FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Monday, May 23, 2011

KEMPEN UNTUK PEMILIHAN PAS SUDAH SAMPAI KE FELDA

Risalah yang sedang di sebarkan di kawasan Felda

Kempen bagi pemilihan pucuk pimpinan PAS telah merebak ke kawasan Felda. Risalah ini di katakan sedang di sebarkan di kawasan Jengka dan lain-lain kawasan di Pahang. Yang menarik, mereka juga telah menjemput Anwar Ibrahim a.k.a. 'Pandikutty' di dalam Pidato Perdana mereka pada 28 hb Jun ini, jam 9 malam.

Kadang-kadang, hairan juga mengapa PAS memilih untuk melakukan program ini di kawasan Felda. Apapun, setiap kali kita sebut Felda, salah seorang orang kuat PAS yang tidak boleh kita lupa ialah Mazlan Aliman. Beliau yang kini sedang cuba untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai AJK PAS Pusat, sedang bertungkus lumus memperbaiki imej beliau. Ini adalah kerana imej beliau sudah tercalar akibat kekalahan PAS di kawasan Felda pada beberapa Pilihanraya Kecil yang lepas.

Mazlan menjemput Anwar Ibrahim untuk merasmikan program ANAK. Mengapa Mazlan cukup berminat dengan Anwar????????

Di antara mereka yang di jemput untuk berceramah dan pidato pada program ini ialah :-

1) Haji Abdul Hadi Awang
2) Normala Sudirman (calon yang tewas pada PRK DUN Tenang)
3) Nurul Izzah Anwar
4) Salahuddin Ayub
5) Mohd Hanifa Maidin (peguam PAS)
6) Mohd Sabu
7) Anwar Ibrahim a.k.a. 'Pandikutty'

Sekiranya kita kaji senarai nama ini, semuanya dari team 'Ulama' dan tiada yang di jemput dari team 'Erdogan'. Namun di sebabkan Mazlan ini amat taksub, Anwar tetap di jemput walaupun manusia ini tercemar dengan dosa dan noda.

Sama-samalah kita saksikan wayang terhebat manusia-manusia ini sebelum Muktamar PAS yang akan di adakan tidak lama lagi.

Friday, May 20, 2011

PANAS!!! : PEMBONGKARAN DAN PENIPUAN PEGUAM PAS KEPADA PENEROKA FELDA

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.


Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukanlah kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan 'free' kepada peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan 'free' ini ialah peguam ini kerana buta-buta mereka mendapat bayaran sebanyak RM 3.3 juta manakala setiap peneroka yang seramai 354 orang, hanya dapat RM 19 ribu je....

Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka juga mempersoalkan kemana menghilangnya wang sejumlah RM 1.1 juta lagi yang dikatakan di serahkan kepada orang tengah. Sapa rang tengah ini, hanya peguam je yang tahu. Seronok jadi peguam ni kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang di tindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada peneroka kerana semuanya ada udang di sebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekelian, fikirkanlah sebelum terlambat..... Kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah melayu...' Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan! Biarkan!'.

Friday, April 22, 2011

Sah!!! Mazlan Aliman Pembohong

Ingatkah saudara dengan Saudara Mazlan Aliman? Beliau merupakan orang kuat PAS yang menggerakkan jentera semasa Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang membantu Normala bersama suaminya yang mempunyai 'penyakit kronik'.

Setelah sekelian lama menyepi akibat kekalahan bertubi-tubi PAS di kawasan-kawasan Felda, Saudara Mazlan Aliman sudah kembali menggegarkan sebuah portal berita PAS dengan berita-berita hangat kerkaitan Felda. Yang menariknya, beliau telah membuat kenyataan seperti berikut :

"Sementara itu, pada sidang media semalam juga, Mazlan turut mendesak Felda menjelaskan dakwaan bahawa bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Yusof Noor diberi hadiah saguhati berjumlah RM84,000 oleh salah satu daripada sepuluh wilayah Felda.

Beliau menunjukkan slip pembayaran yang menunjukkan Wilayah Segamat membuat pembayaran itu sewaktu Mohd Yusof bersara pada Januari lalu."

Semalam saya ada bertemu rakan sekampung untuk minum dan saya menceritakan apa yang saya baca kepada beliau. Rakan saya terus menelefon Tan Sri Yusof Noor di TV Al Hijrah dan bertanyakan tentang perkara ini. Untuk makluman, Tan Sri hanya ketawa dan menjelaskan bahawa apa yang di dakwa Saudara Mazlan adalah tidak betul sama sekali dan jelas bahawa ianya satu fitnah.

Saya tidak pasti dari manakah Mazlan memperolehi maklumat tersebut. Yang pasti, ianya satu pembohongan dan fitnah yang sangat jahat terhadap Tan Sri dan juga Felda. Agaknya, itulah cara Saudara Mazlan untuk menarik perhatian pemimpin dan ahli PAS untuk terus mencalonkan beliau menjadi AJK PAS Pusat.

Kepada Saudara Mazlan Aliman, nama kamu sudah tercemar dengan pembohongan yang berterusan terhadap peneroka, Felda dan Kerajaan.

Friday, April 1, 2011

Ha! Ha! Ha! Apa Jadi Ni? Apa Kata Peguam Pembangkang?

Menarik dan sangat menarik.... Bom dan peluru berpandu yang terkena ke batang hidung pemimpin pembangkang ketika ini telah merebak kepada peguam yang mewakili peneroka yang menyaman Felda tidak berapa lama dahulu.

Menurut sumber-sumber yang boleh di percayai, satu kawasan Felda yang di katakan menang di dalam kes menyaman Felda telah menghantar surat kepada Felda dan memohon Felda supaya mengambil tindakan terhadap peguam yang pernah mewakili mereka itu. Lucu...lucu... Akhirnya, peneroka-peneroka tersebut sedar bahawa peguam-peguam ini sebenarnya hanyalah menggunakan mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Peneroka-peneroka ini sedar bahawa hanya Felda dan Kerajaan yang benar-benar ikhlas...

Insyaallah, AJF akan membongkar kisah ini tidak berapa lama lagi... Tungguuuuuuu.....

Wednesday, March 16, 2011

Kami Menyokong Penuh Tindakan Felda Menyaman Dr Tan Kee Kwong

Bak kata pepatah lama "Kerana Mulut Badan Binasa", inilah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Dr Tan Kee Kwong di atas keceluparan beliau membuat fitnah yang bukan-bukan hanya kerana kepentingan politik.

Beliau sama sekali tidak melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda adalah untuk peneroka serta rakyat Malaysia yang susah. Fitnah beliau yang hanya melihat dari satu sudut negatif tanpa melihat secara keseluruhan, memberikan gambaran yang buruk terhadap kerajaan dan Felda.

AJF berpendapat Felda bukanlah nak sangat dengan duit Dr Tan ini, cuma hendak menjadikan kejadian ini sebagai satu iktibar kepada individu-individu tertentu yang membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap Felda. Kami anak-anak peneroka berdoa semoga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar. Amin

Monday, March 7, 2011

Analisa Keputusan Pilihanraya : Peneroka Dan Generasi Muda Felda Tolak Pembangkang

Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional semalam di DUN Kerdau dan DUN Merlimau telah menterjemahkan banyak perkara. Sebelum ini, Barisan Nasional juga telah memenangi di DUN Tenang di Johor dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Jika kita lihat, pertambahan majoriti yang paling ketara telah di sumbangkan dari kawasan-kawasan Felda.

Ini telah di sahkan oleh PAS sendiri melalui kenyataan pemimpin mereka di dalam laman portal pembangkang. (lihat dibawah) Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti 'STOK PENIMBAL BN', LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR' dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang.


Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda. Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang.

Peguam-peguam yang mewakili mereka ini pula telah menggunakan peneroka tanpa memberi penjelasan bahawa sekiranya peneroka kalah, segala urusan membawa kes mereka ke mahkamah tetap perlu di langsaikan oleh peneroka terbabit. Isu yang paling terkini di mainkan oleh ANAK semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ialah Felda Plantation yang di katakan pertubuhan haram dan juga pembayaran SES kepada peneroka.

Ini adalah antara beberapa isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda. Kini, jelas dapat kita lihat bahawa masyarakat Felda secara keseluruhannya menolak dakyah dan niat jahat pembangkang ini.

Kita kaji keputusan undi bagi kawasan Felda di DUN Kerdau dan DUN Tenang :

PRK DUN Kerdau ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN - 70.8% )

Felda Jengka 23 ( Dimenangi oleh BN - 69% )
Saluran 1 : BN - 236 (211), PAS - 95 (110)
Saluran 2 : BN - 390 (333), PAS - 133 (128)
Saluran 3 : BN - 297 (217), PAS - 177 (137)

Felda Jengka 22 ( Dimenangi oleh BN - 66.9% )
Saluran 1 : BN - 182 (208), PAS - 94 (103)
Saluran 2 : BN - 224 (313), PAS - 94 (117)
Saluran 3 : BN - 183, PAS - 94 (tiada saluran 3 pada PRU 12 2008)

Felda jengka 25 ( Dimenangi oleh BN - 87.4% )
Saluran 1 : BN - 307 (274), PAS - 43 (41)


PRK DUN Tenang ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN - 81.4% )

Felda Tenang ( Dimenangi oleh BN - 71.3% )
Saluran 1 : BN - 130 (118), PAS - 90 (98)
Saluran 2 : BN - 159 (146), PAS - 128 (169)
Saluran 3 : BN - 111 (147), PAS - 118 (154)

Felda Chempelak ( Dimenangi oleh BN - 87.7% )
Saluran 1 : BN - 279 (248), PAS - 21 (38)
Saluran 2 : BN - 373 (381), PAS - 61 (80)
Saluran 3 : BN - 333 (307), PAS - 53 (88)

Felda Chempelak Barat ( Dimenangi oleh BN - 85.5% )
Saluran 1 : BN - 292 (274), PAS - 33 (38)
Saluran 2 : BN - 392 (268), PAS - 57 (54)
Saluran 3 : BN - 254 (230), PAS - 52 (84)

Nota :
Tulisan Warna Biru - majoriti bertambah, Tulisan warna merah - majoriti menurun

Sekiranya kita lakukan analisa di atas kemenangan BN di kawasan Felda, kita akan melihat, perubahan positif berlaku di semua saluran dan peti undi. Kita juga dapat merungkaikan analisa seperti belikut :-

1) Walaupun terdapat penurunan undi di beberapa saluran BN, namun perkara yang sama juga berlaku terhadap undi PAS.
2) Kesemua peti undi telah di menangi oleh BN dengan pertambahan majoriti.
3) Perbezaan undi di Felda Jengka 2 berbeza di sebabkan oleh pertambahan saluran iaitu saluran 3.
4) Majoriti masyarakat Felda ( lebih dari 70%) mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda di dalam membantu mereka.
5) Peningkatan undi dikalangan generasi muda Felda terhadap BN.
6) Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS.

Kemenangan kepada BN juga adalah di disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah :-

1) Masyarakat Felda terutamanya peneroka dan generasi muda menolak dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan serta Felda.
2) Masyarakat Felda menolak kerjasama PAS, PKR dan DAP
3) Masyarakat Felda menolak Anwar Ibrahim kerana kebenaran 'Siapakah Anwar' telah semakin terbongkar
4) Masyarakat Felda menolak cara pendekatan pembangkang yang menggunakan fitnah untuk meraih undi. Contohnya :- sijil calon BN di Kerdau dan fitnah terhadap imam di Felda Tenang.
5) Segala usaha yang dilakukan oleh Felda dan Kerajaan diiktiraf oleh masyarakat Felda.
6) Kebencian yang timbul terhadap pembangkang apabila mereka dihina dan digelar macam-macam oleh pembangkang seperti 'Stok Penimbal BN' dan sebagainya.
7) Penyebaran maklumat yang tepat melalui media internet seperti blog telah dapat mematahkankan isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.

Walaupun keputusan kali ini bertambah baik di kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh memandang ringan dan bersikap lepas tangan terhadap kebajikan masyarakat Felda. Usaha-usaha perlu di pertingkatkan dan segala kelemahan terhadap pengurusan peneroka hendaklah di tangani segera.

Kerajaan dan pengurusan Felda perlu berterusan turun ke bawah (grassroot) dan memberi penjelasan serta penerangan kepada segala permasalahan yang timbul. Disamping itu, usaha untuk mendekatkan diri dengan generasi muda hendaklah ditingkatkan lagi. Insyaallah, masyarakat Felda akan berterusan menjadi kubu yang kuat kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13 akan datang.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak keselamatan terutamanya POLIS di dalam menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka, sudah pasti perjalanan pilihanraya akan terganggu dengan provokasi yang melampau oleh penyokong-penyokong pembangkang. TERIMA KASIH.

Anak Jati Felda

Sunday, March 6, 2011

Undi Kepada BN Di Kawasan Felda Di Jangka Meningkat


Mengikut maklumat risikan dari rakan-rakan di Felda Jengka 22, 23 dan 25, undi kepada BN di jangka meningkat. Peningkatan ini adalah susulan dari perkara seperti berikut :-

1) Gerakan jentera BN yang sistematik, mesra rakyat dan strategik.
2) Penghinaan yang di lakukan oleh PAS terhadap peneroka dan generasi muda Felda
3) Calon PAS yang tidak mesra dan sombong
4) Provokasi melampau PAS
5) Kehadiran 'Mr Y' a.k.a. Anwar Ibrahim yang terang-terang di tolak masyarakat Felda

Sama-samalah kita lihat malam nanti dan kami akan buat satu 'post mortem' keputusan yang akan diperolehi.

Anak Jati Felda