FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Saturday, August 6, 2011

Wahai Khalid....Tanggunglah Dosa Di Atas Kejahilan Kamu

Keratan Akhbar Harian Metro Pada 6 Ogos 2011

Membaca perkembangan semasa berkenaan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor pada sebuah gereja di Damansara baru-baru ini benar-benar mengejutkan saya. Sekiranya pendedahan ini tidak di buat oleh JAIS, agaknya berapa ramai lagi orang-orang Islam akan terpengaruh dengan dakwah yang di lakukan oleh orang kristian ini.

Setakat ini sahaja, kita tidak tahu secara pasti berapa ramai orang Islam yang telah terpengaruh. Pemimpin pembangkang yang sepatutnya bertindak aktif untuk membenteras perkara ini hanya memandang dingin usaha pihak JAIS ini. Malah, mereka seperti di cucuk hidung mengikut suara-suara dari rakan DAP dan PKR hanya kerana untuk menjaga hati mereka-mereka ini. Pemimpin tersebut termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah pemimpin-pemimpin PAS juga telah terikut-ikut rentak MB Selangor ini.

Di sini saya mencabar Mazlan Aliman selaku AJK Pusat PAS untuk menyatakan pendirian beliau tentang perkara ini kerana jika tidak perkara yang sama akan berlaku di Rancangan-Rancangan Felda. Adakah ini yang kita mahu? Sama-sama lah kita fikirkan...


Tuesday, August 2, 2011

Terima Kasih Perdana Menteri


Berita terkini... Sebentar tadi YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa seramai 112,635 orang peneroka (termasuk yang menyokong pembangkang) akan menerima wang Hari Raya dari Felda dan Kerajaan Malaysia pada minggu ke-2 Bulan Ramadhan.

Pemberian wang Hari Raya ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban peneroka untuk menyambut Lebaran nanti.

Dengan ikhlas hati, saya mewakili keluarga dan seluruh peneroka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri. Akhirnya, Salam Ramadhan dari saya untuk semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.

Friday, July 22, 2011

Terkini!!! Mazlan Aliman Kantoi Lagi


Baru sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Temerloh, Hakim telah menolak saman Saudara Mazlan Aliman terhadap Felda dan En. Awang Sulong dengan kos sebanyak RM 8,000 setiap satu. Sebelum ini, Mazlan telah memfailkan saman fitnah melalui peguam Wan Rohimi (yang telah menipu peneroka dalam kes yang terdahulu) setelah di tangkap polis semasa memberi ceramah di Lembah Klau, Pahang.

Sesungguhnya undang-undang tetap akan di tegakkan dan yang bersalah akan tetap bersalah. Sendiri cari pasal, maka tanggunglah akibatnya.

Thursday, July 21, 2011

Tahukah Anda : Antara Beberapa Sebab Mengapa Pembangkang Menyerang Felda

Sejak beberapa tahun ini, pihak pembangkang sedang bertungkus lumus cuba memburukkan Felda. Walaupun usaha-usaha di buat untuk memperbaiki pengurusan Felda untuk menjadi lebih cekap dan efisyen, namun segala usaha-usaha tersebut masih tidak mencukupi, malah ia terus di serang. Mereka tidak akan berpuas hati atau mengakui segala pencapaian yang telah di perolehi oleh Felda di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Gerakan-gerakan telah di lakukan oleh ANAK yang di pimpin oleh Saudara Mazlan Aliman untuk menghancurkan perpaduan di kalangan peneroka dan generasi muda Felda. Sebab itu sekarang ini kita dapat melihat terdapatnya kes saman oleh peneroka terhadap Felda.

Tahukan anda mengapa Felda di serang? Berikut adalah di antara sebab-sebabnya:

1) Terdapat lebih dari 70 kerusi parlimen (kalau tidak silap 78 kerusi parlimen dan lebih dari 100 kerusi DUN) di dalam kawasan Felda. Sekiranya kawasan Felda dapat di tawan oleh pembangkang, maka mudahlah untuk mereka menawan Putrajaya.

2) Felda mempunyai nilai aset yang sangat banyak dan sekiranya pembangkang dapat menguasainya, berbagai-bagai program dapat mereka laksanakan. Bayangkan pembangkang dapat mengawal aset tunai, tanah, kilang-kilang dan yang terbaru kilang gula.

3) Felda merupakan antara institusi terakhir yang masih di urus dan di tadbir oleh orang melayu. Sekiranya pembangkang mengambil alih, kita akan dapat lihat ia mungkin akan berubah.

Ini adalah antara beberapa sebab mengapa Felda menjadi pilihan oleh pembangkang untuk diserang. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankannya dari di rampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Wednesday, July 13, 2011

Kebenaran Telah Keluar... Felda Sedang Menuju Kemenangan

Kes perbicaraan saman Felda terhadap Dr Tan Kee Kwong semakin menarik. Semalam Datuk Kasah telah mengesahkan bahawa Dr. Tan telah menipu dan meneruskan fitnah terhadap Felda untuk kepentingan politik. Berikut adalah petikan kata-kata Datuk Kasah di mahkamah :

Bekas Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd., Datuk Kasah Ahwal menjelaskan, beliau langsung tidak menyangka, Datuk Dr. Tan Kee Kwong boleh menggunakan maklumat dalam perbincangan di Medan Selera Maju Junction mengenai Felda untuk diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan. Sedangkan menurut Kasah, 59, sejak awal lagi beliau sudah mengingatkan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu bahawa kenyataannya (Kee Kwong) adalah salah.


Sepatutnya tindakan oleh Felda ini tidak hanya di kenakan terhadap Dr. Tan sahaja, malah di teruskan juga mengambil tindakan terhadap Mazlan Aliman, seorang manusia yang telah memecahbelahkan masyarakat Felda. Kami percaya, Felda akan berjaya di dalam kes saman ini. Kebenaran akan terus mengatasi kebathilan...


Kasah tidak sangka, Kee Kwong boleh guna maklumat

KUALA LUMPUR 12 Julai - Bekas Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd., Datuk Kasah Ahwal menjelaskan, beliau langsung tidak menyangka, Datuk Dr. Tan Kee Kwong boleh menggunakan maklumat dalam perbincangan di Medan Selera Maju Junction mengenai Felda untuk diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan.

Sedangkan menurut Kasah, 59, sejak awal lagi beliau sudah mengingatkan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu bahawa kenyataannya (Kee Kwong) adalah salah.

Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, Kee Kwong membawa keratan akhbar tersebut yang diterbitkan sehari sebelumnya iaitu artikel mengenai penjelasannya berhubung wang Felda masih berbaki RM1.2 juta.

''Jadi saya ingat beliau menulis untuk membetulkan kesilapan yang beliau tersalah tafsir tentang apa yang saya beritahu sebelum itu. Selepas berbincang tentang pembetulan, dia tanya pula saya tentang bangunan Felda.

''Saya ingat beliau kata, ini Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) punya keputusan tetapi saya jawab, mungkin Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin atau Pengarah Urusan Felda, Datuk Mohd. Bakke Salleh,'' kata Kasah.

Saksi tersebut dipanggil semula memberikan keterangan untuk menjelaskan beberapa perkara pada perbicaraan kes saman fitnah RM200 juta Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd., terhadap Kee Kwong di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof masuk hari kedua hari ini.

Saksi pertama plaintif itu menyatakan, niat beliau semasa bercerita tentang Felda semata-mata mahu membetulkan apa yang telah ditulis oleh Kee Kwong agar tidak menulis sesuatu tanpa mengetahui hal sebenar.

Disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Felda, Kasah menyatakan, defendan tidak pernah memberitahunya bahawa apa yang dikatakannya itu akan diterbitkan dalam akhbar.

Dalam satu soalan lain, peguam Ranjit Singh yang mewakili defendan pula meminta Kasah memberikan penjelasan mengenai perasaan tidak puas hati yang diluahkan oleh saksi itu.

Kasah berkata: ''Perasaan tidak puas hati mungkin terlalu berat. Saya hanya memberikan pandangan dan komen. Dalam syarikat Felda dan bukan Felda, badan yang berasingan. Pelaburan Felda pula dibuat oleh anak-anak syarikat Felda.

''Dalam pertemuan itu, saya buat komen tentang beberapa pelaburan Felda terutamanya dalam syarikat Twin River dan pembelian kilang penapis di China. Saya rasa kecewa kerana Felda dan syarikat buat pelaburan dan pembelian. Saya emosi sikit mengenai pelaburan kerana adanya rasa kepunyaan terhadap Felda,'' ujar saksi itu lagi.

Kee Kwong yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyertai parti itu pada 6 September 2008 setelah melepaskan semua jawatan dalam parti Gerakan, disaman ekoran pendedahan dalam surat terbukanya yang mendakwa Felda bankrap.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, akhbar itu dalam keluaran bertarikh 22-29 Jun 2010 telah menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam berita utama muka depan bertajuk Felda Bankrap dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran yang sama.

Selain itu, sebuah lagi artikel dalam edisi yang sama dengan keterangan di muka surat pertama bertajuk Kontroversi berserta gambar dan sambungannya di muka surat 3 bertajuk 'Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu' turut didakwa mengandungi perkataan fitnah.

Selepas Kasah memberikan keterangan, Ranjit memberitahu mahkamah, bahawa defendan tidak akan memberikan keterangan kerana tidak mempunyai kes untuk dijawab.

Peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang mewakili Felda kemudian menutup kes selepas mengemukakan empat orang saksi plaintif.

Hakim Zabariah menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar hujahan.

Monday, July 11, 2011

Pemfitnah Felda Bakal Kena

Ingatkah lagi dengan bekas timbalan menteri yang pernah memfitnah Felda bahawa Felda bangkrap? Tadi pihak mahkamah telah menolak bantahan beliau bahawa Felda tidak boleh menyaman beliau. Sekarang ini, beliau sudah semestinya susah hati kerana memang beliau tidak mempunyai fakta dan apa yang beliau katakan dahulu adalah untuk kepentingan politik kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Teringat pesan ayah... "Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata buruk padahnya"...

Baca di bawah :

Felda: Bantahan awal bekas Timbalan Menteri ditolak

11/07/2011 12:37pm

KUALA LUMPUR 11 Jun. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong dan memutuskan bahawa Felda mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menyaman beliau.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menolak bantahan awal Kee Kwong dengan kos.

Beliau memutuskan demikian sebelum mendengar keterangan saksi pertama dalam kes itu. - Utusan

Niat Jahat Pembangkang Di Felda Mesti Disekat

Memang usaha pembangkang untuk menghancurkan Felda tidak akan berhenti. Felda di lihat sebagai satu kawasan emas oleh pihak pembangkang. Sekiranya kawasan ini dapat mereka kuasai, segala hasrat mereka untuk mengambil alih kuasa di Malaysia akan berjaya. Oleh itu, segala usaha perlu di lakukan oleh Felda dan kerajaan Malaysia untuk mengelakkan kawasan ini di kuasai oleh pembangkang.

Segala niat jahat pembangkang ini di perjelaskan oleh Pengerusi Felda semalam. Lihat artikel di bawah :

Burukkan Felda kini modal pembangkang

ALOR GAJAH 10 Julai - Pihak pembangkang yang ketika ini ketandusan modal politik mula menjadikan Felda sebagai sasaran mereka dengan menyebarkan pembohongan dan mencari keburukan agensi itu demi untuk meraih sokongan peneroka.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, warga Felda merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan adalah mustahil bagi pihak pembangkang untuk menawan hati mereka tanpa melakukan pembohongan dan memburuk-burukkan Felda.

"Warga Felda kini dianggarkan seramai 1.6 juta orang di seluruh negara dan merupakan kubu kuat pihak kerajaan. Tanpa pembohongan dan menggunakan pelbagai taktik kotor sudah semestinya sukar bagi pembangkang untuk menembusi kubu kerajaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Himpunan Tautan Kasih bersama peneroka di Felda Tun Ghafar Hutan Percha di sini malam tadi.

Menurutnya, Felda telah menabur bakti kepada para peneroka sejak 55 tahun dahulu dengan pembukaan tanah rancangan di seluruh negara dan kini para peneroka khususnya generasi pertama telah menikmati kesenangan dan kemewahan daripadanya.

Katanya, apa yang telah dilakukan Felda selama ini membuktikan agensi itu sentiasa memberi keutamaan kepada peneroka dan keluarga mereka dengan sebaik mungkin.

Mohd. Isa berkata, ketika ini Felda sering berhadapan cabaran dari pihak luar khususnya pembangkang yang cuba memporak-perandakan komuniti peneroka melalui maklumat tidak tepat dengan matlamat memesongkan pemikiran mereka.

"Jangan mudah terpengaruh dan terperangkap dengan penerangan pihak pembangkang kerana mereka hanya mahu memecahkan keyakinan warga Felda bagi mencapai kepentingan peribadi," katanya.

Justeru katanya, pihak pengurusan Felda di peringkat wilayah dan pusat perlu turun padang untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu yang dibangkitkan secara berterusan agar peneroka tidak tertipu.