FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Wednesday, August 31, 2011

Felda Cermin Kejayaan Malaysia



Ikuti artikel menarik yang di keluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.


Felda cermin kejayaan Malaysia

Oleh AZMAN ANUAR rencana@utusan.com.my

SAMBUTAN Hari Merdeka ke-54 dan Hari Raya Aidilfitri 1423H pada tahun ini amat bermakna kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana 112,635 penerokanya mendapat 'duit raya' berjumlah RM42.6 juta.

Sebagai mana bapa, ibu, pak cik dan mak cik mereka mengusahakan tanah yang diteroka lebih 50 tahun lalu, maka generasi kedua dan ketiga Felda membesar dan melihat bagaimana skim tanah rancangan itu membangun seiring dengan kemajuan negara. Daripada belantara dan bukit-bukau di kawasan penempatan tanah rancangan Lurah Bilut, Pahang kini banyak kawasan lain dibuka hingga menjadi kawasan pembangunan yang diidam-idamkan. Warga dari segenap pelosok negara dikumpulkan untuk menjalani satu cara penghidupan yang bersistem dan menjadikan mereka masyarakat Felda yang berjiwa maju.

Penubuhan Felda lebih 50 tahun lalu memang tepat pada masanya memandangkan negara berada di ambang kemerdekaan. Rakyat yang merdeka dijanjikan kebebasan dan kemakmuran.
Sebelum merdeka, pembukaan tanah secara besar-besaran dipelopori ladang swasta yang kebanyakannya dimiliki warga asing atau syarikat dari England. Syarikat asing itu pula menguasai 70 peratus ladang berkenaan, diikuti 23 peratus milik peniaga Cina seperti Lee Rubber Estare Ltd dan tujuh peratus milik usahawan India. Kini Felda adalah pemilik dan pengurus estet terbesar dunia dengan tanah seluas 880,000 hektar kebanyakannya di Malaysia.
Daripada skim pembangunan masyarakat, dari semasa ke semasa Felda mengorak langkah menceburi bidang perniagaan. Daripada satu perniagaan ke satu yang lain, memperlihatkan satu demi satu kejayaan dicapai. Misi 50 tahun pertama penubuhan Felda sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup mereka lebih sempurna.

Selain daripada syarikat minyak nasional Petronas, Malaysia tidak ada nama syarikat multinasional yang begitu gah namanya di serata dunia. Sebab itu kita mengalu-alukan daya usaha Felda Global Ventures Holdings yang ditubuhkan pada 2007, sebagai sayap pelaburan Felda untuk berkembang ke luar negara. Kumpulan Felda kini mempunyai 80 syarikat yang aktif. Sebagai sebuah entiti bebas dan tidak lagi bergantung pada bantuan atau dana daripada kerajaan, apa sahaja pendapatan dan keuntungan dijana oleh Kumpulan Felda, para peneroka juga akan menikmatinya secara bersama.

Ia boleh diterima dalam bentuk pembangunan komuniti, infrastruktur, tanggungjawab sosial korporat, biasiswa, pendidikan, tanaman semula, bantuan kewangan dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang dilakukan Felda semenjak beberapa tahun lalu adalah bagi memenuhi keperluan komuniti Felda sendiri yang juga berubah mengikut peredaran semasa.
Misalnya pada 1996, Felda telah diperbadankan sebagai Felda Holdings dengan objektif merancakkan aktiviti komersial melalui beberapa anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai perniagaan.

Ketika peneroka sibuk mengusahakan tanah-tanah mereka, Felda Holdings dan Felda Global pula memperluaskan operasinya yang majoritinya berkaitan dengan kepakarannya dalam urusan peladangan. Tidak ketinggalan dalam membantu meningkatkan pendapatan peneroka dalam pemberian dividen yang tinggi setiap tahun ialah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pada tahun lalu sahaja KPF dilaporkan membayar dividen 15 peratus dan purata tahunan 14 peratus sejak 10 tahun lalu kepada ahlinya yang terdiri daripada peneroka dan kakitangan Felda. Bayaran dividen ini lebih tinggi daripada yang diberi oleh saham-saham amanah Permodalan Nasional Berhad.

Kejayaan ini menjadi jasa perjuangan kerajaan selama ini kepada keluarga peneroka Felda di seluruh negara, menyebabkan ada pihak tidak senang hati. Berikutan itu, sengaja ditimbulkan cerita kononnya Felda bankrap dan cuba menyerang agensi ini kerana melihat kawasan tanah rancangan menjadi kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN). Felda sebenarnya tidak lagi menerima geran dan bantuan kewangan daripada kerajaan sejak 1996 selepas menyelesaikan hutang Bank Dunia dan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM400 juta setahun. Jadi ia menunjukkan Felda mampu mengurus kewangannya dan cerita Felda bangkrap adalah karut.
Baru-baru ini Felda Global menyenaraikan syarikat gulanya MSM di Bursa Malaysia - yang pertama sebuah syarikat Felda disenaraikan - berjaya memberi keuntungan hampir RM300 juta kepada Koperasi Permodalan Felda yang memiliki pegangan saham 20 peratus dalam MSM.
Berikutan kejayaan itu, timbul spekulasi penyenaraian Kumpulan Felda di Bursa malaysia sebagaimana dicetuskan daripada idea Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003 dahulu. Para peneroka kini mahu melihat kaedah meningkatkan pendapatan mereka melalui cara yang berbeza. Kalau dahulu dengan tangan dan cangkul, tetapi dengan terbukti penyenaraian MSM, mereka juga mengharapkan mendapat laba jika Kumpulan Felda turut disenaraikan.

Di alaf fasa kedua 50 tahun pertumbuhan Felda, punca pendapatan peneroka bukan hanya akan datang daripada hasil tanah yang diusahakan tetapi akan juga melalui pelaburan di dalam KPF.
Salah satu kelebihan apabila Felda disenaraikan - modal yang diperolehi boleh dimanfaatkan untuk dana penyelidikan dan pembangunan (R&D), meningkatkan produk dan tekonologi untuk memudahkan kerja-kerja peneroka.

KPF dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda. Hanya mereka sahaja layak melabur dalam KPF. Jadi jika Felda disenaraikan, keuntungan akan disalurkan semula kepada KPF. Jika purata dividen KPF ialah 15 peratus, bayangkan berapa jumlah diperolehinya jika Kumpulan Felda disenaraikan? Jangan kita lupa, Felda adalah cermin kejayaan konglomerat Malaysia yang mempunyai kekuatan dan nama yang gah. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-54.

Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Dengan rendah diri, AJF ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pembaca, blogger, rakan-rakan seperjuangan dan kepada semua umat Islam di dunia ini.






Maaf Zahir Dan Batin

Felda Prihatin Kepada Warga Peneroka Dan Keluarganya



Sungguh bangga menjadi Generasi Muda Felda kerana berbagai-bagai kemudahan telah diberikan oleh Felda dan Kerajaan kepada semua warga Felda. Walaupun tidak semuanya sempurna, namun Felda dan Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik kepada warga Felda. Yang terbaru, kedai 1Malaysia DMart telah di lancarkan di tanah-tanah Rancangan Felda.






PM lancar kedai 1Malaysia DMart di Felda




PEKAN 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan secara serentak 250 kedai 1Malaysia DMart yang dibina di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara.




Pelancaran tersebut berlangsung di kedai 1Malaysia DMart di Felda Chini Timur 2 di sini.
Dalam ucapan perasmiannya, Najib berkata, semua kedai 1Malaysia DMart akan menjual barangan keperluan yang menggunakan logo 1Malaysia.




"Antaranya seperti susu tepung, sardin, jus oren, sos cili dan kicap yang kesemuanya dijual dengan harga yang lebih murah daripada biasa serta mempunyai kualiti seperti barang yang berjenama," katanya. Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Pengarah Urusan Mydin Holdings, Datuk Ameer Ali Mydin.
Menurut Najib, dengan adanya kedai ini, rakyat dapat berjimat sebanyak 30 hingga 40 peratus perbelanjaan harian.




''Sebagai contoh, sos cili yang berjenama dijual dengan harga RM2.10 sebotol tetapi di sini hanya dijual pada harga RM1.80, manakala lampin bayi dijual dengan harga RM18.50 berbanding dengan yang berjenama iaitu berharga RM30.20," katanya. Najib berharap, dengan kewujudan kedai ini semua rakyat mendapat faedah terutamanya peneroka Felda.



Tambah beliau lagi, penubuhan kedai ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap rakyat. "Sebelum ini pembangkang menggelarkan BN ini sebagai barang naik, namun setelah kewujudan kedai ini mereka semua diam," katanya. Dalam pada itu, pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Felda Chini Timur 2, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.88 juta untuk kawasan Gugusan Felda Chini.




Katanya, peruntukan itu termasuk untuk membaiki, membina dan menaik taraf kemudahan di kawasan Gugusan Felda Chini termasuklah klinik kesihatan, masjid dan dewan.

Wednesday, August 24, 2011

Terima Kasih Perdana Menteri, Felda - Peneroka


Ikuti luahan peneroka-peneroka terhadap Perdana Menteri dan Felda. Mereka ini bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Tahukah kita, di luar sana, ramai lagi rakyat Malaysia yang mencemburui peneroka apa bila melihat berbagai kemudahan dan kelebihan yang telah di berikan? Fikirkanlah...

JASIN 21 Ogos - "Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Felda kerana sentiasa menjaga kebajikan kami."

Demikian ungkapan peneroka Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin selepas menerima sumbangan duit raya dari Felda dalam satu majlis di sini, semalam.

Kebanyakan warga peneroka ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Felda kerana mengekalkan tradisi pemberian duit raya sejak 2003 dan pada tahun ini sebanyak RM42.6 juta diperuntukkan kepada 313 tanah rancangan seluruh negara.

Peneroka asal Felda Tun Ghafar Kemendor, Lit Aman, 75, berkata dengan sumbangan duit raya ini jelas membuktikan keikhlasan dan keprihatinan Felda dan kerajaan kepada warga peneroka, terutamanya ketika umat Islam akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Sumbangan RM400 atau RM200 seorang ini dapat membantu meringankan beban kebanyakan peneroka dalam menyediakan keperluan untuk Ramadan dan hari raya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagi Md. Nasir Ismail, 49, juga dari Felda Tun Ghafar Kemendor, pemberian duit raya itu tepat pada masanya memandangkan Ramadan bakal berakhir tidak lama lagi dan sudah semestinya persiapan menyambut Syawal sedang dilakukan.

"Selain menyediakan pakaian baharu untuk seisi keluarga terutama anak-anak, perbelanjaan juga bertambah bagi menyediakan juadah untuk hidangan hari raya. Justeru, pemberian ini tepat pada masanya," katanya.

Bagi Yusrefah Mohd. Ninggal, 40, dari Felda yang sama berkata, Felda tidak 'memilih bulu' dalam memberikan sumbangan duit raya berkenaan malah peneroka yang tidak menghantar hasil kepada Felda dan melaksanakan tanam semula secara persendirian juga turut menikmati walaupun jumlahnya cuma RM200.

"Inilah keistimewaan Felda, setiap individu yang berada di tanah rancangan pasti akan menikmati bantuan atau sumbangan yang diberikan sama ada daripada segi wang ringgit, bantuan persekolahan dan banyak lagi," katanya.

Monday, August 15, 2011

Pembangunan Minda Sasaran Baru Felda


"Tuntutlah Ilmu Hingg Ke Negeri China"... Sasaran Felda untuk memberi fokus kepada pembangunan minda memang tepat sekali. Ikuti artikel menarik yang di petik dari Utusan Malaysia :-


KOTA TINGGI 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan minda penduduk tanah rancangan adalah sasaran Felda untuk tempoh 50 tahun akan datang selepas menumpukan kepada pembangunan fizikal sejak setengah abad lalu.

Perdana Menteri berkata, Felda perlu mempunyai kekuatan dalam menghadapi ujian masa kini kerana penguasaan ilmu adalah penting supaya masyarakatnya mempunyai kemampuan setanding dengan mereka di bandar.

"Kalau kita lihat hari ini rumah-rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo, yang kalau di Kuala Lumpur harganya mungkin mencecah RM1.5 juta. Ramai yang mempunyai kereta, sebahagiannya dua buah dan ada yang memiliki empat buah kereta.

"Proses transformasi ini akan kita perjuangkan agar maruah dan martabat negara kita diletakkan di tempat yang paling tinggi, Insya-Allah," katanya dalam ucapan perasmian Program Rahmat Ramadan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2011 di Masjid Al-Faizin, Felda Air Tawar 2, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamed Isa Samad dan Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan cek duit raya berjumlah RM42.6 juta kepada Pengurus Besar 11 Wilayah Felda iaitu Terengganu, Gua Musang, Kuantan, Jengka, Mempaga, Alor Setar, Trolak, Raja Alias, Johor Bahru, Segamat dan Sahabat.

Najib sebelum itu sempat menghadiri majlis khatam al-Quran sebelum berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih bersama penduduk.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim dan enam orang warga emas berusia 90 tahun ke atas.

Ada Pihak Tak Senang Hati Kemajuan Masyarakat Peneroka


Felda dan Kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai program dan aktiviti untuk peneroka dan generasi muda Felda. Boleh di katakan peneroka sangat beruntung dengan apa yang telah di sediakan oleh Felda bagi membangunkan kehidupan mereka. Adakah kita tidak bersyukur lagi??? Jangan biarkan pengkhianat Felda menghancurkan kita.


Kejayaan FELDA bukti program transformasi dahului zaman


KOTA TINGGI: Kejayaan FELDA memajukan masyarakat negara ini yang suatu ketika dulu berasal daripada keluarga miskin kepada kelompok berpendapatan sederhana, kini menjadi bukti program transformasi kerajaan yang mendahului zaman, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Kejayaan ini menjadi jasa perjuangan kerajaan selama ini kepada 114,000 keluarga FELDA di seluruh negara, menyebabkan ada pihak tidak senang hati kerana mereka melihat masyarakat peneroka kini menjadi tunggak kepada kerajaan hari ini.

“Berikutan itu, sengaja ditimbulkan cerita kononnya FELDA bankrap dan cuba menyerang agensi ini kerana melihat kawasan tanah rancangan menjadi kubu kuat kerajaan serta Barisan Nasional (BN). Masakan agensi bankrap mampu bayar bonus dan zakat. Malah ketika Ramadan tahun ini, FELDA bayar RM3 juta di Johor dan RM5 juta di Pahang. “Kejayaan FELDA juga menyaksikan ada anak peneroka mampu memperoleh kelulusan sehingga Doktor Falsafah (PhD) dan bukannya penyakit hasad dengki seperti pihak tertentu kepada kejayaan FELDA,” katanya ketika berucap di Program Rahmat Ramadan

Warga FELDA peringkat kebangsaan di Masjid Al-Ikhwan Felda Adela di sini, petang semalam. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad serta Pengurus Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Sejurus tiba di gugusan tanah rancangan di sini, Perdana Menteri meluangkan masa singgah di tiga rumah peneroka di FELDA Tunggal, yang baru-baru ini dipilih menerima Anugerah Khas Kecemerlangan FELDA 2011 untuk berkongsi wang tunai RM1 juta.

Selain menghadiri majlis bersama peneroka di FELDA Adela dan Tunggal, Perdana Menteri turut menyertai khatam al-Quran dan berbuka puasa bersama masyarakat peneroka di FELDA Air Tawar 2. Perdana Menteri berkata, pendapatan sehingga RM4,000 sebulan di kalangan peneroka FELDA yang mengusahakan sendiri kebun masing-masing ketika ini, meletakkan mereka dalam kelompok masyarakat berpendapatan pertengahan di negara ini.

Malah kata Najib, dengan jumlah pendapatan berkenaan di kawasan FELDA, peneroka mempunyai nilai berganda lebih baik berbanding golongan makan gaji dengan pendapatan sama di kawasan bandar. “Banyak yang sudah kita buat dan banyak lagi yang akan dibuat. Saya harap kejayaan ini menjadikan FELDA sebagai sebuah institusi yang kuat dalam dan luar negara,” katanya.

Monday, August 8, 2011

Warga Felda Mesti Berhati-Hati... Awasi Keluarga Anda

Injil dalam bahasa Malaysia - Sebab itu KDN nak kawal supaya perkara 'Kristianisasi' tidak mudah berlaku

Sesal Dahulu Pendapatan... Sesal Kemudian Tiada Gunanya... Itulah pepatah melayu menjelaskan sesuatu perkara yang telah kita lakukan, kita tidak akan dapat mengubahnya lagi. Jika kita buat baik, baiklah kita perolehi dan sekiranya kita buat jahat, menyesal macammana sekali pun dah tidak dapat di ubah lagi.

Pesanan ini saya tujukan kepada seluruh warga Felda semua.

Usaha-usaha 'Kristianisasi' sedang di lakukan oleh orang Kristian terhadap umat Islam di Malaysia. Ia lebih mudah untuk di laksanakan apabila Pakatan Rakyat telah menghalalkan berbagai-bagai aktiviti untuk menjaga hati rakan-rakan mereka di dalam pakatan. Susulan dari perkara ini, segala aktiviti di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sangat mudah untuk mereka laksanakan kerana negeri-negeri ini di kuasai oleh mereka.

Antara aktiviti tersebut ialah :-

1) penjualan arak yang berleluasa
2) pertambahan rumah-rumah urut
3) pertambahan rumah-rumah iabadat bukan Islam yang tidak terkawal
4) penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam

Oleh itu, wahai warga Felda sekelian, tengok-tengoklah ahli keluarga kita yang berada di perantauan terutama sekali di Selangor... Ia sangat merisaukan....

Nota :

Wahai Mazlan Aliman.... Apa Yang Akan Kamu Lakukan???

Saturday, August 6, 2011

Wahai Khalid....Tanggunglah Dosa Di Atas Kejahilan Kamu

Keratan Akhbar Harian Metro Pada 6 Ogos 2011

Membaca perkembangan semasa berkenaan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor pada sebuah gereja di Damansara baru-baru ini benar-benar mengejutkan saya. Sekiranya pendedahan ini tidak di buat oleh JAIS, agaknya berapa ramai lagi orang-orang Islam akan terpengaruh dengan dakwah yang di lakukan oleh orang kristian ini.

Setakat ini sahaja, kita tidak tahu secara pasti berapa ramai orang Islam yang telah terpengaruh. Pemimpin pembangkang yang sepatutnya bertindak aktif untuk membenteras perkara ini hanya memandang dingin usaha pihak JAIS ini. Malah, mereka seperti di cucuk hidung mengikut suara-suara dari rakan DAP dan PKR hanya kerana untuk menjaga hati mereka-mereka ini. Pemimpin tersebut termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah pemimpin-pemimpin PAS juga telah terikut-ikut rentak MB Selangor ini.

Di sini saya mencabar Mazlan Aliman selaku AJK Pusat PAS untuk menyatakan pendirian beliau tentang perkara ini kerana jika tidak perkara yang sama akan berlaku di Rancangan-Rancangan Felda. Adakah ini yang kita mahu? Sama-sama lah kita fikirkan...


Tuesday, August 2, 2011

Terima Kasih Perdana Menteri


Berita terkini... Sebentar tadi YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa seramai 112,635 orang peneroka (termasuk yang menyokong pembangkang) akan menerima wang Hari Raya dari Felda dan Kerajaan Malaysia pada minggu ke-2 Bulan Ramadhan.

Pemberian wang Hari Raya ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban peneroka untuk menyambut Lebaran nanti.

Dengan ikhlas hati, saya mewakili keluarga dan seluruh peneroka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri. Akhirnya, Salam Ramadhan dari saya untuk semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.