FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Tuesday, November 23, 2010

Felda Yang Aku Kasihi... Terima Kasih

Alhamdulillah... Sejak kebelakangan ini, tahap kesedaran rakan-rakan seperjuangan mempertahankan Felda telah mula kelihatan. Felda yang merupakan antara agensi yang dipimpin oleh orang melayu telah di serang dengan hebat oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit. Mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka untuk memusnahkan Felda, orang melayu akan kembali merempat di bumi ini. Segala fitnah dan pembohongan telah di tabur di 317 Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara bagi mencapai matlamat mereka ini.

Menurut kajian ringkas yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, kami dapati bahawa mereka yang terpengaruh adalah peneroka yang menjadi ahli kepada parti politik pembangkang. Namun tidak semua peneroka yang terpengaruh dengan usaha-usaha jahat yang di lakukan ini. Tahukah kita bahawa :

Jumlah Kawasan Peneroka (112,635 orang di 317 Tanah Rancangan) : 521,938 Hektar (61%)
Jumlah Kawasan Yang Di Usahakan Oleh Felda : 331,375 Hektar (39%)

Mengikut fakta, pendapatan Felda hanya diperolehi daripada 39% kawasan yang di usahakan manakala baki 61% kawasan yang diusahakan oleh peneroka, pendapatannya akan dipulangkan kembali kepada peneroka melalui :-

a) pembinaan pelbagai kemudahan kepada peneroka
b) infrastruktur
c) melaksanakan program pembangunan sosial
d) insentif
e) kebajikan
f) pendidikan serta kemahiran kepada generasi baru

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan Felda telah mengambil pendekatan proaktif untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan mereka melalui perbincangan dan maklum balas dari peneroka/generasi muda. Susulan dari pendekatan ini, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Memang jelas, Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini. Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.

Oleh itu kepada peneroka-peneroka dan rakan-rakan generasi muda Felda, sama-samalah kita BERSYUKUR...

Friday, November 12, 2010

Felda Membuat Jasa Kepada Mangsa Banjir

Pagi tadi saya cuba menghubungi rakan saya tetapi beliau tidak menjawab walaupun saya telefon beberapa kali. Selang 5 minit selepas itu, kawan saya telefon balik. Dia maklumkan bahawa dia sekarang di Kedah bersama rombongan dari Felda, membantu mangsa-mangsa banjir. Menurut beliau, keadaan di sana agak kritikal walaupun banjir sudah semakin surut.

Banyak harta benda yang rosak akibat banjir ini dan di khabarkan bahawa gelombang kedua banjir akan melanda tidak lama lagi. Felda sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab telah melakukan khidmat sosial yang murni, tanpa mengira kaum dan fahaman politik dengan ke Utara untuk membantu mereka semua yang sedang di dalam kesusahan.

Saya tidak pasti samada rombongan Felda ini ada berjumpa dengan Saudara Mazlan Aliman atau peguam yang kaya raya iaitu Wan Rohimi di sana dalam membantu mangsa banjir disana. Mereka kan orang kuat PAS dan rapat dengan Menteri Besar Kedah...

P.S.
Wan.... tolong-tolonglah mereka kat Kedah tu...

Wednesday, November 10, 2010

Tahukah Anda...Fakta Yang Ramai Orang Tidak Tahu Berkenaan Felda

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham, Daripada Manakah Pendapatan Felda? Saya dan rakan-rakan telah membuat satu kajiselidik ringkas dengan 500 orang sebagai responden. 70% responden adalah berumur 40 tahun ke bawah dan berbangsa melayu. Soalan ringkas kami adalah seperti berikut :-


Dari manakah sumber pendapatan Felda :

a) Hasil dari peneroka
b) Hasil dari ladang Felda yang diuruskan secara komersial dan pelaburan Felda
c) Dua-dua di atas
d) Tidak pasti

Dari 500 responden, 98% memberikan jawapan (c) iaitu dua-dua diatas dan 2% tidak pasti. Di sini, jelas memberitahu kita bahawa, ramai orang tidak tahu dari mana sumber pendapatan Felda.

Tahukah, sebenarnya Felda tidak mendapat apa-apa pendapatan dari ladang milik peneroka. Sebenarnya sumber utama pendapatan Felda ialah dari 3 sumber utama iaitu :-

1) ladang tanpa peneroka yang di uruskan secara komersial
2) pelaburan Felda
3) sumber dalaman Felda

Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.

Inilah fakta yang sering orang salah faham terhadap Felda dan perkara inilah juga yang diputar belit oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan Felda seolah-olah Felda zalim kepada peneroka. Siapakah Yang Zalim?