FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, August 15, 2011

Ada Pihak Tak Senang Hati Kemajuan Masyarakat Peneroka


Felda dan Kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai program dan aktiviti untuk peneroka dan generasi muda Felda. Boleh di katakan peneroka sangat beruntung dengan apa yang telah di sediakan oleh Felda bagi membangunkan kehidupan mereka. Adakah kita tidak bersyukur lagi??? Jangan biarkan pengkhianat Felda menghancurkan kita.


Kejayaan FELDA bukti program transformasi dahului zaman


KOTA TINGGI: Kejayaan FELDA memajukan masyarakat negara ini yang suatu ketika dulu berasal daripada keluarga miskin kepada kelompok berpendapatan sederhana, kini menjadi bukti program transformasi kerajaan yang mendahului zaman, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Kejayaan ini menjadi jasa perjuangan kerajaan selama ini kepada 114,000 keluarga FELDA di seluruh negara, menyebabkan ada pihak tidak senang hati kerana mereka melihat masyarakat peneroka kini menjadi tunggak kepada kerajaan hari ini.

“Berikutan itu, sengaja ditimbulkan cerita kononnya FELDA bankrap dan cuba menyerang agensi ini kerana melihat kawasan tanah rancangan menjadi kubu kuat kerajaan serta Barisan Nasional (BN). Masakan agensi bankrap mampu bayar bonus dan zakat. Malah ketika Ramadan tahun ini, FELDA bayar RM3 juta di Johor dan RM5 juta di Pahang. “Kejayaan FELDA juga menyaksikan ada anak peneroka mampu memperoleh kelulusan sehingga Doktor Falsafah (PhD) dan bukannya penyakit hasad dengki seperti pihak tertentu kepada kejayaan FELDA,” katanya ketika berucap di Program Rahmat Ramadan

Warga FELDA peringkat kebangsaan di Masjid Al-Ikhwan Felda Adela di sini, petang semalam. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad serta Pengurus Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Sejurus tiba di gugusan tanah rancangan di sini, Perdana Menteri meluangkan masa singgah di tiga rumah peneroka di FELDA Tunggal, yang baru-baru ini dipilih menerima Anugerah Khas Kecemerlangan FELDA 2011 untuk berkongsi wang tunai RM1 juta.

Selain menghadiri majlis bersama peneroka di FELDA Adela dan Tunggal, Perdana Menteri turut menyertai khatam al-Quran dan berbuka puasa bersama masyarakat peneroka di FELDA Air Tawar 2. Perdana Menteri berkata, pendapatan sehingga RM4,000 sebulan di kalangan peneroka FELDA yang mengusahakan sendiri kebun masing-masing ketika ini, meletakkan mereka dalam kelompok masyarakat berpendapatan pertengahan di negara ini.

Malah kata Najib, dengan jumlah pendapatan berkenaan di kawasan FELDA, peneroka mempunyai nilai berganda lebih baik berbanding golongan makan gaji dengan pendapatan sama di kawasan bandar. “Banyak yang sudah kita buat dan banyak lagi yang akan dibuat. Saya harap kejayaan ini menjadikan FELDA sebagai sebuah institusi yang kuat dalam dan luar negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment