FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Tuesday, August 31, 2010

Tahniah Kepada Blog Generation Cyber

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada blog Generation Cyber kerana telah menjelaskan tentang "Dasar Pemberhentian Pengambilan Peneroka dan Sejarah Kewujudan Felda Plantation" dengan begitu jelas dan mudah difahami. Kemunculan lebih banyak blog yang boleh menjadi panduan kepada peneroka dan Generasi Muda Felda sangat dialu-alukan. Ikuti blog beliau di http://generationcyber.blogspot.com/.

Selamat Berblogging...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53 kepada semua pembaca, peneroka dan seluruh rakyat Malaysia. Bersama-samalah kita berdoa semoga negara Malaysia akan dilindungi Allah daripada pembelot-pembelot yang menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan mereka. Semoga Allah juga memberikan hidayah kepada mereka semua ini.



Salam Merdeka Dari Saya

Anak Jati Felda

Monday, August 30, 2010

Wahai Peguam 'Pakar Menyaman', Harap Dapat Bantu Rakyat Kelantan

Dua hari lepas, saya telah berjumpa dengan rakan-rakan dari Generasi Muda Felda yang berasal dari Kelantan. Di dalam pertemuan tersebut, ibu bapa mereka yang merupakan peneroka Felda ada bersama. Diantara tajuk perbualan kami ialah mengenai kes kemenangan saman terhadap Felda sebanyak RM11 juta. Menurut ibu bapa rakan-rakan saya itu, isu ini begitu hebat di bincangkan dikalangan peneroka kini.

Memandangkan kejayaan peguam ini, ibu bapa rakan saya menimbulkan satu isu yang lain iaitu masalah bekalan air kotor yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Menurut mereka, sudah lebih dari 10 tahun, mereka masih belum dapat air yang bersih. Ada di sesetengah kawasan di Kelantan juga yang masih belum menerima bekalan air malah penduduk di kawasan tersebut terpaksa menggunakan air dari telaga serta dari sumber-sumber lain.

Menurut mereka, rakyat Kelantan sudah terlalu lama tertipu dengan Kerajaan Negeri yang menjanjikan mereka air yang bersih namun, janji tinggal janji. Oleh itu, mereka menyeru kepada peguam-peguam pakar yang kerjanya pakar dalam menyaman institusi kerajaan supaya dapat membantu rakyat Kelantan dengan menyaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Nama-nama peguam hebat seperti Wan Rohaimi, Mazlan Aliman, S. Sivarasa, Latheefa Koya, N. Surendran dan semua peguam-peguam Pakatan Pembangkang disebut supaya dapat membantu Rakyat Kelantan. Peguam-peguam ini tidak patut pilih kasih kerana keadilan seperti yang mereka selalu laungkan, mestilah ditegakkan.

Mereka juga mencabar peguam-peguam 'hebat' ini supaya berani kerana benar.... Kata mereka "JOM MARI KELATE...KITO SAME KERAJAAN KELATE PULOK".

Sunday, August 29, 2010

Tasaufkan Diri Anda Dahulu Wahai Penyokong PAS

Sungguh menarik membaca satu artikel di dalam satu laman portal Pro PAS. Di dalam artikel tersebut, penulis telah membuat tuduhan yang tidak berasas dan melemparkan fitnah kepada Pengerusi Felda. Tidakkah beliau sedar bahawa dalam Islam itu, fitnah amatlah besar dosanya?

Saya betul-betul sedih kerana di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, beliau tidak dapat memperbaiki nafsu amarah yang begitu membara dalam dirinya. Kita lihat apa yang beliau tulis di dalam laman portal tersebut :

Melihat kepada kenyataan Pengerusi FELDA yang berkelulusan Tasawuf Dr Yusof Nor yang "masih tidak mengaku" penipuan FELDA terhadap peneroka FELDA Kemahang 3 menampakkan jelas kepada kita wajah sebenar perangai buruk kepimpinan UMNO iaitu tidak mengaku "jahat"walaupun sebenarnya memang jelas kejahatannya terhadap bangsa sendiri.

Kali ini menuding pula kepada firma guaman yang mewakili FELDA atas kekalahan mereka melawan saman Kaum Tani FELDA Kemahang 3.

Tiada langsung ucapan maaf atas penipuan dan kezaliman selama belasan tahun menipu peneroka.
Mungkin Yusof Nor boleh juga mengungkap kalimat pelepas diri yang menjadi "kenyataan rasmi" pemimpin UMNO jika tersepit iaitu, "Ketika itu saya belum lagi jadi Pengerusi FELDA, tanyalah pengerusi sebelum saya".
Adakah dalam diri Yusof Nor sudah tiada lagi nilai-nilai"tasawuf" yang pernah melayakkan dirinya dapat Phd ? Atau beliau masih berbangga dengan pendapatan hampir RM2juta setahun hasil keringat peluh peneroka yang tentu tidak sama nilai harga peneroka yang dinilaikan oleh PMNajib sekitar RM350 setahun?


Untuk makluman penulis, Pengerusi Felda telahpun menafikan pendapatan beliau yang begitu tinggi seperti di katakan oleh Sivarasa. Kebetulan, saya juga ada bertanya dengan beliau sendiri di salah satu Majlis Berbuka Puasa.

Fitnah penulis juga tidak habis di situ kerana Felda tidak perlu minta maaf dengan peneroka. Felda tidak pernah bertindak zalim kepada peneroka tapi segelintir peneroka yang dipengaruhi pembangkang inilah yang bertindak zalim kepada peneroka-peneroka lain. Disebabkan segelintir peneroka ini, Felda boleh hancur musnah.

Sekali lagi kita mesti faham bahawa "FELDA KALAH BUKAN KERANA ZALIM TAPI HANYA DISEBABKAN KESILAPAN TEKNIKAL DIATAS KETIDAKHADIRAN PEGUAM SEMASA KES DIDENGAR DI MAHKAMAH TINGGI KOTA BHARU".

Pada pandangan saya, penulis tersebut mestilah bertaubat dan seterusnya meminta maaf kepada Pengerusi Felda kerana telah memfitnah. Semoga Allah mengampunimu wahai penulis...

Thursday, August 26, 2010

Peguam "Bernasib Baik" Joli Sakan Pada Hari Raya Tahun Ini

Keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Felda membayar RM 11 juta kepada peneroka haruslah di terima dengan hati yang terbuka. Walaubagaimanapun keputusan ini juga haruslah di ambil iktibar oleh Pengurusan Felda supaya kesilapan teknikal tidak akan berulang lagi.

Berikut adalah keputusan Mahkamah Rayuan :

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baru supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya. Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baru memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

(Dipetik dari Malaysian Insider)

Kalau diikutkan dari keputusan ini, sebenarnya peneroka yang menang dalam kes saman terhadap Felda hanyalah bernasib baik. Saya yakin, peneroka-peneroka lain yang menyaman Felda pada masa akan datang tidak akan bernasib baik seperti peneroka Kemahang ini. Apapun tahniah saya ucapkan kepada peguam-peguam peneroka ini kerana Hari Raya tahun ni boleh berjoli sakan. Mana taknya, kalau 30% dari RM 11 juta.....Fuuuhhhh Banyak tu...

Wednesday, August 25, 2010

Felda Terus Unggul Dalam Pembangunan Dunia Dan Akhirat

Memandangkan terlalu banyak fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Felda, saya ingin menyingkap sekali lagi, apa yang telah dilakukan oleh Felda kepada peneroka dan Generasi muda di Tanah Rancangan seluruh negara. Berikut adalah antara apa yang telah dilaksanakan oleh Felda, malah banyak lagi aktiviti serta program yang telah dilakukan oleh Felda untuk peneroka dan generasi muda Felda.

A) Kepada Peneroka

1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.

2) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.

3) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.

4) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.

5) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.



B) Kepada Generasi Muda

1) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.

2) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.

3) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.

4) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.


C) Kepada Pelajar Sekolah dan Universiti

1) Memulakan Skim Tuisyen Felda di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendahbermula dari tahun 2006.

2) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.

3) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.

4) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda (untuk anak 5 tahun ke bawah).

5) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.

6) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.


D) Kepada Masjid

1) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.


E)Memperbaiki Dan Menaiktaraf Infrastruktur

1) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.

Bersamalah kita menolak segala gangguan-gangguan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang ditanah-tanah rancangan Felda sekarang ini.

Warga Peneroka Sekelian... Ingatlah


Warga peneroka sekelian, ingatlah jasa-jasa Felda pada kita semua... Apa lagi yang kita hendakkan? Jangan bila semuanya dah tergadai, baru kita hendak menyesal. FIKIRKANLAH...


Dari tiada tanah - dah ada tanah
Dari tiada ladang - dah ada ladang
Dari tiada geran - dah ada geran
Dari tiada rumah - dah ada rumah
Dari tiada kemudahan - dah ada kemudahan
Dari tiada duit - dah ada duit
Dari tiada kenderaan - dah ada kenderaan
Dari tiada pendidikan - dan ada pendidikan