan duit raya dari Felda dalam satu majlis di sini, semalam.

Kebanyakan warga peneroka ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Felda kerana mengekalkan tradisi pemberian duit raya sejak 2003 dan pada tahun ini sebanyak RM42.6 juta diperuntukkan kepada 313 tanah rancangan seluruh negara.

Peneroka asal Felda Tun Ghafar Kemendor, Lit Aman, 75, berkata dengan sumbangan duit raya ini jelas membuktikan keikhlasan dan keprihatinan Felda dan kerajaan kepada warga peneroka, terutamanya ketika umat Islam akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Sumbangan RM400 atau RM200 seorang ini dapat membantu meringankan beban kebanyakan peneroka dalam menyediakan keperluan untuk Ramadan dan hari raya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagi Md. Nasir Ismail, 49, juga dari Felda Tun Ghafar Kemendor, pemberian duit raya itu tepat pada masanya memandangkan Ramadan bakal berakhir tidak lama lagi dan sudah semestinya persiapan menyambut Syawal sedang dilakukan.

"Selain menyediakan pakaian baharu untuk seisi keluarga terutama anak-anak, perbelanjaan juga bertambah bagi menyediakan juadah untuk hidangan hari raya. Justeru, pemberian ini tepat pada masanya," katanya.

Bagi Yusrefah Mohd. Ninggal, 40, dari Felda yang sama berkata, Felda tidak 'memilih bulu' dalam memberikan sumbangan duit raya berkenaan malah peneroka yang tidak menghantar hasil kepada Felda dan melaksanakan tanam semula secara persendirian juga turut menikmati walaupun jumlahnya cuma RM200.

"Inilah keistimewaan Felda, setiap individu yang berada di tanah rancangan pasti akan menikmati bantuan atau sumbangan yang diberikan sama ada daripada segi wang ringgit, bantuan persekolahan dan banyak lagi," katanya.

No comments:

Post a Comment